Tips Mendapatkan Pinjaman Peribadi Jika Berniaga Sendiri

Pinjaman Peribadi Jika Berniaga Sendiri
Share Artikel ini!

Dalam musim COVID ini di mana ekonomi masih belum pulih, terdapat ramai orang yang terpaksa membuka perniagaan kecil untuk mendapatkan sara hidup. Berniaga diri ini boleh menjadi pilihan baik untuk sesetengah orang; namun, ia amat sukar dan biasanya mengambil banyak masa dan daya usaha untuk menjayakannya. Jika anda memerlukan duit secara serta-merta, anda mungkin berasa terdesak kerana perniagaan diri tidak semestinya menjana untung segera. Tambah lagi, orang yang berniaga sendiri biasanya kurang layak memohon pinjaman peribadi. Bagi yang ingin mendapatkan pinjaman peribadi jika berniaga sendiri, bacalah tips kami di bawah untuk memaksimumkan kemungkinan anda mendapatkan pinjaman peribadi yang diperlukan.

1. Menyimpan rekod kewangan perniagaan yang berasingan daripada rekod peribadi

Jika boleh, cuba membuka akaun bank baru untuk mengendalikan segala urusan kewangan perniagaan, dan bayarkan “gaji” yang tetap kepada akaun sendiri setiap bulan. Praktis menggunakan akaun sama untuk urusan perniagaan dan peribadi akan menjadikannya susah untuk syarikat pinjaman menelitikan jumlah pendapatan bulanan anda dengan jelas. Syarikat pinjaman biasanya kurang yakin memberi pinjaman kepada peniaga kerana jumlah untung setiap bulan boleh berubah-ubah dan tidak terjamin. Jadi, jika anda boleh menunjukkan kebolehan membayar “gaji” diri sendiri setiap bulan dengan tetap, syarikat pinjaman mungkin lebih rela mempertimbangkan permohonan pinjaman anda.

2. Menyumbang kepada akaun KWSP diri sendiri

Antara dokumen yang biasanya diperlukan apabila memohon pinjaman peribadi adalah penyata KWSP. Penyata ini membuktikan kepada syarikat pinjaman bahawa anda sedang bekerja dengan stabil, dan mempunyai sejumlah penjimatan yang lagi menguatkan kestabilan kewangan anda. Jika anda gagal menyumbang kepada akaun KWSP diri, penyata KWSP anda akan menunjukkan tiada transaksi masuk, dan ini adalah tanda amaran kepada syarikat pinjaman.

3. Menyimpan kad kredit dengan bertanggungjawab

Kad kredit adalah alat berguna untuk membuktikan sejarah kredit yang sihat. Anda boleh memperolehi kad kredit daripada mana-mana bank – yang basik pun boleh asalkan anda dapat membina rekod pembayaran balik. Gunakanlah kad kredit anda dengan betul – hanya gunakannya untuk membuat bayaran jika anda benar-benar mampu bayar balik jumlah tersebut pada akhir bulan. Dengan ini, syarikat pinjaman akan lebih yakin bahawa anda adalah pembayar yang boleh dipercayai.

4. Mengambil kerja sambilan

Untuk menambahkan kredibiliti sendiri, anda boleh mencari pekerjaan sambilan yang menyediakan slip gaji. Anda boleh menggunakan slip gaji 3 bulan ini untuk memohon pinjaman peribadi bersama dengan rekod kewangan perniagaan anda untuk menunjukkan syarikat pinjaman bahawa anda mempunyai beberapa sumber pendapatan – hal ini menunjukkan bahawa risiko anda adalah lebih rendah sebagai seorang peminjam.

5. Mendapatkan seorang penjamin

Hanya gunakan tip ini jika anda betul-betul yakin akan kebolehan anda membayar balik hutang anda dengan tepat dan sesungguhnya. Anda boleh meminta seorang kawan atau ahli keluarga untuk membantu anda menandatangani perjanjian pinjaman sebagai penjamin, iaitu orang yang akan bertanggungjawab terhadap hutang anda jika anda gagal melangsaikannya. Dengan tambahan seorang penjamin, syarikat pinjaman akan lebih yakin bahawa hutang tersebut akan berjaya dikutip, dan akan lebih rela menawarkan anda pinjaman peribadi yang dipohon itu.

Dengan mengikuti tip-tip di atas, semoga anda berjaya mendapatkan pinjaman peribadi jika anda berniaga sendiri! Carilah pinjaman peribadi berdekatan anda sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>