Corak Pembelanjaan Yang Menjadi Tanda Amaran

Corak Pembelanjaan Yang Menjadi Tanda Amaran
Share Artikel ini!

Setiap orang pasti mengalami masalah atau stres kewangan dalam hidup ini. Namun, bagaimanakah untuk mengenalpasti jika masalah yang dialami masih pada tahap sederhana dan boleh dianggap sebagai normal, dan apakah tahap masalah yang perlu ditangani sebelum jadinya hasil buruk seperti kehilangan harta ataupun digelar bankrap? Artikel ini membincangkan corak pembelanjaan yang menjadi tanda amaran bahawa anda perlu mendapatkan bantuan untuk menguruskan hal kewangan anda supaya anda boleh mencapai keselamatan kewangan semula lagi.

Tanda Amaran 1: Anda hidup semata-mata bergantung kepada pendapatan bulanan

Jika anda tidak mempunyai wang simpanan, dan setiap bulan, gaji anda siap habis dibelanja untuk kos hidup, ini merupakan tanda amaran bahawa situasi kewangan anda sedang mendekati situasi bahaya. Praktis kewangan yang stabil adalah untuk membahagikan gaji anda setiap bulan untuk pembelanjaan, wang kecemasan, dan wang simpanan. Jika gaji anda cepat dimakan oleh kos hidup, anda perlu mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan anda, ataupun memotong pembelanjaan anda untuk menjimatkan duit. Jika tidak, apa-apa kejadian yang memerlukan duit (penyakit, kemalangan, kerosakan kenderaan) akan mengakibatkan anda cepat terperangkap dalam hutang yang tidak dirancangkan. Jangan tunggu sehingga kejadian buruk berlaku – dalam keadaan terdesak, anda amat senang menjadi mangsa scam pinjaman yang berleluasa.

Tanda Amaran 2: Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen, atau bonus untuk membiayai sara hidup

Kos sara hidup anda patut 100% dibiayai oleh gaji bulanan anda yang tetap. Segala wang tamabahan yang anda menjana melalui kerja sampingan atau bonus boleh digunakan untuk simpanan, pelaburan, ataupun untuk menikmati hidup (pelancongan, naik taraf harta benda, memberi hadiah atau sedekah, dan sebagainya). Jika anda terpaksa bergantung kepada wang tambahan untuk membiayai kos sara hidup asas, status kewangan anda juga dianggap tidak stabil, kerana jika tahun itu tak dapat bonus ataupun target anda tidak dicapai untuk komisyen, anda tidak akan mempunyai duit yang mencukupi untuk membiayai kos hidup biasa pun dan akan perlu berhutang untuk mengatasi tempoh masa sampai pendapatan anda boleh dipulihi.

Tanda Amaran 3: Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata kad kredit diterima

Perbezaan menggunakan kad kredit berbanding dengan wang tunai adalah dengan wang tunai, anda akan merasai jumlahnya setiap kali berbelanja. Anda perlu pergi ke ATM untuk mengeluarkan duit, mengira jumlah duit untuk setiap transaksi, dan peka terhadap bila wang di tangan telah habis dibelanja. Dengan kad kredit, anda hanya perlu “tap” untuk bayar – kadang kala, kita tidak semak pun jumlah yang perlu dibayar, kerana proses pembayaran tersebut telahpun dilancarkan sehingga tak rasa pun ada duit yang keluar daripada akaun kita. Hal inilah yang membahayakan, apabila kita tidak mengetahui berapa banyak yang telah dibelanjakan sehingga penyata diterima pada akhir bulan. Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan aplikasi “budget tracker” untuk merekod segala pembelanjaan, supaya sentiasa peka terhadap jumlah yang telah digunakan dan berapa baki yang boleh dibelanja lagi mengikut peruntukan bajet pada awal bulan.

Tanda Amaran 4: Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang

Isu kewangan mengakibatkan majoriti daripada masalah perhubungan dalam perkahwinan. Jika anda dan pasangan anda tidak berada dalam persetujuan tentang corak pembelanjaan anda, inilah tanda amaran besar bahawa status kewangan anda mungkin tidak stabil dan patut ditangani sebelum masalah lebih besar berhasil. Mungkin salah satu daripada pasangan tersebut bersifat suka belanja, dan seorang lagi bersifat suka menjimatkan duit. Jika bajet tidak dicipta dan diikuti, kestabilan kewangan sepasangan boleh terganggu. Jika anda kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang, cuba menganalisakan apa sebenarnya yang mencetuskan pertengkaran itu. Adakah anda boleh mengambil apa-apa tindakan untuk mengelakkan situasi tersebut berlaku lagi? Adakah anda sebagai sebahagian pasangan tersebut boleh mengambil kerja tambahan untuk meringankan beban ke atas pasangan anda? Mungkin anda perlu menjadualkan sesi dengan kaunselor kewangan untuk menjadi pengantara untuk menyelesaikan masalah tersebut sekaligus. Usahalah untuk menyelesaikan perselisihan faham dengan pasangan anda, untuk melindungi hubungan perkahwinan anda, dan juga kestabilan kewangan anda dua.

Adakah anda mengalami mana-mana corak pembelanjaan di atas? Ambillah tindakan untuk memperbaikinya sebelum terlalu lambat. Jika anda memerlukan pinjaman peribadi yang selamat untuk membantu anda mengatasi masalah kewangan sementara anda menguruskan hal kewangan anda, carilah di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Perbelanjaan penggunaan yang tinggi menggambarkan keupayaan membeli isi rumah yang kukuh, seterusnya menjamin kestabilan ekonomi.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>