Selalu Terlupa Membayar Bil? Inilah Akibatnya!

Terlupa Membayar Bil
Share Artikel ini!

Salah satu realiti dalam kehidupan setiap dewasa adalah tanggungjawab untuk membayar bil. Kami hidup dalam masyarakat yang menawarkan pelbagai servis dan kemudahan yang biasanya diperolehi daripada pelbagai syarikat. Akibatnya? Pelbagai bil yang perlu dibayar setiap bulan. Salah satu keluarga di Malaysia mungkin akan ada bil kemudahan seperti elektrik dan air, bil teknologi seperti telco, internet, Astro/Netflix, bil kewangan seperti bil kad kredit, bil cukai, bayaran ansuran ke atas pembelian besar, dan sebagainya. Memang sebagai manusia kita mungkin terlupa membayar bil dengan tepat satu ataupun dua kali – namun, jika anda sering terlupa membayar bil, anda boleh mendatangkan akibat yang amat buruk dan menjejaskan prospek kewangan anda pada masa depan. Berikut adalah beberapa akibat buruk yang disebabkan oleh sikap selalu terlupa membayar bil.

1. Anda akan dikenakan caj pembayaran lewat

Akibat segera yang akan datang jika anda terlupa membayar bil adalah anda akan dikenakan caj pembayaran lewat. Setiap caj lewat mungkin bukan terlampau tinggi jumlahnya, namun, ia merupakan wang juga yang anda membazirkan disebabkan kecuaian, dan lama-lama boleh juga terkumpul menjadi jumlah yang tinggi. Tundaan pembayaran jumlah bil bulanan tambah dengan caj lewat kepada bulan seterusnya juga akan menjejaskan bajet anda untuk bulan hadapan, dan mungkin mendatangkan kesukaran tambahan untuk melangsaikan bil-bil bagi bulan tersebut.

2. Kadar faedah bayaran anda akan dinaikkan

Bagi sesetengah bil yang berdasarkan kadar faedah seperti bil kad kredit, bil bayaran pinjaman, dan bil bayaran ansuran bagi pembelian besar, anda mungkin akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi akibat terlupa membayar bil anda. Lebih teruk lagi, penalti ini mungkin akan dikenakan sekali dengan caj lewat. dan mungkin kekal dikenakan ke atas seluruh baki bil/pinjaman tersebut. Anda boleh kehilangan jumlah wang yang besar sebagai akibat kelupaan kecil.

3. Skor kredit anda mungkin terjejas

Jika anda gagal membayar bil kemudahan (air/elektrik), bil kad kredit, atau bil pinjaman dengan tepat, terdapat kemungkinan besar bahawa kejadian ini akan dilaporkan kepada pihak CCRIS/CTOS untuk dipertimbangkan dalam pengiraan skor anda. Skor CCRIS/CTOS anda adalah faktor yang amat penting dalam menentukan kelayakan anda untuk mendapatkan pinjaman peribadi, kenderaan, dan perumahan pada masa depan. Jika skor anda buruk, anda akan sukar mencari syarikat bereputasi yang sudi menawarkan anda pinjaman peribadi. Tambah lagi, syarikat yang sudi menawarkan anda pinjaman peribadi akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi sebab risiko anda sebagai peminjam dikira tinggi jika skor CCRIS/CTOS anda tidak cantik.

Jadi, jika anda adalah seseorang yang sering terlupa membayar bil, berusahalah untuk mengubah sikap diri untuk menjamin sekuriti kewangan anda pada masa depan. Jika anda sudah bertekad untuk membayar dengan bertanggungjawab, anda boleh yakin memohon pinjaman peribadi yang sah dan selamat di iPinjaman Peribadi sekarang!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>