Tips Terbaik Menjual Makanan Dari Rumah

Menjual Makanan Dari Rumah
Share Artikel ini!

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang bakal mengambil masa berbulan-bulan untuk membuka semula ekonomi negara kita. Dengan pengumuman ini, jelaslah bahawa ramai antara kita mungkin terpaksa menghadapi status kewangan yang tidak tentu sampai akhir tahun ini. Jika anda sedang mencari cara menjana pendapatan tambahan untuk membendung masalah kewangan dalam bulan yang akan datang, anda boleh mempertimbangkan opsyen menjual makanan dari rumah.

Usaha menjual makanan dari rumah memang senang untuk dimulakan, ada permintaan yang stabil, dan bakal dikembang menjadi bisnes sebenar pada masa depan. Berikut adalah beberapa tips untuk orang yang ingin menjual makanan dari rumah untuk menjana pendapatan tambahan.

1. Ambil Kursus Pengendali Makanan KKM

Sebelum anda bermula menjual apa-apa makanan, pastikan anda mendaftar untuk Kursus Pengendali Makanan yang diiktirafkan oleh KKM. Sebagai penyedia makanan yang beretika, kita harus mengutamakan keselamatan pelanggan kita. Kursus Pengendali Makanan akan mengajar anda cara mengendalikan makanan dengan betul, untuk memastikan makanan anda sentiasa selamat untuk dimakan. Anda juga boleh menggunakan sijil daripada kursus ini untuk meningkatkan keyakinan pelanggan anda terhadap produk yang dijual. Dalam masa PKP ini, terdapat ramai kursus yang ditawarkan secara online dan untuk harga yang tidak terlalu tinggi – jadi ambillah langkah pertama untuk menjadi penjual makanan yang dipercayai.

2. Dapatkan suntikan tifoid

Setiap pengendali makanan harus mendapatkan suntikan tifoid sebelum bermula menjual makanan. Tifoid adalah sesuatu jangkitan bawaan makanan yang berbahaya, jadi dengan mengambil suntikan tifoid, anda boleh melindungi diri dan pelanggan anda daripada penyakit ini. Suntikan ini boleh didapati di mana-mana klinik kerajaan ataupun swasta, dan bertahan 2-3 tahun. Jika anda berniat berdaftar dengan mana-mana platform hantaran makanan seperti Grab Food ataupun Food Panda, suntikan ini juga wajib ada.

3. Kaji dulu sebelum jual

Sebelum memilih menu anda, kajilah dulu dengan menggunakan keluarga dan kawan-kawan sebagai “pelanggan”. Jalankan kajian ke atas rasa, saiz hidangan, elemen tambahan seperti sambal/sos celup, dan penampilan visual makanan anda. Jangan lupa juga untuk mengira faktor penghantaran, di mana makanan anda akan dibekas dan mengambil masa untuk dihantar kepada pelanggan. Makanan anda harus kekal sedap dan menarik setelah diterima oleh pelanggan anda. Bekas makanan yang digunakan juga harus bertahan lasak supaya tiada tumpahan atau kerosakan dalam perjalanan.

4. Kira harga jualan dengan teliti

Kebanyakan orang yang menjual makanan dari rumah hanya mengambil kira kos bahan yang digunakan dalam masakan mereka. Namun, kos sebenar sesuatu produk makanan harus mengambil kira bahan, kos overhead (contohnya elektrik dan gas), dan kos buruh (iaitu “upah” anda untuk masa yang diambil untuk membeli, menyediakan, membekal, dan menghantar makanan tersebut). Selepas mengira semua kos ini, anda harus menggandakan jumlahnya dengan faktor gandaan lagi (contohnya 1.5x) untuk mendapatkan harga jualan. Faktor gandaan ini akan memberi anda marjin keuntungan yang diperlukan untuk menjayakan perusahaan ini.

5. Elakkan pembaziran di mana boleh

Jika anda cuba meneka berapa pesanan anda mungkin terima pada mana-mana hari, anda mungkin akan mendapati bahawa terdapat banyak pembaziran makanan. Rumah biasa tidak dilengkapi dengan peralatan untuk menyimpan makanan untuk tempoh masa panjang, dan anda mungkin terpaksa buang apa-apa makanan yang tidak dapat dijual. Sistem terbaik adalah untuk menetapkan masa terakhir untuk memesan makanan, contohnya 9 pagi untuk hantaran makanan tengah hari untuk hari itu. Dengan ini, anda hanya perlu menyediakan secukupnya pesanan untuk hari itu, dan mengurangkan potensi pembaziran dari segi bahan dan usaha.

Penjualan makanan dari rumah adalah pilihan yang baik bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan dalam masa PKP ini. Namun, pastikan anda mengambil langkah di atas untuk memastikan usaha anda berhasil. Jika anda memerlukan pinjaman peribadi sebagai modal permulaan perusahaan anda ini, carilah di iPinjaman Peribadi sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>