Tips Menjimatkan Duit Bagi Keluarga Muda

Tips Menjimatkan Duit Bagi Keluarga Muda
Share Artikel ini!

Minggu ini, kami ada tetamu khas untuk berkongsi beberapa tips yang beliau sendiri selalu gunakan untuk menjimatkan duit setiap bulan. Tetamu kami, Lady Daisy (nama beliau telah ditukar untuk melindungi privasi) adalah seorang ibu dengan dua orang anak berumur 3 tahun & 4 tahun masing-masing. Lady Daisy berkongsi bahawa dulu bila beliau & suami beliau baru kahwin, mereka selalu berbelanja tanpa merancang apa-apa. Tetapi, setelah diberkati dua orang anak, mereka pun sedar bahawa perancangan kewangan memang diperlukan untuk memastikan bahawa mereka dapat membiayai semua pembelanjaan dengan selesa dan juga membina akaun simpanan yang stabil untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga.

Berikut adalah tips menjimatkan duit paling efektif yang Lady Daisy berkongsi dengan kami:

1. Sediakan bajet setiap bulan

“Ala, malasnya nak fikirkan bajet..”. Memang penyediaan bajet bukannya sesuatu yang menarik atau berglamor. Tetapi, Lady Daisy berkongsi bahawa bajet ini adalah langkah yang tidak boleh dielakkan. Paling kurang pun, anda kena mengira berapa jumlah pendapatan bulanan, tolak jumlah bayaran komitmen setiap bulan, tolak jumlah yang ingin dijimatkan sebagai simpanan. Yang tinggal adalah jumlah yang anda mampu belanja untuk bulan itu. Dengan bajet yang ringkas begini pun, lebih senang untuk anda mengelakkan pembelanjaan berlebihan yang cepat memakan duit simpanan.

2. Biar cita rasa ikut kemampuan

Sekarang anda sudah ada idea berapa jumlah yang anda mampu belanja setiap bulan, anda perlu membuat keputusan bagaimana nak bahagikan duit tersebut mengikut keperluan dan keinginan. Anda mesti peka terhadap range kos produk yang anda ingin beli – bagi setiap produk pun ada pilihan yang lebih mahal ataupun lebih murah. Jika anda mahu memilih produk lebih mahal dalam satu kategori, anda mestilah sedia untuk korban sedikit dalam kategori lain. Biarlah cita rasa sendiri mengikut kemampuan kewangan – bukannya selalu menginginkan barang yang berjenama tanpa mengira kos.

3. Lebih kerap masak di rumah

Tips ini pun ramai orang malas untuk laksanakan, malah ada potensi besar untuk menjimatkan duit. Lady Daisy berkongsi bahawa apabila beliau tukar tabiat kepada makan di rumah berbanding di luar, beliau dapat menjimatkan lebih daripada RM100 sebulan. Beliau cuba masak hidangan extra setiap hari supaya dapat membawa lebihan makanan sebagai bekalan lunch hari seterusnya – dua kali jimat makan di luar! Anak-anak pun dapat makanan yang lebih sihat dan berkhasiat.

4. Tamatkan servis yang tidak diperlukan

Lady Daisy juga nasihatkan untuk mempertelitikan servis mana yang anda sedang subscribe, dan tamatkan yang mana yang kurang diperlukan. Contohnya, beliau dulu subscribe kepada Astro dan Unifi (internet). Malah, beliau sedar bahawa memang keluarganya tidak banyak menonton TV, dan boleh pun menggunakan servis internet untuk dapatkan akses kepada hiburan yang diingini. Jadi, beliau tamatkan servis Astro dan jimatkan duit tersebut sebagai duit simpanan.

5. Pastikan setiap ahli keluarga terlibat dalam proses perancangan kewangan

Dalam rumah Lady Daisy terdapat whiteboard di atas dinding yang diisi dengan senarai komitmen bulanan mereka sekeluarga. Dengan ini, beliau dapat memastikan bahawa tiada bayaran yang dilupakan, dan setiap ahli keluarga sedar tentang bil yang perlu dibayar setiap bulan. Walaupun anak-anak masih kecil dan tidak memahami isu kewangan dengan sepenuhnya, beliau harap dapat memperkenalkan mereka kepada konsep bajet & perancangan kewangan awal-awal supaya ia dijadikan tabiat semulajadi sepanjang hayat.

Terima kasih kepada Lady Daisy kerana berkongsi tips-tips beliau minggu ini! Adakah anda mempunyai tips jimatkan wang yang efektif untuk anda? Kongsilah dengan kami dalam komen di bawah!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>