Sebagai peminjam yang bertanggungjawab, kita patut hanya mengambil hutang yang kita mampu membayar balik. Namun, kadang kala, terdapat juga situasi di mana bayaran tertunggak tidak dapat dielakkan. Kita semua pernah dengar cerita seram tentang pemberi pinjaman wang yang kecam dan menggunakan taktik agresif untuk mengutip hutang lewat. Namun, terdapat undang-undang di Malaysia yang memelihara keselamatan peminjam dan memberi garis panduan tentang apa yang akan terjadi jika hutang gagal dibayar dengan tepat.
Apakah yang akan terjadi jika hutang gagal dibayar?
Untuk mengetahui butiran spesifik terhadap situasi anda, anda perlu rujuk kepada perjanjian pinjaman anda, di bawah tajuk “Keingkaran”. Biasanya, syarikat pinjaman akan menelitikan langkah yang akan diambil jika anda gagal membuat bayaran dengan tepat.
Namun, secara am, inilah tindakan yang boleh diambil oleh pemberi pinjaman wang jika anda gagal membuat bayaran:
- Segala bayaran lewat boleh dikenakan faedah tambahan sebanyak 8% setahun ke atas jumlah pokok dan faedah tertunggak, dikira hari ke hari sehingga jumlah tertunggak dijelaskan sepenuhnya.
- Jika bayaran lewat melebihi 28 hari ataupun anda sebagai peminjam menisytiharkan diri sebagai bankrap, syarikat pinjaman berhak untuk menamatkan pinjaman tersebut dengan memberi anda notis selama 14 hari.
- Kes makhamah boleh dibuka untuk menuntut amaun baki jumlah hutang, termasuk faedah, kos guaman, dan kos makhamah.
- Jika pinjaman tersebut dicagar, syarikat pinjaman berhak menuntuk cagaran tersebut mengikut proses undang-undang.
Apakah tindakan yang TIDAK dibenarkan?
Syarikat pinjaman tidak dibenarkan datang ke rumah atau pejabat anda untuk menuntut bayaran anda. Segala pengurusan pinjaman hanya boleh dilakukan di premis perniagaan syarikat tersebut.
Syarikat pinjaman tidak dibenarkan mengganggu atau mengugut anda atau keluarga anda – hal ini menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, di mana jika disabit boleh dikenakan denda antara RM25,000 sehingga RM50,000 atau penjara selama 3 tahun, atau kedua-duanya.
Sebanyak mungkin, kita patut mengelakkan situasi di mana bayaran hutang kita terpaksa ditunggak. Namun, jika ia berlaku, ketahuilah hak anda sebagai peminjam, dan jangan menjadi mangsa kepada taktik agresif oleh wakil syarikat pinjaman. Jika anda mengalami situasi begini, laporkanlah apa-apa kejadian dengan serta-merta kepada pihak polis dan KPKT, untuk melindungi diri daripada mudarat.
Anda boleh juga mempertimbangkan servis penyatuan hutang yang ditawarkan oleh syarikat pinjaman lain, di mana anda boleh menyatukan beberapa hutang yang aktif di bawah satu hutang sahaja, untuk “set semula” segala bayaran, faedah tambahan, dan yuran lewat, dan fokus terhadap membayar satu hutang yang baru sahaja.
Jika anda memang tidak mampu untuk membayar balik hutang anda dan ingin mengelakkan kejadian buruk dan situasi yang tidak dapat ditangani, rujuklah kepada AKPK. AKPK boleh membantu anda menguruskan hal kewangan anda, menangani hutang yang sedia ada, dan mencipta rancangan untuk memulihkan status kewangan anda supaya anda boleh mencapai kestabilan sekali lagi.
Norlela binti Saidin
Saya ada meminjam wang pinjaman berlesen dan ada masalah bayaran sebab tak bekerja. Tp sebelum tu saya ada juga menjelas kan pinjaman saya. Pinjaman saya dlm rm1k dan bayar balik juga sekitar rm1k masalhnya disin pihak peminjam masih mengganggu saya dan anak2 supaya jelas kan pinjaman berbaki yg tak masuk akal . Perlukah saya buat aduan polis ?? Mohon bantuan dan nasihat dr pihak tuan
Daisy_D
Mungkin anda perlu laporkan kepada pihak berwajib dan serahkan segala dokumen transaksi supaya siasatan dapat dijalankan. Cuba semak di artikel ini ; https://ipinjamanperibadi.com.my/laporkan-kepada-pihak-berkuasa-jika-di-scam/
Tej
Apa kah ini untuk bank sahaja atau semua agensi peminjam wang berlesen juga…adakah itu ahlong atau along?
Daisy_D
Hi Tej,
Dalam website ni semua syarikat pinjaman berlesen. tiada daripada bank.
Ewa
hello Semua orang saya benar-benar menderita apabila saya cuba mendapatkan pinjaman untuk rawatan saya dan saya telah ditipu oleh begitu banyak syarikat yang mendakwa membantu saya dan suami saya sakit buah pinggang sehingga dia perlu terbang ke Jerman untuk menjalani pembedahan tetapi bukan tanpa wang, sehingga saya mendapat kenalan di tapak tentang bagaimana syarikat PennyMac telah membantu ramai orang di negara kita jadi saya memutuskan untuk mencubanya dan membuat pembayaran sekali sahaja yang mereka minta daripada saya dan saya sangat gembira bahawa saya membuat pinjaman dengan mereka pada hari permohonan yang sama jumlah pinjaman saya sebanyak 120000usd telah diluluskan untuk saya dan kini suami saya telah kembali pulih dan dia telah pulih sepenuhnya, jadi saya ingin memberitahu setiap orang dan semua orang tahu bahawa syarikat kewangan PennyMac adalah sah dan sah menghantar e-mel kepada mereka di bawah ([email protected]) hubungi atau WhatsApp +1(785)893-7452 mereka benar-benar membantu kami di sini di negara kami dan saya sangat gembira tentang perkara ini hari ini dan saya memutuskan untuk beritahu setiap orang hari ini.
Ewa