[VIDEO] Tips Menjimatkan Wang: Pengangkutan

Tips Menjimatkan Wang Pengangkutan
Share Artikel ini!

Hai semua! Kami dari IPP mempersembahkan Episod 1 daripada series video kami yang mengongsikan Tips Menjimatkan Wang. Minggu ini, kami membincangkan cara menjimatkan wang dari segi pengangkutan di Malaysia! Tontonlah video tersebut di bawah dan kembali pada minggu depan untuk Episod 2!

 

Kita di Malaysia memang suka memandu kenderaan sendiri. Persepsinya adalah bahawa memandu kereta sendiri menjimatkan masa, lebih selesa, dan lebih mudah daripada pengangkutan alternatif. Malah, ini tidak semestinya betul. Sebenarnya, memandu kereta sendiri boleh mendatangkan kos yang amat tinggi, dan juga mengambil masa yang lama serta menyusahkan diri terutamanya jika terdapat kesesakan jalan dan kekurangan tempat meletak kereta.

Dengan mengikuti tips kami di bawah, anda mungkin boleh menjimatkan pembelanjaan pengangkutan. Hal ini terus memberi anda duit lebih untuk dijimat untuk masa depan, ataupun digunakan untuk apa sahaja tujuan yang lain dalam bajet anda!

1. Gunakan pengangkutan awam

Kemudahan pengangkutan awam di Malaysia pada zaman 1990s dan awal 2000s memang susah digunakan dan tidak boleh dipercayai. Namun, terdapat banyak kerja perkembangan dan pemulihan yang telah dijalankan sejak 10-20 tahun lalu, dan sekarang, pengangkutan awam melalui LRT, MRT, bas MyRapid amat senang digunakan, dan boleh menjimatkan duit dari segi petrol, kos parking, kos penyelenggaraan kereta, dan juga kos susut nilai kenderaan pada jangka masa yang lama.

2. Gunakan aplikasi kereta

Untuk menjejak ke tempat yang tidak dihubungi dengan pengangkutan awam, anda boleh menggunakan aplikasi kereta, sama ada aplikasi seperti Grab dan MyCar yang menempah kereta dan pemandu untuk membawa anda ke destinasi anda, ataupun aplikasi sebagai SoCar yang membolehkan anda menyewa kereta untuk tempoh masa yang diperlukan sahaja bagi anda memandu sendiri. Kedua-dua jenis aplikasi ini menghubungi anda terus kepada pintu destinasi anda dan amat selesa digunakan, malah masih boleh menjimatkan duit dari segi petrol, kos parking, kos penyelengaraan dan susut nilai kereta.

3. Kongsi kereta dengan rakan-rakan

Jika anda mempunyai rakan sekerja yang tinggal berdekatan anda, fikirkanlah menggunakan sistem berkongsi kereta di mana anda boleh tumpang kereta mereka ke tempat kerja (dan berkongsi kos petrol dan parking), ataupun anda berganti-ganti tugas pemandu dengan kereta sendiri. Dengan ini, anda boleh menjimatkan kos petrol dan parking untuk anda berdua (lebih baik kalau boleh kongsi bertiga, berempat, atau berlima!). Sistem ini bukan untuk berulang alik ke tempat kerja sahaja, malah juga boleh digunakan untuk aktiviti sosial yang lain juga!

Tip BONUS: Gunakanlah kereta anda dengan cermat

Jika anda masih ingin mempunyai dan menggunakan kereta sendiri, gunakanlah dengan cermat dan lemah lembut. Pandulah dengan cermat dan jangan selalu tekan pemecut dan brek dengan kuat, kerana ini boleh menghabiskan petrol dengan cepat dan juga menyebabkan kerosakan kecil kepada kereta anda. Pastikan anda mengikuti jadual penyelenggaraan yang ditetapkan, dan jaga kereta anda dengan tekun dengan membasuh, mengisikan udara tayar, dan sebagainya. Dengan ini, anda boleh mengurangkan kadar susut nilai kereta anda pada jangka masa panjang, dan mengurangkan kemungkinan isu-isu kerosakan kereta yang juga boleh memakan duit kecemasan yang banyak!

Layarilah laman Facebook IPP dan ikuti kami untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pinjaman peribadi, peraduan menarik, dan tips kewangan!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>