Tips Menjimatkan Wang Belanja Barang Dapur

tips-menjimatkan-wang-belanja-barang-dapur
Share Artikel ini!

Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa stabil ini, ramai yang berasa terbeban apabila berbelanja untuk barang dapur. Barang dapur merupakan keperluan setiap rumah dan tidak dapat diabaikan. Namun, terdapat juga cara untuk mengawal duit perbelanjaan barang dapur supaya anda tidak belanja terlampau banyak dan mungkin terpaksa gunakan duit simpanan. Dengan tips menjimatkan wang belanja barang dapur ini, anda boleh jimatkan sehingga RM1000 setiap bulan!

1. Catatkan pembelanjaan anda setiap bulan

catatkan-pembelanjaan

 

Ramai yang pernah dengar tentang kepentingan menetapkan bajet setiap bulan, malah terlalu malas untuk mengamalkan tabiat ini dengan tekun. Sebagai langkah kecil yang pertama, anda boleh mencabarkan diri untuk menmperhatikan jumlah yang anda kini belanja bagi barang dapur pada setiap bulan. Anda perlu catatkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan setiap hari dan setiap bulan dalam satu buku akaun. Dengan ini, anda akan dapat mengenal pasti bukan sahaja jumlah yang dikeluarkan untuk barang dapur, malah juga jenis barang yang dibeli dengan duit tersebut. Anda boleh mengetahui jumlah yang digunakan untuk membeli barang yang anda memang perlu beli (seperti minyak, sayuran, beras, dan sebagainya), dan juga jumlah yang dibelanjakan untuk barang yang bukan keperluan (seperti snek, aiskrim, sirap, dan sebagainya).

2. Berbelanja dengan bajet yang tetap setiap bulan

berbelanja-duit-tetap

Setelah anda sudah mengenal pasti jumlah yang anda biasanya membelanjakan setiap bulan untuk barang dapur, anda bolehlah mengambil langkah seterusnya, iaitu mencabarkan diri untuk merancang bajet bulanan secara tetap pada awal bulan dan membeli-belah mengikuti rancangan anda (bukan sahaja mengikuti nafsu). Jika anda terpaksa membelanjakan lebih bagi bulan tersebut (contohnya jika anda ada tetamu dan perlu masak dengan lebih banyak), lihatlah di mana anda boleh potong pembelanjaan dapur yang tidak diperlukan supaya jumlah duit yang anda keluarkan masih mengikuti bajet yang ditetapkan. Sebaliknya, jika anda ada duit lebihan dari bajet barang dapur anda, anda bolehlah masukkan duit baki ke dalam tabung belanja dapur. Duit ini boleh digunakan untuk belanja barang dapur untuk bulan seterusnya ataupun dimasukkan ke dalam akaun simpanan. Cuba cabarkanlah diri anda untuk menetapkan bajet bulanan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan, dan perhatikanlah jumlah yang anda boleh jimatkan.

3. Buat “shopping list”

buat-shopping-list

Sebelum anda mula berbelanja, ada baiknya anda buat senarai shopping untuk barang dapur. Bak kata pepatah Inggeris “if you fail to plan, you plan to fail” – jika anda gagal merancang, maknanya anda merancang untuk gagal. Mempertimbangkan barang dapur yang perlu dibeli untuk bulan tersebut, dan pastikan jika barang tersebut betul-betul perlu dibeli atau boleh diganti dengan barang dapur alternatif yang lain. Seterusnya, ikutlah senarai anda dengan ketat ketika membeli belah. Ini akan menolong anda mengawal nafsu untuk membeli barang lain yang tidak muat dalam bajet anda pada bulan tersebut.

4. Elak membeli belah ketika lapar atau dahaga

elak-mebeli-belah-lapar

Apabila kita berada dalam keadaan lapar atau dahaga, otak kita sebenarnya tidak boleh berfikir secara rasional. Oleh itu, kita akan senang terpikat dengan pelbagai jenis makanan yang nampaknya lazat, malah tidak benar-benar diperlukan bagi bulan tersebut, seperti coklat dan gula-gula. Kalau kita membeli belah ketika dahaga pula, mungkin nafsu akan teringin sangat membeli minuman manis dan sejuk. Walaupun barang-barang ini mungkin bukannya mahal sangat, jika dikira jumlah belanja untuk sebulan dan setahun, sebenarnya banyak juga duit untuk membeli makanan yang tiada khasiat ini. Jadi, sebelum anda membeli belah, pastikan anda sudah makan dan minum dengan puas-puas.

5. Bandingkan barang mengikut harga

bandingkan-barang-mengikut-harga

Kalau anda pergi ke pusat membeli belah, semua barang di situ memang menarik perhatian. Tetapi, barang-barang ini juga mungkin dijual dengan lebih mahal berbanding dengan kedai runcit ataupun pasar biasa. Jadi, ada baiknya pilih barang mengikut harga. Jika anda membeli belah dalam pasaraya, cuba periksa juga rak-rak yang di bawah. Mungkin terdapat yang jenama yang lebih murah tetapi masih sesuai dengan keperluan anda. Walaupun hanya murah beberapa ringgit atau sen pun, ianya tetap penjimatan, dan setiap sen yang dijimatkan itu menjadi ganjaran anda.

6. Beli-belah secara pukal

beli-belah-secara-pukal

Tips jimat wang belanja dapur ini memang boleh menjimatkan banyak wang anda. Membeli secara pukal dapat mengurangkan kos setiap unit sesuatu barang yang anda beli. Jadi, apabila ada promosi jualan penghabisan stok, anda boleh beli dengan kuantiti yang banyak. Ini akan menjimatkan duit anda pada jangka masa yang panjang. Kaedah ini paling efektif dengan bahan kering seperti beras, garam, gula, dan sebaginya. Namun, ada juga bahan basah seperti daging dan makanan laut yang boleh dibekukan untuk digunakan pada bulan yang akan datang.

7. Cari penjual yang menjual dengan harga yang berbaloi

Terdapat juga barang dapur yang tidak sesuai dibeli secara pukal seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Bahan seperti ini tidak tahan lama dan akan terbazir jika tidak digunakan sebelum ianya layu atau busuk. Anda boleh cuba membeli bahan seperti ini dengan kuantiti yang berpatutan dan mengikuti musim ataupun bekalan daripada penjual. Pada musim yang betul ataupun dengan bekalan yang tinggi, harga bahan tersebut juga akan menjadi lebih rendah, dan anda dapat menjimatkan duit walaupun beli dalam kuantiti yang sama. Anda boleh juga mengkaji jika anda boleh membeli terus dari peladang sayur buah-buahan, atau membeli ikan terus dari nelayan, maka ianya menjimatkan kerana tiada kos peraih orang ketiga.

8. Tanam sendiri di rumah

tanam-sendiri-di-rumah

Jika anda mempunyai ruang yang mencukupi dalam rumah anda, anda boleh mempertimbangkan menaman pokok-pokok anda sendiri di rumah. Tanaman seperti daun pandan, daun sup, daun bawang, serai, cili padi dan sebagainya senang ditanam di dalam pasu. Dengan adanya tanaman ini, anda mungkin tidak perlu membeli di pasar. Ini akan menjimatkan banyak duit belanjaan dapur anda setiap bulan, serta menjamin kualiti, kesegaran, dan kebersihan bahan yang dimakan itu.

9. Sertai program keahlian pasaraya berdekatan

sertai-program-keahlian-pasaraya

Jika anda kerap berbelanja di pasaraya seperti Tesco, AEON, Hero Market dan sebagainya, pastikan anda mempunyai kad keahlian pasar raya tersebut. Anda akan dapat mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus untuk kupon diskaun ataupun hadiah percuma. Di samping itu, anda dapat menikmati pelbagai jenis promosi seperti potongan harga khas untuk ahli, Member Day Sale dan sebagainya.

Di antara tips menjimatkan wang belanja barang dapur ini yang mana anda sudah praktikkan? Jika anda lakukan dengan konsisten, mesti anda boleh jimat lebih lagi setiap bulan.

Berminat untuk mendapatkan pinjaman peribadi anda? Dapatkan di lokasi anda sekarang!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>