Tips Mencari Pinjaman Peribadi Terbaik Di 2020

Tips Mencari Pinjaman Peribadi Terbaik Di 2020

Viewing 5 posts - 1 through 5 (of 5 total)
  • Author
    Posts
  • #25379
    iPP
    Keymaster

    Dengan pandemik COVID-19, tempoh PKP, bil utiliti yang melambung tinggi, dan ramai yang kehilangan sumber pendapatan, 2020 merupakan tahun yang amat s
    [See the full post at: Tips Mencari Pinjaman Peribadi Terbaik Di 2020]

    #25380
    AHMAD SHUKUR
    Guest

    Saya dah terkena dgn amalan credit habis dkt 8000 to loan masih x dpt nak kena deposit 1900 lg be loan mask account.depa ckp x boleh msuk account ann bank negara Mahan.kalau nak jg loan Kena byr 1900 utk gov service 5%

    #25381
    Remlie
    Guest

    Saya ada mencuba membuat permohonan pinjaman peribadi drp syarikat2 kewangan secara online yg mengakui sebagai syarikat Peminjam Wang Berlesen yang sah, berdaftar dgn Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Daripada tujuh buah syarikat terlibat lima syarikat meminta saya membayar ‘upfront fee’ sebagai bayaran untuk ‘stamping duty’ pada kadar bayaran diantara RM250, RM600 dan RM680, jumlah tidak sama bergantung kpd syarikat terlibat. Ada juga yg meminta saya membuat bayaran deposit ‘financing account’ berjumlah RM450, dan meminta saya membeli insurans takaful dgn kadar premium RM680 yg kononnya dibayar hanya sekali sahaja disepanjang tempoh perjanjian bayaran balik selama 5 tahun.

    Namun, saya telah membuat semakan secara online melalui Ikredikom (portal KPKT), empat drp nama syarikat tersebut wujud sementara yg selebihnya info pada nama syarikat itu gagal dikesan bermakna ianya tidak berdaftar dgn KPKT. Syarikat2 mcm ini memang tidak perlu dilayan.
    APA yg menghairankan terdapat nama2 syarikat yg terlibat menggunakan nama2 syarikat yg berdaftar dgn KPKT tetapi alamat lokasi pejabat operasi yg berbeza dgn alamat yg sepatutnya tertera pada info SSM dan KPKT seperti pada rekod pendaftaran sebenar. Begitu juga nombor telefon pejabat(hotline), dan talipon pintar serta apps WhatsApp agen yg mengakui sebagai agen syarikat tersebut kebanyakan melibatkan dua hingga tiga orang yg berlainan dgn nombor talian yg berbeza.

    Saya merasa curiga dengan maklumat yg diberikan melalui surat2 kelulusan permohonan pinjaman peribadi yg dikeluarkan oleh syarikat2 terlibat.

    Butiran Surat seperti alamat lokasi pejabat operasi tidak sama dgn info syarikat yg saya dapati drp SSM dan KPKT, nombor2 telefon pejabat pun berbeza-beza. Selain, saya juga mendapati terdapat nombor rujukan / lesen KPKT yg tertera pada Surat kelulusan tawaran yg syarikat2 tersebut beri tidak sama dgn rekod KPKT. Surat kelulusan tawaran pinjaman juga tidak mempunyai butiran lain seperti tarikh surat dikeluarkan. Ada juga Surat kelulusan tawaran pinjaman yg ditandatangani lengkap dgn nama penuh tetapi tanpa nombor Mykad.

    Saya telah berjaya memperolehi info / telefon sahih tentang sebuah syarikat yg mana nama dan maklumat syarikat tersebut telah digunakan oleh pihak tertentu yg tidak bertanggungjawab melalui ‘online’. Saya menghubung, dan pihak pengurusan syarikat tersebut telah membuat laporan Polis kerana orang2 yg mengaku sebagai agen atau pegawai syarikat yg konon bertindak bagi pihak syarikat itu sebenanya ‘bukan agen,kakitangan atau pegawai daripada syarikatnya’
    Secara dasarnya, berurusan secara online bagi maksud permohononan pinjaman perlu berhati-hati kerana syarikat2 Peminjam Wang Berlesen yg sah tidak pernah meminta sebarang bayaran drp klien samada bagi maksud fi duti setem, pembukaan akaun dan sebagainya.

    Saya telah memohon pinjaman peribadi drp tujuh buah syarikat kewangan secara online lima buah drp syarikat tersebut telah menghantarkan Surat tawaran kelulusan pinjaman kpd saya melalui apps WhatsApp tetapi saya merasa was-was dgn syarat2 dan butiran2 syarikat2 berkaitan. Saya mengambil keputusan utk mengabaikan tawaran2 itu. Malah saya tidak melayan lagi sebarang panggilan dan WhatsApp drp pihak2 tersebut yg saya fikir mungkin ‘schemer’.

    #25382
    Zazali
    Guest

    Saya pun kena tuan

    #93132
    Daisy_D
    Participant

    Jika ada ‘syarikat pinjaman’ yang minta apa-apa bayaran, dinasihatkan tidak membuat bayaran kepada mereka kerana syarikat pinjaman berlesen yang sah tidak akan meminta pemohon untuk membuat apa-apa bayaran ketika membuat permohonan pinjamam. Selain itu, ada juga kejadian yang individu menyamar sebagai wakil syarikat pinjaman yang berdaftar di bawah KPKT untuk menipu orang ramai yang sedang mencari pinjaman. Jadi, apa-apa urusan perlu buat di pejabat syarikat yang sah saahaja.

Viewing 5 posts - 1 through 5 (of 5 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.
Login Register