[TONTON & MENANG] Tips Menjimatkan Wang: Membeli-Belah

Tips Menjimatkan Wang Membeli-Belah

Hai semua! Selamat kembali kepada video Tips Menjimatkan Wang IPP! Minggu ini, kami mempersembahkan episod terakhir dalam series ini, iaitu tips menjimatkan wang ketika membeli-belah!

Tontonlah video di bawah, dan jangan lupa mengambil peluang untuk memenangi sebanyak RM600!! Anda hanya perlu “Like” laman Facebook IPP, tonton mana-mana video Tips Menjimatkan Wang kami, dan berinteraksi dengan video tersebut (Like, Share, Komen, Tag). Setiap interaksi dikira sebagai satu hantaran untuk memenangi duit tunai! Kami akan memilihi satu pemenang daripada setiap video (terdapat 6 video dalam series ini) – jadi sertailah dan MENANG sekarang!

1. Belajar memperbezakan keperluan dan kemahuan

Sama ada berjalan-jalan di pusat membeli-belah ataupun meluangkan masa melihat-lihat di Lazada, Shopee, dan sebagainya, kita di Malaysia suka mengisikan masa lapang dengan membeli-belah. Namun, walaupun kita memberitahu diri sendiri kita akan “lihat je”, masa yang kita luangkan di kedai-kedai itu pasti akan mendatangkan kesan kepada pembelanjaan kita. Hal ini kerana kita sebagai manusia pasti akan terpikat dengan barang yang kita melihat itu, lalu mencipta “alasan” untuk membelikannya. Jadi, isikanlah masa anda dengan aktiviti selain membeli-belah – temui kawan-kawan di rumah ataupun mamak, tutup apps membeli belah dan pilih untuk membaca buku atau main game di telefon bimbit, dan hanya beli barang yang memang diperlukan sahaja.

2. Buat senarai membeli belah sebelum keluar rumah

Semasa keluar membeli barang, pastikan anda menyenaraikan barang yang diperlukan supaya anda ada garis panduan untuk membeli-belah. Gunakan disiplin diri untuk menepati senarai anda sahaja, dan jangan senang terpikat oleh barang lain yang dilihat semasa membeli-belah. Semakin kerap anda keluar untuk membeli barang, semakin tinggi kemungkinan anda akan pulang dengan barang yang tidak dirancang. Jadi, membina senarai itu akan memastikan anda senang mengingati semua barang yang dikehendaki supaya anda tidak perlu keluar balik-balik. Hal ini akan membantu anda menjimatkan duit pada jangka masa yang panjang.

3. Jangan pilih mengikut jenama sahaja

Semasa anda keluar membeli barang, lihatlah semua pilihan dalam kategori tersebut dan bandingkan sebelum anda beli. Jangan terlalu cepat membeli mengikuti jenama sahaja, terutamanya dalam kategori seperti pakaian, kasut, teknologi, dan sebagainya. Kebanyakan kali, jenama yang terkenal akan mengenakan harga yang melambung tinggi untuk “status” yang dicapai apabila anda menggunakan barang tersebut. Namun, sebenarnya, barang tersebut tiada fungsi istimewa langsung. Jadi, jika anda betul-betul mahu menjimatkan wang, butakanlah diri kepada jenama dan beli mengikuti harga yang anda mampu sahaja.

TIP BONUS: Sertai program pelanggan yang ditawarkan oleh kedai yang anda kerap kunjungi

Jika anda selalu membeli barang di hypermarket seperti Aeon, Tesco, Mydin, dan sebagainya, sertailah program pelanggan yang ditawarkan supaya anda boleh menikmati diskaun, mengutip mata ganjaran, dan menerima notifikasi tentang promosi yang sedang dijalankan. Dengan ini, anda boleh merancang pembelian anda dengan sempurna dan menjimatkan duit pada jangka masa yang panjang.

Jangan lupa “Like” laman Facebook IPP, tonton mana-mana video Tips Menjimatkan Wang kami, dan berinteraksi dengan video tersebut (Like, Share, Komen, Tag) untuk MENANG sebanyak RM600!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>