Bekerja Keras Tetapi Masih Kais Pagi Makan Pagi? Inilah Sebabnya!

Kais Pagi Makan Pagi
Share Artikel ini!

Adakah anda sudah bekerja untuk beberapa tahun, namun mendapati bahawa hidup anda masih lagi mengikuti corak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Kebanyakan orang menganggap bahawa setelah bekerja keras dan menerima kenaikan pangkat dan gaji dalam kerjaya masing-masing, mereka akan dapat menikmati duit tambahan untuk disimpan, dilabur, dan dibelanjakan. Walaubagaimanapun, gaji yang lebih tinggi tidak semestinya bermakna tunai sedia yang lebih – di bawah adalah beberapa sebab kenapa.

Gaji lebih tinggi = cukai pendapatan yang lebih tinggi

Di Malaysia, cukai pendapatan dikenakan sebagai sebuah peratus atas jumlah gaji yang anda terima dalam setahun. Jika jumlah gaji anda dinaikkan, maka peratus cukai yang dikenakan juga akan menjadi lebih tinggi. Contohnya, seseorang yang bergaji RM1700 sebulan akan dikenakan cukai sebanyak 1%, manakala seseorang yang menerima gaji RM2500 sebulan akan dikenakan cukai sebanyak 3%, dan seseorang yang menerima gaji RM3300 sebulan akan dikenakan cukai sebanyak 8%.

Semakin tua, semakin banyak tanggungjawab kewangan

Sebagai manusia, kita mendapati bahawa keperluan kewangan akan meningkat dengan usia kita. Sebahagian keperluan ini datang daripada faktor yang tidak boleh dielakkan, contohnya kita (ataupun ibubapa kita) mungkin mengalami masalah kesihatan yang memerlukan ubat dan rawatan jangka panjang. Sebahagian pula datang daripada perkembangan hidup semulajadi, seperti keputusan untuk berkahwin dan beranak yang pasti mendatangkan pembelanjaan lebih setiap bulan.

Fenomena “Inflasi Gaya Hidup”

Apabila diberi gaji lebih setiap bulan, kita pasti akan terpikat untuk menaikkan taraf gaya hidup kita . Contohnya, dulu dengan gaji RM1000 sebulan, anda mungkin berasa puas dengan kopi tarik dan roti kosong untuk sarapan anda. Namun, setelah gaji dinaikkan kepada RM3000 sebulan, anda mungkin teringin menikmati latte dan croissant daripada kafe berdekatan tempat kerja anda. Pembelanjaan tambahan kecil begini atas jangka masa yang panjang boleh memakan pendapatan tambahan anda dan membiarkan anda tanpa duit ekstra untuk disimpan atau dilabur.

Ingin mengatasi corak hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Bacalah artikel kami untuk mengetahui 9 cara menjana duit tambahan sambil tidur!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>