AWAS SCAM: Ejen Jualan E-Dagang

Scam Ejen Jualan E-Dagang
Share Artikel ini!

Dengan penggunaan platform e-dagang yang berleluasa sekarang ini, datanglah juga kesempatan untuk scammer menjalankan scam baru, iaitu scam ejen jualan e-dagang. Semua orang kan beringin untuk menjanakan pendapatan tambahan tanpa komitmen yang terlampau banyak. Scam jenis ini memanfaatkan keinginan ini dengan mempersembahkan tawaran yang sukar ditolak, iaitu menjanakan duit tambahan dalam masa sampingan, dari rumah sendiri, tanpa usaha yang banyak. Jadi, bagaimanakan scam ejen jualan e-dagang ini berfungsi?

1. Mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan kerja sambilan sebagai ejen

Biasanya, profil WhatsApp scammer tersebut siap diisikan dengan informasi platform e-dagang yang sah, contohnya Shopee atau Lazada.

2. Mangsa akan menerima satu gambar barangan yang dijual di platform e-dagang dan dikehendaki membayar harga barangan tersebut

Biasanya, barang yang dipilih tidaklah mahal, dan menunjukkan ramai pembelian dan review yang hebat, yang meningkatkan tahap keyakinan mangsa terhadap penjual tersebut.

3. Scammer menerangkan bahawa pembayaran tersebut bukan untuk pembelian, tetapi hanya bertujuan untuk menaikkan rating barangan di platform e-dagang.

Sebagai “ejen”, peranan mangsa  adalah untuk mewujudkan penampilan bahawa barangan ini telah dibeli oleh orang ramai untuk menaikkan rating barang tersebut dalam senarai barang yang serupa.

4. Mangsa dijanjikan pulangan wang beserta komisen tinggi ke atas setiap pembayaran yang dilakukan.

Contohnya, jika harga barang tersebut adalah RM10, anda akan dipulangkan RM15 setelah “pembelian” palsu tersebut berjaya dijalankan.

5. Mangsa tertarik dan membuat pembayaran ke dalam akaun sindiket tanpa melalui platform e-dagang. Untuk tugasan pertama dan kedua, mangsa akan menerima semula wang beserta komisen seperti yang dijanjikan.

Tujuan langkah ini adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan mangsa terhadap skima ini untuk menjana duit sampingan.

6. Scammer kemudiannya memberikan tugasan lain yang melibatkan jumlah pembayaran yang lebih besar.

Mangsa pun berfikir: “Jika saya masukkan RM10 dan dapatkan RM15, kalau masukkan RM1000 akan dapat RM1500 – untung kan lebih banyak lagi?”

7. Mangsa yakin dan membuat pembayaran tetapi scammer menghilangkan diri dan gagal untuk dihubungi.

Biasanya, nombor telefon yang digunakan untuk proses WhatsApp tersebut pun dibatalkan dan tiada rekod yang mencukupi untuk pihak berkuasa menyiasat kegiatan scammer tersebut.

Dengan ini, orang ramai dinasihati agar sentiasa berwaspada dengan tawaran kerja sambilan yang diterima bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. Ingatlah soalan ini: “Nak Kerja, Tetapi Kenapa Perlu Bayar?”. Jadilah konsumer yang bijak, dan jika anda ingin mencari kerja sampingan, pastikan anda selalu menyediakan kontrak yang sah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa scam seperti scam ejen jualan e-dagang ini.


Share Artikel ini!

2 Comments

  1. Nasib baik x reply mesej mcm ni…slu dpt..

    Reply
    • Hi @Yas
      Perlu selalu berhati-hati dengan tawaran yang diberi. Tiada jalan mudah untuk mendaptkan wang.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>