Scam Panggilan: Frasa Yang Menjadi Tanda Amaran Scam

Frasa Yang Menjadi Tanda Amaran Scam
Share Artikel ini!

Scammers yang menggunakan kaedah panggilan untuk menghubungi mangsa mereka memang pandai untuk menggunakan taktik memujuk, menghasut, dan menakut-nakutkan untuk memaksa mangsa mengikut arahan mereka. Ada yang menggunakan suara automatik yang telah dirakam, malah ada scammer yang membuat panggilan sendiri. Biasanya, scammer mendakwa diri sebagai wakil perbadanan rasmi, seperti LHDN, Polis, Kastam, dan sebagainya. Memang amat sukar untuk membezakan panggilan sebenar daripada panggilan scam, namun, berikut adalah beberapa frasa yang menjadi tanda amaran scam. Jika anda mendengarnya, batalkan panggilan dengan serta merta!

1. “Pakej anda dirampas oleh pihak berkuasa kerana mengandungi barang haram”

Scammer biasanya akan meminta informasi peribadi mangsa, seperti nama, nombor IC, alamat, dan sebagainya. Seterusnya, scammer akan kata bahawa mangsa perlu membayar yuran denda untuk melepaskan pakej tersebut – jika tidak, laporan polis akan dibuka dan mangsa boleh didakwa di makhamah untuk kesalahan ini. Mangsa yang takut pun mendedahkan informasi peribadi dan membuat bayaran ataupun memberi butiran kad kredit atau akaun bank untuk menyelesaikan masalah ini.

2. “Anda mempunyai bayaran cukai tertunggak dan akan dikenakan penalti”

Scammer yang menggunakan taktik ini menyamar diri sebagai ejen LHDN, dan akan cuba mengutip “bayaran tertunggak” daripada mengsa sebelum penalti dikenakan. Sebenarnya, mangsa tiada pun bayaran cukai tertunggak, namun kerana mempercayai bahawa scammer tersebut mewakili LHDN dan khuatir dikenakan penalti, keluarkan bayaran dengan serta merta kepada akaun scammer.

3. “Akaun anda terlibat dalam transaksi pengubahan wang haram”

Scammer mungkin kononnya mewakili pihak bank ataupun BNM dan kata bahawa akaun mangsa terlibat dalam transaksi pengubahan wang haram. “Ejen” ini memerlukan butiran akaun anda untuk menyiasat transaksi ini, dan meminta mangsa mendedahkan informasi login akaun bank, ataupun butiran kad kredit/debit. Mangsa yang ingin membuktikan bahawa mereka tidak bersalah pun memberi informasi yang diminta.

4. “Sila memberi kami OTP/TAC yang kini diterima untuk mengesahkan identiti anda”

Scammer yang mengetahui butiran akaun dan nombor telefon mangsa mungkin boleh menipu mangsa untuk meluluskan sesuatu transaksi dengan tidak sengaja. Scammer memanggil mangsa dan mewakili diri daripada syarikat yang terpercaya, contohnya Maxis ataupun TM. Mereka mungkin kata ada isu dengan akaun telefon mangsa, ataupun mungkin mangsalayak untuk menerima rebat atau ganjaran hebat. Tapi, mula-mulanya mereka perlu “mengesahkan identiti” mangsa dengan menggunakan TAC/OTP. Scammer pun memulakan transaksi pada akaun bank mangsa dan meminta mangsa membaca balik kod yang diterima. Apabila kod ini didedahkan kepada scammer, mereka pun menggunakannya untuk meluluskan transaksi scam tanpa pengetahuan mangsa.

5. “Kes ini sedang disiasat, jangan beritahu sesiapa dulu”

Scammer ingin merahsiakan perbuatan mereka, dan mungkin akan menakutkan mangsa supaya tidak mendedahkan butiran scam tersebut kepada sesiapa. Mungkin jika mangsa berkongsi kejadian ini dengan kawan atau ahli keluarga, mereka akan menerima amaran bahawa kejadian ini adalah sesuatu scam. Jadi, scammer ingin memaksa mangsa untuk mendiamkan diri supaya scammer ada lebih masa untuk menjalankan scam dan menghilangkan diri sebelum scam tersebut dilaporkan.

Jika anda mendengar mana-mana frasa yang menjadi tanda amaran scam ini, tamatkan panggilan dengan serta-merta dan semak balik sekuriti akaun dan kad bank anda. Untuk mengesahkan kalau “ejen” tersebut benar-benar mewakili badan rasmi atau sesuatu syarikat, panggil balik melalui talian rasmi daripada laman web badan rasmi/syarikat tersebut. Jangan sesekali meneruskan dengan panggilan jika terdapat apa-apa yang mencurigakan. Jagalah keselamatan kewangan diri dengan rapi untuk mengelakkan diri menjadi mangsa scam.


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Berwaspada dengan panggilan atau SMS daripada individu atau nombor yang menyamar sebagai pegawai daripada badan agensi kerajaan. Putuskan panggilan dan abaikan SMS tersebut

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>