Tanda Amaran Scammer Pinjaman Peribadi

Tanda Amaran Scammer Pinjaman Peribadi
Share Artikel ini!

Kebanyakan kita bersangka diri kita sebagai pengguna yang cermat, dan memang pandai mengenalpasti scam jika jumpainya. Namun, scammer pun semakin licik, dan jumlah orang yang menjadi mangsa scam setiap hari menunjukkan bahawa tiada antara kita yang boleh mengaku diri 100% kebal terhadap skim penipuan. Walaubagaimanapun, terdapat juga tanda amaran scammer pinjaman peribadi yang boleh dikesan – jika kita peka terhadap tanda-tanda ini, kita akan lebih terlindung daripada risiko menjadi mangsa kepada scam pinjaman peribadi. Berikut adalah beberapa tanda amaran scammer pinjaman peribadi:

1. Tiada nombor lesen Pemberi Pinjam Wang diberikan

Setiap syarikat pinjaman berlesen akan diberi nombor lesen yang sah oleh KPKT yang akan turut dipaparkan di laman web ataupun ofis syarikat tersebut. Jika nombor ini dimasukkan ke dalam aplikasi iKrediKom, ia akan menunjukkan nama syarikat yang padan dengan nombor lesen tersebut bersama dengan tempoh kesahan yang.berkaitan. Sentiasa pastikan bahawa anda menyemak nombor lesen ini sebelum menjalankan apa-apa pengendalian dengan syarikat pinjaman. Jika anda bermula berbual dengan ejen syarikat tersebut melalui WhatsApp ataupun saluran lain, anda berhak meminta informasi ini sebelum meneruskan permohonan anda untuk pinjaman yang dicari.

2. 0% faedah (ataupun kadar faedah lain yang terlampau rendah)

Sumber keuntungan syarikat pinjaman adalah faedah yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman. Tanyalah diri sendiri: adakah syarikat tersebut akan meminjamkan anda duit tanpa meminta apa-apa balasan? Memang tiada model perniagaan yang boleh dijalankan seperti itu. Biasanya, kadar faedah yang diiklankan sebagai 0% ataupun kadar lain yang amat rendah adalah taktik “memancing” untuk memikat anda untuk menunjukkan minat anda terhadap pinjaman tersebut. Dengan ini, anda membuka pintu bagi ejen scammer tersebut untuk memutar belit cerita untuk menangkap anda dalam scam.

3. Kelulusan pantas / tanpa memerlukan dokumen

Syarikat yang menjanjikan kelulusan terlampau pantas (seperti kurang daripada 30 minit), terutamanya jika tiada dokumen yang diperlukan untuk permohonan, biasanya dalah scammer. Syarikat sah akan mengambil masa yang lama sedikit untuk menyemak identiti, status kewangan, dan kemampuan anda sebagai peminjam sebelum menawarkan anda pinjaman peribadi. Scammer suka menjanjikan kelulusan pantas supaya dapat memerangkap anda dengan cepat juga, terutamanya anda terdesak memerlukan duit.

4. Meminta bayaran pendahuluan

Scammer pinjaman peribadi memang tiada niat untuk memberi apa-apa duit pinjaman kepada anda. Cara mereka menjana duit adalah untuk menjanjikan pinjaman, lalu meminta pelbagai bayaran pendahuluan yang perlu ditunaikan sebelum duit pinjaman boleh dilepaskan kepada anda. Contoh bayaran pendahuluan yang mungkin diminta adalah bayaran guaman, bayaran caj pemprosesan cepat, bayaran pembukaan akaun, bayaran pembetulan skor CCRIS/CTOS, dan sebagainya. Biasanya, setelah anda membayar caj pertama, akan diikuti dengan caj kedua, ketiga, dan sebagainya sampai anda sedar bahawa anda telah menjadi mangsa scam dan enggan membayar caj tambahan.

5. Mengenakan caj pembatalan permohonan

Sebagai peminjam, anda berhak membatalkan permohonan pinjaman anda pada bila-bila masa sebelum perjanjian pinjaman ditandatangani. Scammer yang takut kehilangan mangsa mungkin akan mengugut anda dengan caj pembatalan permohonan yang amat tinggi dengan harapan anda akan memutuskan untuk terus memohon pinjaman tersebut kerana tidak mampu membayar caj pembatalan tersebut. Jika anda membayar caj pembatalan tersebut, mereka untung juga – jadi, ini adalah salah satu taktik yang amat popular antara scammer.

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi, berwaspadalah dan perhatikan tanda amaran scammer pinjaman peribadi yang disenaraikan di sini. Untuk ketenangan minda, pilihlah antara syarikat yang pasti sah berlesen di iPinjaman Peribadi untuk memohon pinjaman peribadi yang diperlukan!


Share Artikel ini!

4 Comments

  1. Klau kata saya dah trtipu.. Dan diorang kata akan cas lagi jika sya batal tidak byar.. Macam mna sya perlu buat.. Biarkan ka atau macam mna.. Saya sudah buntu.. Sudah ditipu..sbub trlalu terdesak

    Reply
    • Tak perlu buat bayaran. Lebih baik laporkan kepada pihak polis untuk siasatan.

      Reply
  2. skiranya sya tlh sign agreement dlm bntuk pdf tetapi sya ditipu kerana dminta deposit rm1200 utk aktifkn akaun..apa yg perlu saya buat kerana sya telah sign agreement dgn caj rm345???

    Reply
    • Syarikat pinjaman wang atau syarikat kredit komuniti yang sah tidak akan meminta pemohon untuk membuat sebarang bayaran untuk mendapatkan pinjaman.

      Selain itu, untuk mengelakkan daripada di tipu, jangan lah berurusan di atas talian sahaja. Pergi lah pejabat syarikat yang sah untuk mendapatkan pinjaman.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>