Ini adalah Edisi Ke-2 artikel ini. Untuk membaca Edisi 1, sila klik pautan ini.
Kebanyakan orang yang memohon pinjaman peribadi tidaklah mengupah peguam sendiri untuk mengendalikan proses pinjaman. Kita biasanya percayakan syarikat pinjaman berlesen untuk menguruskan segala borang, pendaftaran pinjaman, bayaran duti setem, dan sebagainya. Malah, jika kita tidak peka terhadap hak kita sebagai peminjam, kita terbuka kepada apa-apa helah ataupun scam yang mungkin disembunyikan dalam proses permohonan pinjaman tersebut. Jadi, kita perlulah sentiasa ingatkan hak kita sebagai peminjam dan menyemak setiap langkah proses permohonan pinjaman tersebut supaya kita boleh yakin bahawa segalanya adalah sah dan selamat bagi diri kita. Berikut adalah senarai hak kita sebagai peminjam di Malaysia.
5. Peminjam berhak dapat resit bayaran balik pinjaman
Anda patut dapat resit bagi setiap bayaran ansuran pinjaman anda. Hal ini adalah untuk membuktikan bahawa bayaran telah diterima oleh pihak syarikat, supaya mereka tidak boleh mendakwa bahawa anda tidak membuat bayaran dan mengenakan caj lewat dan sebagainya.
6. Peminjam tidak diminta menandatangani borang perjanjian yang tidak lengkap atau kosong
Jangan sesekali mendandatangani borang perjanjian yang tidak lengkap. Kadang-kadang, terdapat ejen mungkin meminta anda menandatangani borang kosong dahulu sambil menunggu proses lain. Walaupun tindakan ini nampak seperti langkah menjimatkan masa, ia sebenarnya menambahkan risiko tinggi kepada anda sebagai peminjam, kerana pihak syarikat boleh mengisi borang tersebut dengan apa-apa sahaja terma yang diingini tanpa kebenaran anda. Jika apa-apa terjadi dan tindakan mahkamah diambil, ia akan amat susah bagi anda membuktikan bahawa terma tersebut telah ditambahkan selepas anda tandatangan perjanjian tersebut, dan anda akan terpaksa mematuhi syarat yang terpapar dalam perjanjian tersebut walaupun tidak bersetuju.
7. Wang pinjaman diterima selepas dokumen lengkap disetemkan dan diserahkan di pejabat Kredit Komuniti yang berkenaan
Setelah semua proses permohonan dan perjanjian telah selesai, anda berhak menerima duit pinjaman yang dijanjikan dalam jangka masa yang berpatutan. Jika anda tidak menerima apa-apa duit walaupun katanya lulus, ataupun anda diminta membayar apa-apa caj untuk melepaskan duit tersebut kepada anda, berwaspadalah dengan syarikat ini dan laporkan kejadian ini kepada KPKT melalui portal aduan mereka.
8. Faedah pinjaman maxima yang berpatutan
Faedah pinjaman maxima yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah 12% setahun bagi pinjaman bercagar, dan 18% setahun bagi pinjaman tidak bercagar. Kadang-kala, syarikat pinjaman akan menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi ataupun rendah berdasarkan tahap risiko anda sebagai peminjam (jika profil kewangan anda ada banyak tanda risiko seperti pinjaman yang tidak diselesaikan, bil kad kredit lewat, skor CCRIS/CTOS yang buruk, dan sebagainya). Namun, anda berhak sebagai peminjam untuk mempertimbangkan kadar faedah yang ditawarkan itu dan menentukan bahawa ia adalah kadar yang anda boleh terima ataupun tidak. Kalau tidak, janganlah mengambil pinjaman itu, dan carilah syarikat pinjaman lain yang mungkin menawarkan kadar yang lebih menarik bagi anda.
Sebagai pengguna yang cermat, anda perlu sentiasa peka terhadap hak anda sebagi peminjam dan memastikan semua proses pinjaman tersebut adalah sah dan mencukupi untuk melindungi diri anda daripada scam dan penipu. Keselamatan kewangan adalah tanggungjawab sendiri, jadi pastikan anda semak sebelum anda tandatangan!
Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi yang sah dan selamat, carilah di iPinjaman Peribadi! Semua syarikat yang disenaraikan di IPP adalah sah berlesen di bawah KPKT dan selamat untuk dipinjam.
Aminuddin bin Arshad
Saya mangsa pinjaman peribadi Jupiter sdn bhd saya di suruh bayar macam macam cas saya ingat memang itu peraturan nya sebab ini kali pertama saya memohon pinjaman peribadi last dia suruh saya bayar penalti saya tak bayar sebab tak dak duit website tu apa
Daisy_D
Hai!
Anda boleh semak dahulu status syarikat yang telah berdaftar dengan KPKT di laman web KPKT atau i-kredikom.
Cuma apa yang perlu jangan la buat bayaran untuk dapatkan pinjaman kerana syarikat pinjaman yang sah xkan minta pemohon untuk membuat bayaran ketika mohon pinjaman.