AWAS: Faedah Pinjaman Terlampau Tinggi (Cerita Benar Mangsa)

Faedah Pinjaman Terlampau Tinggi
Share Artikel ini!

Kita semua pernah dengar kes pinjaman Ah Long di mana kadar faedah yang dikenakan melambung tinggi sehingga pinjaman tersebut menjadi mustahil untuk diselesaikan. Apabila kita dengar kes begini, kita pun hairan macam mana mangsa tu boleh bersetuju mengambil tawaran dengan faedah pinjaman terlampau tinggi itu. Namun, kebanyakan kali, scam kewangan bukannya senang sangat untuk dikesan.

Dalam Episod 2 series IPP tentang scam kewangan, mangsa kita berkongsi bahawa dia sebenarnya ingatkan kadar faedah yang akan dicaj adalah 1.5% sebulan. Tetapi, semasa menandatangani perjanjian itu, dia sedar bahawa kadar faedah telah ditukar kepada 10% sebulan di dalam dokumen perjanjian tanpa persetujuannya. Jika dia tidak cukup rajin untuk membaca perjanjian tersebut dengan teliti, dia mungkin akan menjadi mangsa kepada scam teruk dan rugi duit banyak dalam jangka panjang.

*Video ini dilakonkan semula berdasarkan kisah benar individu.

Berikut adalah ceritanya:

“Aku pernah hampir kena dengan syarikat pinjaman wang yang nak naikkan kadar interest tu melambung tinggi. Iklan kat luar ofis tu memang kata 1.5% sebulan..tapi bila dah submit dokumen semua, kata approve, nak sign agreement tu nampak kat paper agreement interest dia 10% sebulan. Aku pun terkejut kenapa tiba-tiba naik tinggi sangat. Tanya diorang, kata kerana skor aku tak cantik, risiko tinggi. So untuk approve kena ikut kadar ni.

Aku tak berani nak sign, so aku balik je tanpa habiskan proses aplikasi tu. Memang diorang tak nak bagi aku balik, pujuk-pujuk kata it’s ok, memang kadar nampaknya tinggi tapi bayaran bulanan tu taklah banyak sangat..diorang ada guna taktik ancam juga, kata aku tak boleh harap dapatkan pinjaman di tempat lain kerana profil aku buruk sangat. Tapi aku tetap juga refuse nak sign, so diorang lepaskan aku. Nasib baik pun, kalau tak pasti menjadi mangsa scam. Yang aku tahu kadar maksima interest adalah 1.5% sebulan sahaja…Nak tambah sikit-sikit kalau profil buruk tu aku boleh faham tapi mana boleh naik sampai 10% sebulan. So belajarlah daripada pengalamana aku ni…jangan sign je apa agreement yang diberi, kena baca dulu. Tak setuju, jangan sign. Lebih baik cari pinjaman lain. Kalau tak derita pula untuk berbulan-bulan..memang tak wajar.”

Adakah ia salah untuk syarikat pinjaman tersebut menawarkan kadar faedah yang tinggi? Tak semestinya. Kadang-kadang, bank pun akan menawarkan faedah yang lebih tinggi berdasarkan profil kewangan dan tahap risiko anda sebagai peminjam. Yang salahnya adalah syarikat tersebut langsung tidak membincangkan kadar faedah yang telah dinaikkan dengan pihak peminjam sebelum dimasukkan ke dalam perjanjian. Ini mengemukakan risiko kepada pihak peminjam, di mana jika tergegas untuk mendapatkan pinjaman, ataupun kurang memahami kandungan perjanjian tersebut, dia mungkin akan terus menandatangani perjanjian dan terpaksa menunaikan syarat berkaitan tanpa persetujuan sebenar.

Ingat, syarikat pinjaman berhak menawarkan terma pinjaman kepada anda. Anda sebagai peminjam 100% berhak menolak tawaran tersebut. Apa-apa pun, selalu ingat untuk BACA DULU sebelum tandatangan perjanjian. Syarikat pinjaman tidak boleh memaksa anda untuk tandatangani apa-apa perjanjian. Jadi, jika anda tidak setuju dengan terma perjanjian tersebut, JANGAN SIGN. 

Adakah anda mengalami situasi yang sama?

Jika anda telah menandatangani perjanjian dengan kadar faedah pinjaman yang terlampau tinggi, ia mungkin susah untuk membatalkan perjanjian tersebut. Namun, anda boleh mencari pembantuan kaunseling kredit daripada AKPK, iaitu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan hal kewangan dan kredit. Anda boleh menjadualkan temujanji percuma untuk mendapatkan bantuan untuk merancang pembayaran hutang anda, dan belajar cara menguruskan hal kewangan anda bagi kestabilan hidup anda pada masa depan.

Sedang mencari pinjaman peribadi yang sah dan selamat? Layari www.ipinjamanperbadi.com.my sekarang!.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>