Senarai Bantuan Kewangan PEMERKASA Plus

Bantuan Kewangan Pemerkasa Plus
Share Artikel ini!

Mulai 1 Jun 2020, PKP 3.0 telah diisytiharkan di negara kita, dengan kebanyakan sektor ekonomi dan sosial diwajibkan tutup untuk sekurang-kurangnya 2 minggu. Untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, bantuan kewangan PEMERKASA Plus telah diumumkan oleh kerajaan. Melalui pakej yang bernilai RM40 bilion ini, pelbagai jenis subsidi, bayaran, dan tangguhan pinjaman akan ditawarkan kepada rakyat dan perusahaan sederhana-kecil yang memerlukannya. Berikut adalah senarai bantuan kewangan PEMERKASA Plus untuk PKP 3.0 ini – adakah anda layak untuk menerima mana-mana jenis bantuan tersebut?

  1. Pilihan untuk mengambil moratorium pinjaman (tangguhan pinjaman) untuk 3 bulan secara automatik, ataupun mengurangkan jumlah bayaran balik pinjaman sebanyak 50% untuk 6 bulan. Dengan pilihan 1, tiada bayaran yang diperlukan untuk 3 bulan (Jun, Julai, dan Ogos), malah dengan pilihan kedua, anda masih perlu membayar ansuran anda setiap bulan, malah boleh membayar separuh sahaja jumlah yang sepatutnya dibayar.

2. Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank orang yang layak pada akhir bulan Jun

  • RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2500 sebulan
  • RM300 untuk isi rumah berpendapatan kurang daripada RM5000 sebulan
  • RM100 untuk individu yang berpendapatan kurang daripada RM2500 sebulan

3. Moratorium pinjaman 12 bulan untuk pengendali bas dan teksi dan tambahan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

4. Subsidi gaji untuk 1 bulan yang dikeluarkan oleh PERKESO.

5. Diskaun 30% ke atas harga sewa premis bagi usahawan yang layak di bawah program MARA Prihatin.

6. Bayaran bantuan sekali untuk pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas pelancongan, dan e-hailing berjumlah RM68 juta.

7. Diskaun 10% ke atas bil elektrik untuk bulan Julai, Ogos, dan September untuk 6 sektor yang terjejas.

8. Pengecualian duti setem di bawah Kempen Pemilikan Rumah dilanjutkan kepada akhir tahun 2021.

9. Pengecualian cukai jualan kereta ke atas semua kenderaan penumpang pemasangan tempatan (pengecualian penuh) dan kenderaan penumpang import (pengecualian 50%).

10. Pengecualian bayaran levi untuk Jun 2021.

11. Tambahan Geran Khas Prihatin sebanyak RM1000 untuk bulan Jun dan RM500 untuk bulan Julai.

12. Bantuan kewangan mikro sejumlah RM1.5 bilion dengan kadar faedah serendah 3%.

13. Rayuan pengenaan & penangguhan penalti bayarak cukai tertunggak untuk pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.

14. Pengecualian bayaran lewat pembaharuan lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 untuk PKS mikro, milikan tunggal, dan perkongsian.

Kami berharap anda dapat mengharungi tempoh PKP ini dengan tenang dan selamat. Jika anda memerlukan pinjaman peribadi dapatkan bantuan tambahan selain daripada bantuan kewangan PEMERKASA Plus di atas, carilah daripada syarikat kredit komuniti yang sah dan selamat di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>