Jika anda sedang mempertimbangkan memohon pinjaman peribadi, anda perlu bersedia dengan pelbagai dokumen yang terlibat dalam proses memohon pinjaman tersebut. Dokumen yang diminta oleh syarikat pinjaman berlesen ini bertujuan untuk memberi syarikat pinjaman informasi lanjut tentang identiti, status kewangan, dan sejarah anda sebagai peminjam. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi memohon pinjaman peribadi. Kadang kala, syarikat pinjaman berlesen mungkin akan meminta dokumen tambahan sebelum meluluskan permohonan pinjaman anda, tetapi secara am, dokumen ini adalah dokumen yang paling kerap diminta dalam proses memohon pinjaman peribadi.
1. Salinan Kad Pengenalan
Kebanyakan syarikat pinjaman hanya menawarkan pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia sahaja. Jadi, anda akan diminta menampilkan salinan kad pengenalan anda sebagai bukti bahawa anda adalah seorang warganegara Malaysia. Jika permohonan anda diluluskan, anda akan diminta menunjukkan kad pengenalan sebenar anda (dan mungkin akan diverifikasi dengan cap ibu jari anda).
2. Penyata Bank 3 Bulan Terkini
Dokumen ini adalah untuk mengesahkan bahawa anda mempunyai akaun bank yang aktif dan menerima gaji setiap bulan. Syarikat pinjaman berlesen juga akan dapat agak jumlah simpanan dan corak pembelanjaan anda supaya dapat menentukan tahap risiko anda sebagai peminjam.
3. Slip Gaji 3 Bulan Terkini
Kebanyakan syarikat pinjaman lebih suka pemohon yang bergaji tetap bagi tempoh lebih daripada 3 bulan. Ini menunjukkan kestabilan kewangan dan dapat lebih menjamin kemampuan anda untuk membayar balik hutang anda berbanding dengan pemohon yang berniaga sendiri. Jika anda tidak diberi slip gaji oleh majikan (contohnya gaji cash), tidak semestinya permohonan anda akan ditolak; namun anda mungkin akan diminta membuktikan gaji anda dengan cara lain.
4. Bil Elektrik Dan Bukti Pembayaran Bil
Mungkin anda berasa pelik – apahal syarikat pinjaman ini hendak melihat butiran penggunaan elektrik di rumah anda. Namun, dokumen ini adalah untuk mengesahkan alamat kediaman anda, terutamanya jika alamat kediaman anda adalah berlainan dengan alamat yang terpapar dalam kad pengenalan anda.
5. Penyata KWSP/EPF
Seperti ternyata dalam butiran 3, syarikat pinjaman memang lebih suka pemohon yang bergaji tetap. Tambah lagi jika majikan anda membayar KWSP anda setiap bulan – penyata EPF boleh memberi syarikat pinjaman berlesen informasi tentang sejarah pekerjaan anda pada tahun sebelumnya, dan mengesahkan bahawa anda mempunyai duit dalam akaun KWSP yang selamat disimpan untuk masa depan.
6. Surat Pengesahan Jawatan
Syarikat pinjaman mungkin akan meminta anda mendapatkan surat pengesahan jawatan daripada majikan anda sebagai bukti yang anda sedang mempunyai jawatan tetap dalam syarikat tersebut. Mereka mungkin juga akan memanggil ofis anda untuk mengesahkan bahawa anda betul-betul merupakan pekerja syarikat tersebut. Ini dilakukan kerana terdapat ramai orang yang cuba memalsukan dokumen dan bukti pekerjaan untuk mendapatkan pinjaman peribadi yang dicari.
7. Dokumen Sale & Purchase Agreement (SNP) ataupun bil cukai taksiran (jika mempunyai harta tanah sendiri)
Jika anda mempunyai harta tanah (iaitu rumah ataupun unit komersial), anda mungkin boleh menikmati kadar faedah lebih rendah melalui pinjaman bercagar. Anda boleh menampilkan bukti kepunyaan harta tanah tersebut apabila memohon pinjaman peribadi untuk menyemak kelayakan anda untuk mendapatkan kadar faedah istimewa!
Sedang mencari pinjaman peribadi yang cepat dan selamat? Carilah di iPinjaman Peribadi sekarang!