AWAS: Scammer Menyamar Sebagai iPinjaman Peribadi!

Scammer Menyamar Sebagai iPinjaman Peribadi
Share Artikel ini!

Kami di iPinjaman Peribadi telah menerima laporan tentang seseorang scammer yang kini menggunakan nama dan alamat IPP untuk menjalankan scam pinjaman melalui WhatsApp. Dalam scam ini, scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi untuk menipu duit daripada mangsa yang mempercayai IPP sebagai platform mencari pinjaman yang sah dan selamat.

Scammer ini mendakwa mewakili iPinjaman Peribadi, siap dengan alamat IPP sebenar dalam mesej Whatsapp tersebut yang menawarkan pinjaman antara jumlah RM5000 dan RM200,000. Scammer tersebut meminta mangsa menghantarkan gambar IC dan menjanjikan pinjaman boleh diluluskan dalam masa 1-2 jam sahaja!

Scammer Menyamar Sebagai iPinjaman Peribadi Untuk Menipu Duit

Nasib baik, mangsa tersebut mencurigakan mesej Whatsapp tersebut, dan terus menghubungi IPP melalui saluran Whatsapp rasmi IPP (+60 12-976 1588) untuk mengesahkan mesej tersebut. Mangsa tersebut mengenali IPP sebagai platform untuk mencari syarikat pinjaman wang berlesen, dan hairan kenapa nama IPP kini digunakan untuk menawarkan pinjaman peribadi terus kepada pelanggan – tambah lagi meminta gambar IC untuk memohon. Selepas mengesahkan bahawa scammer ini bukan wakil IPP, mangsa tersebut terus menamatkan perbualan dengan scammer ini dan block akaun Whatsapp tersebut. Disebabkan kecermatan diri, mangsa ini berjaya terlepas daripada apa-apa akibat buruk – tiada dokumen sensitif yang telah dihantar, dan juga tiada wang yang telah dibayar.

Pihak IPP pula telahpun membuat laporan rasmi dengan butiran scam ini supaya penyiasatan boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Kami di iPinjaman Peribadi ingin menyarankan lagi kepentingan menjadi pengguna yang bijak, terutamanya kini apabila terdapat pelbagai scam baru yang dicipta setiap hari. Ingat selalu:

1. iPinjaman Peribadi adalah platform untuk mencari syarikat pinjaman peribadi yang sah dan berlesen berdekatan anda.

2. iPinjaman Peribadi BUKAN pemberi pinjaman wang, dan tidak akan menawarkan apa-apa pinjaman peribadi kepada anda.

3. iPinjaman Peribadi tidak akan meminta anda menghantar apa-apa dokumen sulit bagi memproses pinjaman anda – segala urusan permohonan pinjaman peribadi diuruskan oleh syarikat pinjaman berlesen sendiri.

4. Mungkin terdapat lebih lagi scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi. Jika anda mencurigakan apa-apa mesej yang ditularkan melalui Whatsapp, media sosial, laman web, atau apa-apa sahaja, pastikan anda menghubungi IPP untuk mengesahkan kebenaran mesej tersebut melalui saluran rasmi berikut:
– Whatsapp IPP
pada nombor +60 12-976 1588
– S
ervis live chat pada laman web IPP
– PM di laman Facebook rasmi IPP
– Emel kami di [email protected] 

5. Jika anda telah menjadi mangsa scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi seperti ini, sila membuat laporan secepat mungkin di portal aduan rasmi laman web KPKT untuk penyiasatan lebih lanjut.

iPinjaman Peribadi sentiasa mengambil berat tentang keselamatan anda sebagai pengguna.  Ikutilah kami di laman rasmi Facebook IPP dan kumpulan Facebook Awas Scam Malaysia, di mana komuniti yang aktif berusaha mencegahkan scam dengan mengongsikan maklumat scam terkini di Malaysia untuk menjaga keselamatan komuniti kita.

 


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>