[TONTON & MENANG] Tips Menjimatkan Wang: Gaya Hidup

Tips Menjimatkan Wang: Gaya Hidup
Share Artikel ini!

Hai semua! Sedang dikurung di rumah untuk kuarantin COVID-19? Janganlah sedih – kami di IPP sedang menawarkan anda peluang untuk memenangi sebanyak RM600!! Anda hanya perlu “Like” laman Facebook IPP, tonton mana-mana video Tips Menjimatkan Wang kami, dan berinteraksi dengan video tersebut (Like, Share, Komen, Tag). Setiap interaksi dikira sebagai satu hantaran untuk memenangi duit tunai! Kami akan memilihi satu pemenang daripada setiap video (terdapat 6 video dalam series ini) – jadi sertailah dan MENANG sekarang!

Minggu ini, kami kongsikan tips menjimatkan wang dari segi gaya hidup anda. Mari kita tonton video di bawah untuk mempelajarinya!

 

Apabila kita mempertimbangkan cara-cara untuk menjimatkan wang, kita tidak boleh elak daripada menelitikan gaya hidup kita. Hal ini kerana, antara segala pembelanjaan yang kita perlu memikul hari ke hari, pembelanjaan gaya hidup merupakan kategori yang paling senang dikawal. Malah, untuk kebanyakan kita, memang sakit hati untuk menyerahkan tabiat seperti meminum kopi Starbucks, membeli pakaian berjenama, mengunjungi kafe terbaru, dan sebagainya. Namun, di sinilah kita boleh jumpa kebanyakan pembelanjaan yang mengikut kemahuan hati, bukannya keperluan sebenar. Jadi, ini adalah beberapa tips untuk membantu kita untuk mengurangkan pembelanjaan dari segi gaya hidup.

1. Amalkan gaya hidup yang sederhana

Dengan gaya hidup yang sederhana, kita tidak terlalu fokus kepada jenama, “trend” terbaru, dan nafsu diri sendiri. Kita mula tanyakan diri “Adakah pembelanjaan ini betul-betul diperlukan, dan bolehkah aku dapatinya dengan lebih murah di tempat lain?” Contohnya, kita boleh mendapatkan kopi sedap daripada mamak ataupun kedai runcit seperti Family Mart untuk sesuku ataupun separuh harga yang dicaj oleh kafe berjenama lain. Ataupun, pertimbangkan jika kita betul-betul memerlukan kasut designer yang baru keluar itu, di mana kasut yang kita sedang pakai masih elok lagi.

2. Jangan terlalu tamak memiliki gajet terbaru

Sama juga dengan gajet terbaru. Setiap model yang dikeluarkan akan digelar “model lama” dalam masa beberapa bulan sahaja. Industri teknologi sentiasa mengeluarkan gajet baru – jika kita nak juga memiliki model terbaru setiap kali, pastilah dompet kita akan merasainya. Jadi, kawallah nafsu dan lihat akan keperluan sebenar diri. Kebanyakan orang hanya memerlukan telefon bimbit untuk panggil, SMS, dan melayari internet. Kini, dapat ramai pilihan jenama yang mengeluarkan model murah malah mengandungi semua fungsi model mahal. Jika dijaga, telefon bimbit boleh digunakan untuk sebanyak 5 tahun – jadi kita memang tiada alasan untuk asyik membeli yang baru.

3. Pilih pelan telefon yang sesuai

Pertimbangkanlah penggunaan telefon sendiri dan pilihlah pelan yang paling sesuai. Mungkin kita tertarik dengan promosi “telefon percuma” jika tandatangan kontrak selama 2 tahun – malah, laksanakan kiraanya betul-betul sebelum beli. Kebanyakan kali, pelan begini menawarkan minit, data, dan SMS yang jauh melampaui penggunaan sebenar kita. Malah, jika kita membeli telefon yang murah sedikit (tetapi fungsinya sama saja) dan memilih pelan yang lebih kecil, kita boleh menjimatkan wang pada jangka panjang. Jika kita tidak terlalu kerap menggunakan data, minit, dan SMS, mungkin kita boleh juga memilih pelan prabayar, supaya kita hanya perlu membelikan kredit apabila diperlukan sahaja.

4. Bandingkan harga sebelum membeli

Tip ini boleh digunakan untuk semua kategori pembelanjaan, sama ada pembelian runcit, pakaian, hobi, dan sebagainya. Setelah kita memilih barang yang kita hendak beli, ambillah beberapa minit untuk bandingkan harga dalam kedai dan platform digital yang lain. Mungkin kedai lain sedang ada promosi, ataupun platform digital ada promo code yang kita boleh gunakan untuk mengurangkan harga pembelian tersebut. Walaupun pengurangan tersebut mungkin bukannya besar sangat, malah jika diamalkan untuk setiap pembelian, terutamanya pembelian besar, kita mungkin boleh menjimatkan banyak wang dalam jangka masa yang panjang.

TIP BONUS: Kajilah diskaun dan ganjaran yang ditawarkan oleh sistem pembayaran yang anda gunakan

Setiap kad kredit/debit, E-Wallet, sistem pembayaran tanpa tunai, dan sebagainya, pasti menawarkan diskaun ataupun ganjaran, sama ada pulangan tunai (cashback) ataupun kupon untuk digunakan di kedai/hotel/tempat hiburan. Sentiasa kajilah tawaran yang ada dan gunakan bila boleh untuk menjimatkan wang sambil menikmati gaya hidup baru anda!

Jangan lupa “Like” laman Facebook IPP, tonton mana-mana video Tips Menjimatkan Wang kami, dan berinteraksi dengan video tersebut (Like, Share, Komen, Tag) untuk MENANG sebanyak RM600!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>