Tips Keselamatan Kad Kredit / Debit

Tips Keselamatan Kad Kredit Debit
Share Artikel ini!

Dengan pengamalan bayaran tanpa tunai yang berleluasa sekarang, kebanyakan orang kini mempunyai beberapa kad debit dan kredit. Walaupun kad begini memudahkan proses pembayaran, ia juga boleh menjadi punca masalah jika keselamatan maklumat kad anda tidak dijaga dengan rapi. Berikut adalah beberapa tips keselamatan kad kredit / debit untuk memastikan kad anda memudahkan – bukan menyusahkan – kehidupan anda.

1. Hanya membawa kad yang paling diperlukan bersama dengan anda setiap hari

Walaupun kebanyakan orang mempunyai beberapa kad kredit dan debit, anda tidaklah memerlukan setiap kad setiap hari. Anda boleh membawa satu kad kredit dan satu kad debit/ATM dan menyimpan semua kad lain dalam tempat yang selamat di rumah atau peti keselamatan di bank. Kalau anda mempunyai kad yang tidak digunakan, tutuplah akaun atau kad tersebut dengan bank yang berkaitan untuk mengehadkan jumlah kad yang anda perlu pantau.

2. Jangan mendedahkan PIN anda di mana-mana tempat

PIN anda amat penting untuk dirahsiakan selalu, kerana jika mana-mana pencuri dapat menggunakan PIN anda, anda tidak akan berjaya mempertikaikan transaksi pencurian tersebut. Daripada perspektif bank, PIN anda mewakilkan pengesahan anda terhadap sesuatu transaksi, dan anda tidak akan berjaya membuktikan bahawa bukannya anda yang menjalankan transaksi tersebut. Pastikan anda hafalkan PIN anda – jangan tulis PIN anda di mana-mana cebisan kertas yang disimpan dalam dompet ataupun lebih teruk lagi, pada belakang kad tersebut. Pilihlah kombinasi nombor yang rambang untuk PIN anda, jangan menggunakan nombor yang senang diteka seperti tarikh lahir anda ataupun nombor telefon anda. Ketika menggunakan mesin ATM ataupun mesin pembayaran, sentiasa tutupi papan kekunci semasa memasukkan PIN anda supaya orang di sekitar anda tidak dapat memerhatinya.

3. Jangan simpan maklumat kad anda dalam browser komputer

Ketika membuat bayaran untuk pembelian online, browser internet mungkin akan tanya jika anda mahu simpan maklumat kad anda untuk pembayaran seterusnya. Untuk keselamatan anda, jangan simpan maklumat kad anda dalam browser, walaupun dalam komputer sendiri, tambah lagi kalau menggunakan komputer awam. Ia memang mengambil masa untuk masukkan butiran kad anda untuk setiap pembayaran, malah langkah ini akan memastikan bahawa tiada scammer atau malware boleh mengutip butiran kad anda daripada database browser ataupun laman web untuk digunakan tanpa keizinan anda.

4. Sentiasa semak penyata kad kredit ataupun sejarah transaksi akaun anda

Binalah tabiat untuk menyemak penyata kad kredit dan sejarah transaksi bagi semua akaun anda sekurang-kurangnya sekali sebulan – lebih baik lagi kalau beberapa kali sebulan. Walaupun kita boleh menguruskan pembayaran secara auto-debit sekarang, memang penting juga untuk log in kepada e-akaun anda untuk menyemak penyata akaun dan memastikan tiada transaksi yang tidak sah yang perlu dipertikaikan dengan secepat mungkin. Semakin lama anda menunggu untuk mempertikaikan transaksi scam, semakin susah untuk mendapatkan kepercayaan bank bahawa transaksi tersebut memang mencurigakan.

5. Pasangkan notifikasi SMS setiap kali kad anda digunakan untuk apa-apa transaksi

Anda boleh menetapkan bahawa anda akan menerima SMS kepada telefon bimbit anda setiap kali mana-mana kad anda digunakan untuk sesuatu transaksi. Langkah ini membolehkan anda sentiasa memantau penggunaan kad anda, dan mengesahkan setiap transaksi sebaik sahaja transaksi tersebut dilakukan. Jika anda tidak ingin menerima SMS dengan banyak, anda boleh juga menetapkan jumlah transaksi minima untuk mencetuskan notifikasi tersebut – contohnya, anda akan menerima makluman jika kad anda digunakan untuk transaksi melebihi RM100. Dengan ini, masa tindak balas anda terhadap scam atau pencurian akan menjadi amat singkat, dan anda boleh mengambil tindakan sebelum lebih lagi duit dibelanja tanpa anda sedar.

Jadilah pengguna kad kredit / debit yang cermat dengan tips keselamatan kad kredit / debit dalam artikel ini! Nak tahu lebih lanjut tentang scam kad kredit? Bacalah cerita benar scam kad kredit di sini!


Share Artikel ini!

4 Comments

  1. Artikel terbaik!

    Reply
    • Boleh cuba tips dari artikel ini supaya keselamatan kad kredit lebih terjamin

      Reply
  2. Pernah sy kena scam dulu…entah pun mcm mana diorang dpt info kad sy…

    Reply
    • @Arif scammer sekarang memang senang nak dapat info2 ni semua, tambahan pula kita selalu gunakan kad kita dekat mana2…mungkin daripada situ..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>