Menggunakan Pinjaman Peribadi Untuk Melabur: Boleh Atau Tidak?

menggunakan-pinjaman-peribadi-untuk-melabur-boleh-atau-tidak
Share Artikel ini!

Mungkin anda sedang mempertimbangkan cara meningkatkan pendapatan anda dengan melabur dana ke dalam portfolio yang meliputi saham dan bon. Walau bagaimanapun, untuk melabur dengan sempurna, kita mesti ada wang tunai. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan kebanyakan wang penjimatan anda untuk melabur. Anda perlu mengekalkan sejumlah wang tunai sebagai dana kecemasan. Jadi, manakah boleh anda mencari wang tunai untuk melabur dan membina kekayaan anda? Mengambil pinjaman peribadi untuk melabur boleh menjadi pilihan cermat dan mendatangkan pulangan bagus jika dilaksanakan dengan sempurna.

Namun, anda perlu berfikir dengan betul-betul dan mengkaji risiko peluang pelaburan tersebut supaya anda tidak membuat keputusan yang akan mendatangkan kerugian. Di bawah adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum anda mengambil pinjaman peribadi untuk melabur!

Pertimbangkan Kadar Pulangan Yang Dijanjikan

Setiap pinjaman peribadi akan dikenakan kadar faedah, dan setiap pelaburan akan menjanjikan kadar pulangan. Anda perlu membandingkan dua-dua kadar ini dengan teliti, untuk memastikan bahawa anda boleh mendapatkan keuntungan yang dicari. Jika kadar pulangan pelaburan adalah agak-agak sama dengan ataupun kurang daripada kadar faedah pinjaman, malah tiada gunanya untuk menggunakan duit pinjaman anda untuk masuk kepada pelaburan ini kerana akhirnya anda tidak akan dapat apa-apa untung pun setelah menyelesaikan hutang anda.

Jika anda ingin menggunakan pinjaman peribadi untuk melabur sebagai cara untuk menjimatkan duit untuk persaraan atau membayar hutang lain,keadaan optimum adalah untuk mendapatkan pulangan yang tetap daripada pelaburan anda yang melebihi kadar faedah pinjaman anda dengan margin yang selesa. Pastikan anda kira pulangan yang dijamin sepenuhnya, bukan kadar pulangan yang “mungkin” dicapai. Tambah lagi, pertimbangkan sama ada anda boleh menguruskan pembayaran pinjaman anda.

Pertimbangkan Penjelasan Untuk Yuran Lain

Pembayaran faedah bukan satu-satunya bayaran yang datang dengan pinjaman peribadi. Pemberi pinjaman tertentu mungkin mengenakan yuran sekali sahaja atau yuran penampan tambahan untuk skor kredit yang lebih rendah. Anda juga mungkin akan dikenakan yuran ketika menggunakan pinjaman peribadi untuk melabur, contohnya untuk yuran pengurusan yang dikenakan atas pengurusan portfolio dan melabur dalam bon dan dana bersama. Pastikan anda memahami keseluruhan struktur pembayaran dan yuran sebelum anda melabur menggunakan pinjaman peribadi.

Pertimbangkan Sikap Tahan Risiko Diri Sendiri

Akhir sekali, nilaikan tahap keselesaan anda dengan risiko. Mengambil pinjaman untuk melabur adalah salah satu pilihan yang berisiko dan jika gagal, anda boleh ditimpa lebih banyak hutang dan masalah kewangan. Anda masih harus mempertimbangkan bahawa pasaran saham sentiasa berubah dan bukan untuk yang takut mengambil risiko. Tambah lagi, pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi memang adalah pelaburan yang juga datang dengan risiko yang lebih tinggi. Sekiranya mempertimbangkan risiko berkaitan dengan pelaburan bukan sesuatu yang anda lakukan dengan terus terang, laluan ini mungkin bukan pilihan terbaik untuk pelaburan anda.

Berminat untuk mendapatkan pinjaman peribadi anda? Dapatkan di lokasi anda sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>