KEMANA KITA PATUT LAPORKAN JIKA DI SCAM?

Lapor Kepada Pihak Berkuasa Jika Kena Scam
Share Artikel ini!

Pernahkah anda terkena scam atau ditipu oleh seseorang? Jika ya, adakah anda tahu ke mana atau kepada siapa harus anda laporkan dan adukan? Pada perkongsian kali ini, kami akan berkongsi mengenai jabatan atau badan-badan atau agensi-agensi yang patut kita laporkan jika kes-kes penipuan berlaku.

Seringkali kita dengari ramai yang terima panggilan yang kononnya dari dari pihak berkuasa atau pihak bank dan menyatakan mungkin kita ada membuat kesalahan undang-undang mahupun penyalahan pemindahan wang. Namun hakikatnya kita tidak membuat sebarang kesalahan. Jangan mudah terpedaya.  Jika anda terima panggilan dan dapati ada penyamaran dari pihak berkuasa atau pihak bank, anda perlu laporkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia.

Bagi penipuan akaun keldai atau sewa akaun bank mahupun kad ATM, anda perlu laporkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Setiap penipuan yang melibatkan wang, Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pihak yang paling terpenting untuk kita laporkan.

Selain itu, penipuan yang melibatkan saham, pihak yang kita perlu laporkan adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda, rakyat Malaysia kebanyakan memilih untuk membuat pembelian atas talian. Ini menyebabkan ramai yang akan terdedah kepada penipuan e-dagang berikutan peningkatan trend pembelian dalam talian secara tidak langsung boleh menjadi mangsa penipuan jika tidak berhati-hati ketika membuat urusan jual beli. Oleh itu, jika ini berlaku, terdapat beberapa pihak yang perlu dilaporkan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kita juga perlu adukan kepada Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) kerana badan pertubuhan ini berfungsi memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan kepada pengguna.

Sekiranya terdapat lain-lain penipuan selain yang disebutkan diatas, kita perlu laporkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya semua masalah penipuan boleh disiasat dan diselesaikan.

Dibawah ini disertakan maklumat bagi setiap jabatan / badan-badan / agensi-agensi yang terlibat. Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai untuk lebih berhati-hati dan selamat.

  • PDRM : Lawati portal Semak Mule untuk memeriksa sama ada nombor telefon atau akaun bank tertentu digunakan dalam penipuan. Pengguna juga boleh menghubungi WhatsApp CCID Infoline di 013-211 1222. Untuk membuat laporan, sila kunjungi balai polis yang terdekat, atau hubungi +603 2610 1559 / +603 2610 1599.

 

  • Bank Negara Malaysia (BNM) : Untuk maklumat terkini mengenai penipuan kewangan, sila lawati halaman di Amaran Scam . Untuk membuat aduan, sila hubungi BNMTELELINK di e-Link atau hubungi 1-300-88-5465.

 

 

 

 

  • FOMCA : Untuk membuat aduan, sila lawati portal FOMCA e-Aduan atau hubungi +603 7803 6000 / +603 7805 0009.

Share Artikel ini!

12 Comments

  1. Aduan saya seluruh daerah kecam saya.
    Atas seseorg telah membuat surat kematian atas
    Diri saya.dan semua maklumat pribadi saya ramai yg telah memakai atas no ic saya utuk kepentingan masing2.
    Biodata Fb saya merake telah pakai untuk buat jualan dan pelbagai lagi.Duit di dalam akaun selalu hilang.dan No talifon dan ic saya ada buat pmjaman dan main saham. Whatsap saya ken HACK 24jam servis.
    Minta jasa baik tuan tolong siasat lebih dalam lagi
    Dan mengambil tindakan.
    Sekarang hidup saya huru hara.
    Semua menda di org kawal..
    Ini link salah satu dari scamer yg dapay.
    FACEBOOK SCMER
    hhtps:FB.com/1/apgzGjLmGoFBx
    hhtps:9:gco/CECAVER
    autin@USER VOICE.COM

    LATEST PUBLISHED VERSION
    hhtps:www.w3.Org/TR/2015/
    PR_webstotage_20150609

    WhatApp 24 JAM SERVIS
    B@SS@9/8k/$$ ong ong
    BaTu no % BNS $$
    +NEWTOWN

    Reply
    • Saya di kecam atas pinjaman.mereka menuntut banyak wang utk dikirim utk proses sst/lembaga hasil.realitinya sybtak dapat apapun pinjaman

      Reply
      • Sekaranh macsmna puan.? Sayapun kena cm tu dah dah buatblaporan polis

        Reply
      • Dah 2 kali saya kena scam. Nak buat pinjaman tapi minta bayar gov tax RM600 la minta bayar insurans 410 dulu la. Kita dah la perlukan wang untuk satukan semua hutang. Dah tu dah bayar tapi lepas tu minta lagi banyak dari sebelumnya kalau tak duit semua burn. Dekat mana saya nak buat aduan ye? Siap ugut kalau nak refund n cancel pinjaman kena bayar legal fee balik RM2+++ . Tolong bantu saya macam mana nak selesaikan ini ye

        Reply
  2. Saya beli kereta kanak2 pembayaran sebanyak rm600 tapi barang x sampai2..nama dia di acc bank nasra binti ibrahim..

    Reply
  3. Kini terdapat penipuan baharu yang disertakan dengan e-mel warisan. Jiran saya mendapat e-mel tentang beberapa warisan keluarga dan diminta membayar beberapa Cukai, dia akhirnya menghantar banyak wang kepada mereka tanpa mengetahui bahawa mereka adalah penipu dalam talian. Dia adalah wanita berusia 72 tahun dan tidak tahu itu adalah warisan palsu. Terima kasih kepada syarikat pemulihan bernama Amendall .net yang membantunya menjejaki akaun bank penipu dan wang itu telah diperoleh kembali kepada jiran saya. Sila berhati-hati dengan e-mel Warisan palsu.

    Reply
    • Kita perlu lebih berhati-hati pada masa sekarang tambah2 pula sekarang macam2 cara scammer akan buat untuk dapatkan wang.

      Reply
  4. Kepada siapa saya prlu buat report ?? Bru2 ini saya membeli barang secara ansuran melalui pembelian atas talian , tetapi barang tidk smpai proses loan sudah jalan . Bila contact staff yg brurusan langsung tidak reply ws saya . Kepada siapa saya perlu rujuk ? Saya buntu

    Reply
    • Saya telah pegi interview kerja yg saya nampak dari group whatsapp keluarga. Kerja ni untuk kerja kapal laut. Sampai tempat interview semua ok nampak ada puluhan lagi yang pegi. Selesai interview 1 kena pegi lagi interview 2, interview 2 semua nampak professional lagi ada 1 ratus atau lebih yang pegi. Suda selesai interview dapat tawaran kerja kena bayar 1k lepastu 9k lagi untuk semua lesen. Lepas saja habis bayar terus tidak dapat contact lagi semua no yg saya ada untuk pertanyaan. Semua ini terjadi dalam masa 3bulan. Apa saya perlu buat.

      Reply
      • Mungkin boleh report kepada pihak polis dulu sebab x logik nak dapatkan kerja tapi kena buat bayaran.

        Reply
  5. Saya pun kena macam awak semua minta duit tapi pinjaman tidak dpt, kemana saya nk lapor ye.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>