Nak Guna Servis E-Duit Raya? Baca Ini Dahulu!

E-Duit Raya
Share Artikel ini!

E-Duit Raya adalah servis yang kini dipersediakan oleh beberapa bank di Malaysia (Maybank, RHB, dll). Servis ini membolehkan anda memberi duit raya kepada sesiapa sahaja yang memegang nombor telefon bimbit dengan beberapa klik sahaja.

Servis ini direka bentuk untuk membantu orang yang tidak dapat hadir bersama keluarga mereka untuk beraya, tapi masih mahu mengutamakan tradisi memberi duit raya untuk memberi restu kepada ahli keluarga yang disayangi. Tetapi, dalam dunia teknologi kita ini yang semakin mara, servis online seperti E-Duit Raya pasti akan menjadi lebih popular di antara generasi muda. Tak perlu lagi pergi ke ATM, mengeluarkan duit tunai, menyediakan paket duit Raya, dan sebagainya. Semua transaksi boleh dikendalikan dengan mudah.

Jika anda sedang mempertimbangkan penggunaan E-Duit Raya, ini adalah beberapa tips untuk anda:

Pastikan baki bank anda mencukupi

Dengan E-Duit Raya, anda boleh menghantar sebanyak RM5000 dalam satu hari (RM1000 maksimum untuk setiap transaksi). Namun, duit ini tidak akan ditolak daripada baki bank anda sehingga penerima duit mengambil langkah untuk mengeluarkan duit tersebut – ini boleh dijalankan bila-bila sahaja pada tempoh sah yang ditentukan oleh pihak bank. Jadi, anda patut memastikan bahawa baki bank anda dikekalkan dengan jumlah yang mencukupi untuk menanggung pengeluaran duit tersebut. Jangan-jangan anda terlupa pula bahawa duit itu telah “dijanjikan” kepada orang lain dan membelanjakan duit itu tanpa was-was!

Semak betul-betul butiran yang diisi sebelum hantar

Anda boleh menghantar duit kepada sebanyak 10 orang dalam satu transaksi. Butiran yang perlu dimasukkan adalah nama penerima, nombor telefon mereka, dan jumlah yang hendak dihantar. Kalau tidak berhati-hati, memang senang untuk silap masukkan butiran salah. Kesilapan ini bermakna duit anda mungkin boleh dihantar kepada orang lain. Kalau anda mengesan ada kesilapan, terus menghubungi bank untuk membatalkan transaksi tersebut (asalkan penerima belum mengeluarkan duit tersebut). Untuk mengelakkan stres ini, semak dulu betul-betul sebelum hantar!

Masukkan mesej yang ikhlas

Duit yang dihantar melalui teknologi seperti E-Duit Raya memang senang, namun niat baik dan restu yang ingin dikirim bersama duit raya tersebut boleh hilang maknanya dengan transaksi online berbanding dengan tindakan mesra kirim salam sambal menghulurkan paket duit raya. Untuk menambahkan rasa keikhlasan dan kemesraan penghantaran duit raya tersebut, masukkanlah mesej dari hati apabila menghantar E-Duit Raya anda.

iPinjaman Peribadi mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>