Tips Jimatkan Wang Untuk Raya 2020

Tips Jimatkan Wang Untuk Raya 2019
Share Artikel ini!

Tak lama lagi, tibalah masa untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun negara kita masih dalam fasa PKPB, semua keluarga pastilah ingin memastikan Raya disambut dengan meriah, tanpa kira sambutannya itu kecil atau besar. Dalam minggu-minggu sebelum Raya ini, ramai yang teruja menyediakan rumah, makanan, baju, dan sebagainya untuk meraikan Hari Raya. Dengan keinginan untuk memeriahkan Raya ini, memang senang untuk berbelanja dengan terlampau, mengakibatkan hutang yang tinggi selepas musim perayaan dah lepas.

Di bawah adalah tips ringkas untuk jaga pembelanjaan supaya dapat jimatkan wang dan elakkan hutang pada Hari Raya ini.

Buat senarai “wishlist” sebelum mula membeli-belah

Duduk sekeluarga dan berbincang bersama untuk membina senarai “wishlist” bagi benda-benda yang anda mahu beli untuk musim perayaan. Dari benda yang besar (e.g. sofa atau TV baru) ke benda kecil (e.g. dulang kuih baru), tulis semuanya, dan seterusnya berikan rangkaian kepada setiap item dari prioriti utama hingga prioriti yang paling kurang. Semak bajet anda dan membuat keputusan sampai tahap mana yang anda mampu berbelanja untuk tahun ini.

Bandingkan harga sebelum beli

Dekat-dekat musim perayaan, kebanyakan kedai dan e-platform akan mengadakan jualan. Namun, tidak semestinya kalau sesuatu item diberi diskaun dalam kedai tersebut, maknanya semua item lain dalam senarai anda pun patut dibeli dari kedai itu. Bandingkan harga terlebih dahulu sebelum beli. Tiada salahnya kalau anda beli item dari sini-sana bergantung kepada harga yang paling rendah yang ditawarkan.

Guna semula bila boleh

Tidak semestinya semua item kena beli yang baru untuk beraya. Cuba carikan warna baju yang padan dengan kasut yang dipakai pada tahun lepas, ataupun ubah-ubah susunan perabot anda untuk dapatkan “feel” yang baru, malah anda tak payah keluarkan sesen pun untuk mencapainya. Mentaliti yang jimat ini bukan sahaja baik untuk dompet anda, tetapi baik untuk bumi kita juga!

Bayar bil sebelum belanja

Pastikan semua bil anda sempat dibayar sebelum anda keluarkan duit untuk beraya. Kalau hal ini tidak diuruskan dahulu, anda pasti akan tertarik untuk belanjakan duit yang sepatutnya diasingkan untuk selesaikan bil anda. Apa gunanya beraya dengan mewah jika anda akan menghadapi masalah kewangan pada akhir bulan?

Jimat cermatlah dalam merancangkan pembelanjaan anda Ramadan ini! Jika anda perlukan tunai perayaan, carilah pinjaman peribadi berdekatan anda sekarang!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>