AWAS: Caj Tambahan Pinjaman Peribadi (Cerita Benar Mangsa)

Caj Tambahan Pinjaman Peribadi
Share Artikel ini!

Proses permohonan pinjaman peribadi daripada syarikat pinjaman berlesen memang tiada struktur tetap dari syarikat ke syarikat. Oleh itu, ia boleh menjadi amat mengelirukan bagi pemohon untuk mengetahui jika sesuatu langkah yang diminta oleh syarikat itu adalah sah ataupun tidak, terutamanya apabila ia melibatkan caj tambahan pinjaman peribadi yang dikenakan. Syarikat pinjaman berlesen biasanya ada caj sendiri, seperti caj pemprosesan, insurans, caj membuka akaun, dan sebagainya. Namun, caj begini biasanya dinyatakan terus terang sebelum perjanjian pinjaman ditandatangani, dan juga biasanya akan dikeluarkan daripada duit pinjaman, bukannya diminta bayar sebelum duit pinjaman diterima.

Ramai scammer yang mengambil kesempatan atas perbezaan prosedur ini untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada mangsa, dan meminta bayaran sedikit-sedikit sampai mangsa pun tak sedar bahawa dia sedang ditipu. Inilah yang terjadi kepada mangsa dalam Episod 5 series IPP tentang Cerita Benar Scam pinjaman peribadi!

*Video ini dilakonkan semula berdasarkan kisah benar individu.

Berikut adalah ceritanya:

Saya pernah memohon pinjaman dengan sesuatu syarikat kerana betul2 perlukan wang pada ketika itu. Saya nak cari pinjaman online yang bagi potongan secara auto debit, so saya cari di internet, akhirnya saya jumpa syarikat ni, nampak macam ok je semua boleh secara online. Saya mohon pinjaman 5k tapi disuruhnya saya bayar dahulu 600. Katanya wang 600 itu akan dikembalikan bila loan dah lulus. Tapi, bila saya dah transfer, terus dia telefon saya balik dan katakan dia sudah bincang dengan manager, kata loan boleh approve, tapi kena bayar advance payment 5 bulan. Untuk loan saya 5k, bayaran sebulan tu 183, so kena bayar 900 lebih. Dah bayar, mintak pula bayar insuran 1k dan baru saya sedar yang saya telah ditipu, dahlah perlukan duit, habis duit yang ada dalam tangan diberi kepada orang.

Yang bahaya ni diorang minta duit sikit-sikit sampai saya pun tak perasan tengah kena scam ni. Tambah lagi, dah bayar tu rasa macam rugi nak cancel semua loan dan hilangkan duit yang sudah dibayar. Tapi, siapa tahu la kan, mungkin kalau saya dah bayar insuran 1k tu diorang akan suruh bayar yuran lain nanti. Lebih baik cancel je loan tu sebelum hilang duit lebih lagi.”

Apakah yang boleh kita pelajari daripada cerita di atas? Pertama, kita selalu kena pastikan bahawa syarikat pinjaman yang dipilih itu adalah syarikat berlesen yang sah. Seterusnya, semasa memohon pinjaman, kita perlu rajin meminta syarikat tersebut menyenaraikan semua caj tambahan pinjaman peribadi yang akan dikenakan, dan menerangkan prosedur untuk membayarnya. Jika anda bersetuju dengan caj-caj yang dikenakan, anda boleh teruskan dengan pinjaman tersebut.

Namun, jika syarikat tersebut kemudian meminta caj tambahan yang tidak disenaraikan sebelum ini, anda perlu berwaspada. Kadang-kadang, kita berasa sayang untuk membatalkan permohonan kerana berasa bahawa bayaran sikit je dah boleh luluskan pinjaman kita. Namun, kita tidak boleh 100% pasti bahawa syarikat itu tidak akan meminta bayaran tambahan lagi sedikit demi sedikit sampai kita pun tak perasan bahawa tengah kena scam. Mungkin lebih baik jika anda mencari pinjaman daripada syarikat lain yang boleh berterus-terang dengan anda mengenai caj yang dikenakan dengan pinjaman anda untuk mengelakkan menjadi mangsa seperti dalam cerita minggu ini.

Adakah anda mengalami situasi yang sama?

Jika anda telah menjadi mangsa syarikat pinjaman yang mengenakan caj tambahan dan telah melarikan diri dengan duit anda, anda boleh membuat laporan dengan KPKT dan dengan pihak polis. Kami juga meminta anda mengongsikan cerita anda dalam Kumpulan FB kami, Awas Scam Malaysia, di mana kita bersama cuba meningkatkan kepekaan terhadap scam-scam yang sedang dijalankan di Malaysia.

Sedang mencari pinjaman peribadi yang sah dan selamat? Layari www.ipinjamanperbadi.com.my sekarang!.


Share Artikel ini!

6 Komen

  1. Saya warga negara indonesia saya dah ajukan pinjaman online dia orang cakap boleh loan pun dah lulus tapi uang boleh transfer saya kena bayar dulu uang fee 150 itu betul ke cuman scamer, mohon dibantu jawab

    Reply
  2. Saya baru lulus bwat pinjaman 5k d sertakan sijil kelulusan pinjaman.tapi lepas tu pihak syarikat minta pembayaran pendahuluan rm410 bwat insurance.sama ada betul ke tak Sya tak tau saya belum bayar lagi n lesen pn ada d perlihatkan.saya nak mnta nasihat pada yg pakar dlm bidang ni sbb saya baru first bwat ni

    Reply
    • Yg ni sama kes Ngan aq skrg. Pihak syarikat tu minta rm 433 dahulu UTK insurance…siap memaksa-maksa lg.last2 aq cancel Jew loan tu. Sebab pengalaman aq sblom2 ni, Suma wang duty stem, insurance dan pengaktifan akaun, semua akan dipotong melalui loan yg kita apply. Bukan kita yg kena bayar CASH dahulu….

      Reply
  3. saya baru lepas kena scam ..saya buat loan peribadi 5k tapi bila saya dh sign aggrement dia suruh bayar duti setem 280 lepas tu dia suruh aktif kan akaun sebab nk transfer duit.tiba2 dia cakap tak boleh kena bayar lagi 1000 ingt dh lepas tp message dr 63301 prnding status dia call bali cakap kena bayar sebab ada scoring x lepas ken letak 1500 tp pelik dia beriya nak tolong saya dia cakap dia boleh tlg kalau x cukup duit,sy ingt betul tp lepas dia tlg manager dia call bgtau x boleh mcm ni disebab kan u dh suruh dia tlg u kena bayar balik i punya staff..asy masa tu x fikir apa dan seterusnya sampai sy sedar sy kena scam kenapa saya kena bayar dia sedangkan sy yg nak buat loan..last sekali sy block dia.dia masuk duit tp dia reject balik mcm mna ye tlg saya….

    Reply
  4. Alamak ,rasanya saya pun terkena jg nie ,saya pun dh sign aggerement lepas tu dia suh bayar duti setem jg rm 690 ,lepas tu dia suh saya bayar rm 1000 utk sst ,nnti dia pulangkan balik sekali dgn duit yg saya loan tu ,lepas tu dia kata tak bole tranfer ,kena aktifkan akaun sebab nak tranfer duit rm 2000 ,lepas tu dia kata tak bole buka akaun tu loading kena tambah rm 2000 utk dpt 100% loading td tu baru bole tranfer duit tu semua kat saya ,saya dah bagi rm 3690 dah ..

    Reply
    • sye bru terkena.. kne byar stamp 400.. lpastu kne aktif insuran 1200.. lpastu dye ckp scoring tak lpas.. kne byar 1500.. mmg kne tipu la kan?😭

      Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>