Adakah anda masih ingat nasihat pada masa lalu supaya berhati-hati apabila berurusan dengan hutang kerana faedah hutang tidak berhenti mengenakan caj, dan tidak pernah tidur atau mengambil cuti? Sebenarnya, sebaliknya boleh menjadi benar juga. Anda boleh dapatkan cara menjana duit tambahan sambil tidur di sini.
Adakah konsep menjanakan duit sambil tidur berbunyi terlalu baik untuk menjadi kenyataan? Oleh kerana kita hidup di zaman internet, ia tidak mustahil untuk mendapatkan wang tambahan tanpa perlu tumpuan anda yang aktif pada setiap saat. Dalam artikel ini, kami membincangkan 9 cara anda boleh menjana duit tambahan semasa anda tidur. Namun, jangan terpedaya – bukannya kata senang sahaja untuk melaksanakan mana-mana cara yang disenaraikan di sini. Anda pasti diperlukan memasukkan daya usaha yang banyak, terutamanya pada mula-mulanya. Setelah sistem menjana pendapatan anda telahpun menjadi lebih stabil, anda bolehlah mengundurkan diri dan membiarkannya berjalan terus sambil menikmati pendapatan tambahan yang dijana.
1. Mulakan blog sendiri
Cara paling popular untuk mendapatkan pendapatan pasif adalah dengan melancarkan blog anda sendiri. Ia hanya mengambil beberapa minit untuk ditubuhkan dan memang kos mulanya tidak tinggi – anda hanya perlu membeli nama domain anda dan bayar untuk hosting.
Selepas itu, anda bolehlah bermula mencipta artikel, video, atau infografik yang luar biasa, bernilai, dan padan dengan keminatan orang lain. Sebagai contoh, jika anda bekerja sebagai seorang akauntan yang banyak membantu pemilik perniagaan kecil dengan cukai mereka, maka itu boleh menjadi fokus topik blog anda.
Pastikan topik yang anda pilih adalah topik kepakaran anda, dan mengandungi informasi yang bernilai kepada pembaca anda. Dengan ini, anda boleh membina “followers” anda dan mula menjana duit dari blog anda dengan:
Komisen penghasilan afiliasi. Anda boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain di blog anda. Pastikan produk atau perkhidmatan ini berkaitan dengan blog anda. Sebagai contoh, blog perakaunan boleh menjadi afiliasi kepada untuk program perakaunan atau invois. Anda akan dibayar komisen berdasarkan jumlah orang yang klik pada pautan afiliasi anda.
Jual melalui iklan. Sekiranya blog anda mempunyai lalu lintas yang mencukupi untuk menjadi afiliasi, maka ia juga cukup baik bagi pengiklan untuk membeli iklan di blog anda. Anda boleh mula kecil, seperti mengenakan caj di sekitar RM50 setiap iklan. Semakin banyak orang yang mengunjung blog anda, semakin banyak anda boleh caj untuk iklan tersebut. Cara ini hanya akan berjaya jika blog anda berkualiti dan disukai ramai.
Cari penaja. Ini berbeza sedikit daripada hanya menjual iklan di tapak blog anda. Anda boleh ditaja oleh sebuah jenama untuk mengeluarkan sesuatu artikel atau video tentang produk atau perkhidmatan jenama tersebut, ataupun anda boleh juga ditaja dengan memasukkan logo jenama tersebut dalam bahagian footer blog anda.
2. Ciptakan dan menjual produk berdasarkan kepakaran anda
Jika anda berpengalaman dalam bidang tertentu, maka anda boleh mula menciptakan produk, seperti eBook atau video, dan menjualnya di blog anda. Ia mungkin mengambil banyak daya usaha untuk membuat dan memasarkan produk anda, tetapi apabila sudah siap, anda boleh membina system jualan dan mengumpul hasilnya.
3. Dapatkan royalti
Jika anda seorang pemuzik, pereka, pelakon, atau penulis, maka anda boleh mendapatkan royalti daripada kerja anda. Orang akan membayar anda untuk menggunakan kerja atau aset kreatif anda. Anda juga boleh menjual kerja atau aset kreatif anda di blog anda.
4. Menubuhkan komuniti keahlian
Jika anda telah membuktikan kepakaran dan kesahan diri dan produk anda, maka anda boleh membina komuniti keahlian di mana pelanggan membayar yuran bulanan untuk menerima artikel, video, e-book dan maklumat berkualiti tinggi tambahan yang tidak tersedia kepada orang bukan ahli.
5. Menjual laman web
Jika anda ada kemahiran programmer dan telah menggunakan masa dan usaha anda dalam membina laman web dan plugin, anda dapat menjual kepada pihak yang berminat. Anda boleh menjana duit yang banyak dengan menjual laman web dan plugin anda.
6. Menggunakan autoresponder
Anda boleh juga menggunakan autoresponder untuk menjual perkhidmatan, produk atau keahlian. Dengan sistem ini, orang yang berminat dengan produk atau servis anda boleh meninggalkan alamat e-mel mereka di blog anda dan kemudian mereka akan menerima e-mel automatik yang mengandungi pautan untuk memuat turun produk atau maklumat berkualiti yang anda tawarkan, serta susulan dengan beberapa e-mel tanpa apa-apa usaha tambahan anda.
7. Menjual produk fizikal
Seperti membuat blog, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pendapatan pasif dengan menjual produk fizikal. Salah satu cara yang terkenal adalah menjual barang lama anda di platform perdagangan online seperti Shopee, Lazada, Carousell, dan banyak lagi. Tetapi jika anda tidak mempunyai apa-apa yang boleh dijual, anda boleh pertimbangkan membeli produk secara pukal dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi.
8. Pelaburan dalam saham
Apabila anda melabur dalam saham, anda menjadi pemegang sebahagian syarikat tersebut. Ini memberikan anda peluang untuk berkongsi keuntungan mereka. Melabur dalam saham telah menjadi cara yang popular untuk mendapatkan pendapatan pasif selama bertahun-bertahun, dan kewujudan internet kini menjadikannya lebih mudah dari sebelumnya untuk menyelidiki dan melabur dalam saham sendiri.
9. Menyewa harta
Melalui platform sebagai AirBnB, anda boleh menyewakan rumah anda semasa bercuti ataupun apabila sahaja anda ada ruang yang tidak digunakan. Anda juga boleh menyewa garaj, tempat letak kereta, atau ruang pejabat yang kosong. Ia adalah pendapatan tambahan yang bagus tanpa benar-benar melakukan apa-apa selain meletakkan iklan. Harap maklum bahawa jika anda bukan pemilik ruang anda, mungkin terdapat ketetapan dalam perjanjian sewa anda yang membuat ia susah untuk menyewa ruang anda melalui Airbnb.
Cara menjana duit tambahan sambil tidur pada zaman ini memang mudah. Tunggu apa lagi? Mari kita mula menjana duit tambahan sekarang!
Ingin mencari pinjaman peribadi untuk menjana duit tambahan? Dapatkan di lokasi anda sekarang!