Apa Yang Anda Boleh Buat Dengan Pinjaman Peribadi Anda?

apa-yang-anda-boleh-buat-dengan-pinjaman-peribadi-anda
Share Artikel ini!

Apa yang anda buat dengan pinjaman peribadi anda boleh menjadi pilihan yang bijak dalam pelbagai keadaan. Ia penting untuk memahami apa bezanya pinjaman peribadi dengan jenis pinjaman lain. Terdapat ramai jenis pinjaman yang diperuntukkan untuk pembelian tertentu.

Sebaliknya, pinjaman peribadi boleh digunakan untuk apa saja. Sesetengah pemberi pinjaman peribadi mungkin akan tanya anda apa yang anda merancang untuk lakukan dengan wang pinjaman yang diberikan. Walaubagaimanapun, setelah menerima duit pinjaman tersebut, anda tidak dipaksa untuk menggunakan duit tersebut untuk apa-apa tujuan yang khas. Namun, kita masih perlu fikirkan betul-betul cara menggunakan duit pinjaman yang bijak supaya boleh memperbaikkan situasi kewangan kita, bukannya sahaja berbelanja dengan sia-sia. Berikut adalah lima cara terbaik untuk apa yang anda boleh buat dengan pinjaman peribadi anda.

1. Menyatukan Kad Kredit

Sekiranya anda mempunyai satu atau lebih kad kredit yang telah digunakan sampai hadnya, anda boleh mendapatkan pinjaman peribadi untuk menyatukan semua caj ke bawah satu pembayaran bulanan. Lebih baik lagi, kadar faedah pinjaman peribadi boleh jauh lebih rendah daripada kadar peratusan tahunan (APR) pada kad kredit anda.

2. Pembiayaan Semula Pinjaman Pelajaran

Kadar faedah pinjaman pelajar anda mungkin 6.8% atau lebih tinggi, bergantung kepada jenis pinjaman yang anda miliki. Anda mungkin boleh mendapatkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang lebih rendah yang membolehkan anda membayar pinjaman pelajaran anda dengan lebih cepat.

3. Pembiayaan Keperluan/Kecemasan

Pembiayaan pembelanjaan bergantung kepada sama ada ia adalah kehendak atau keperluan. Sekiranya anda betul-betul memerlukan barang atau servis tersebut, ataupun anda berada dalam situasi kecemasan, memang bijak untuk mengambil pinjaman untuk membiayai pembelanjaan semasa anda. Sesetengah penjual mungkin menawarkan skema pembayaran sendiri, jadi sebelum memohon pinjaman anda, cuba menelitikan tawaran penjual tersebut dan bandingkan dengan apa yang anda dapat melalui pinjaman peribadi. Kemudian, anda boleh menentukan pilihan yang terbaik bagi anda.

4. Bayar Untuk Perkahwinan Anda

Sesuatu majlis besar seperti perkahwinan boleh memakan pembelanjaan yang besar, dan mungkin memerlukan tunai tambahan daripada pinjaman peribadi ataupun kad kredit untuk membiayainya dengan sempurna. Jika anda yakin boleh membayar hutang tersebut dalam masa sebulan, kad kredit adalah pilihan terbaik anda untuk dapatkan duit yang diperlukan.

5. Meningkatkan Skor Kredit Anda

Pinjaman peribadi boleh membantu memperbaikkan skor kredit anda dengan tiga cara. Pertama, jika laporan kredit anda menunjukkan kebanyakan hutang kad kredit, pinjaman peribadi mungkin boleh membantu ‘campuran akaun’ anda dengan mengurangkan nombor hutang kad kredit anda.

Kedua, ia boleh menurunkan nisbah penggunaan kredit anda – jumlah kredit yang anda sedang gunakan berbanding dengan had kredit anda. Semakin rendah jumlah kredit yang anda gunakan, semakin baik skor anda. Dengan campur menggunakan pinjaman peribadi dan kad kredit, anda boleh mengekalkan nisbah penggunaan kredit yang cantik.

Ketiga, jika anda mempunyai hutang yang dekat nak sampai hujung tempoh pembayaran, anda boleh mengambil pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang tersebut supaya hutang itu boleh dikira dibayar dengan sempurna pada masa yang ditetapkan dan mengelakkan caj lewat atau pencemaran skor kredit anda dengan bayaran lewat.

Berminat untuk mendapatkan pinjaman peribadi anda? Dapatkan di lokasi anda sekarang!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>