[TONTON & MENANG] Tips Menjimatkan Wang: Makanan

Tips Menjimatkan Wang Makanan
Share Artikel ini!

Hai semua! Sejak bermula tempoh kuarantin ini, soalan mencari makanan pasti muncul di depan minda kebanyakan rakyat Malaysia. Nak beli ke masak? Macam mana nak dapatkan bahan makan yang diperlukan? Berapakah kos yang boleh kita mampu berbelanja untuk makanan dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini? Jika tidak dirancang dengan cermat, hal membeli makanan juga boleh menjadi sumber pembaziran duit yang serius  Jangan risau – minggu ini, kami di IPP mengongsikan tips menjimatkan wang dari segi makanan!

Tontonlah video di bawah, dan jangan lupa mengambil peluang untuk memenangi sebanyak RM600!! Anda hanya perlu “Like” laman Facebook IPP, tonton mana-mana video Tips Menjimatkan Wang kami, dan berinteraksi dengan video tersebut (Like, Share, Komen, Tag). Setiap interaksi dikira sebagai satu hantaran untuk memenangi duit tunai! Kami akan memilihi satu pemenang daripada setiap video (terdapat 6 video dalam series ini) – jadi sertailah dan MENANG sekarang!

 

1. Masak di rumah sebanyak boleh

Amalan memasak di rumah selalunya akan membantu anda menjimatkan kos pembelanjaan bulanan. Hal ini kerana, harga makanan luar selalunya termasuk kos lain pemilik restoran, contohnya kos sewa tempat berniaga, kos elektrik, kos gaji pekerja, dan sebagainya. Bandingkan dengan kos memasak di rumah, di mana kos yang dikira adalah kos bahan dan gas memasak sahaja. Tambah lagi, anda mempunyai kuasa untuk memilih kos dan kualiti bahan yang anda memasukkan ke dalam hidangan yang akan dimakan oleh keluarga tersayang anda. Amalan memasak di rumah memang mengambil masa, namun, jika anda cuba memasak dengan kuantiti yang lebih dan membekukan ekstra untuk hidangan pada masa depan, anda hanya perlu memasak beberapa kali seminggu sahaja!

2. Bandingkan harga makanan luar dan pilih dengan cermat

Jika anda terpaksa juga makan di luar, ambillah sedikit masa untuk membandingkan harga sebelum anda beli. Di Malaysia, kami ada ramai pilihan untuk membeli makanan luar, dari gerai dan mamak sampai restoran 5 bintang. Namun, kita perlu sentiasa peka terhadap kedai mana yang mengenakan harga premium ke atas makanan yang dihidang, di mana sebenarnya makanan tersebut sama sahaja yang boleh didapati di tempat lain. Contohnya, makanan tergemar rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Kita boleh membeli nasi lemak semurah RM1-2 sebungkus daripada gerai tepi jalan, sampai pula harga melebihi RM20 dalam kafe yang berjenama. Jadi, fikirlah betul-betul tentang nilai makanan yang ditempah, dan mempertimbangkan jika harga yang dikenakan memang berpatutan untuk makanan yang dihidang.

3. Pilih makanan yang sesuai untuk keperluan anda

Dalam semua perbelanjaan bulanan, kami sentiasa mengingati anda untuk membezakan keperluan daripada kemahuan. Kebanyakan masa, duit kita patut dibelanja untuk mendapatkan bahan keperluan (contohnya daging ayam mentah, sayur segar, beras, dan sebagainya) berbanding dengan bahan kemahuan seperti snek, minuman ringan, dan aiskrim. Jom kita bandingkan harga:

Kos membeli satu hidangan makanan yang disediakan dengan bahan segar: ~RM3-4
Kos satu hidangan snek biasa (contohnya satu paket makanan ringan dan satu botol air soda): RM4-5

Namun, pilihan yang pertama boleh mengisikan perut untuk masa yang lebih lama, dan juga memberi badan anda khasiat yang diperlukan, di mana pilihan kedua sedap dimakan untuk masa itu sahaja dan tidak menyumbangkan nutrisi yang bernilai kepada badan.

TIP BONUS: Jangan lupa kira kos penghantaran apabila menggunakan kemudahan “food delivery”

Pada masa kuarantin ini, kita pasti terpikat untuk menggunakan servis penghantaran makanan seperti FoodPanda, GrabFood, dan sebagainya. Malah, setiap servis ini memang menambahkan kos yang boleh cepat tambah-menambah menjadi sumber pembaziran duit pada jangka masa yang panjang. Setiap kali menggunakan servis ini, kita akan dikenakan caj RM5-6 untuk penghantaran. Jika kita menggunakan servis ini 2 kali sehari, ia akan tambah menjadi kos beberapa hidangan makanan jika dimasak sendiri di rumah. Jadi, cubalah mengamalkan tabiat memasak sendiri, ataupun cuba memesan makanan anda dan cepat keluar untuk mengutipnya sendiri untuk menjimatkan kos anda di mana boleh.

Jangan lupa “Like” laman Facebook IPP, tonton mana-mana video Tips Menjimatkan Wang kami, dan berinteraksi dengan video tersebut (Like, Share, Komen, Tag) untuk MENANG sebanyak RM600!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>