Kebanyakan idea perniagaan amat berpotensi untuk berjaya, tetapi pada mulanya memerlukan modal yang cukup untuk membiayai kos bermula niaga. Secara logik, mengambil pinjaman peribadi untuk berfungsi sebagai modal bermaksud akal kerana keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan tersebut boleh digunakan untuk membayar balik pinjaman peribadi. Akan tetapi, apakah kebaikan dan keburukan mengambil pinjaman peribadi untuk perniagaan baru?
Kebaikan Pinjaman Peribadi Untuk Membiayai Perniagaan
-
Senang dipohon
Berbanding dengan pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi lebih senang dipohon dan memerlukan beberapa dokumen sahaja, contohnya kad pengenalan, pernyataan bank, dan pernyataan EPF atau cukai pendapatan.
-
Cepat diluluskan
Proses meluluskan pinjaman peribadi semakin menjadi lebih singkat lagi – sekarang, anda boleh juga cari pinjaman peribadi yang boleh diluluskan dalam masa beberapa jam sahaja. Hal ini bermakna anda juga dapat memulakan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi!
-
Sesuai untuk perniagaan baru
Biasanya pinjaman perniagaan hanya diberi kepada perniagaan yang sudah berniaga untuk beberapa tahun, dan memerlukan duit untuk memperkembangkan perniagaan tersebut. Untuk perniagaan baru yang belum lagi ada rekod perniagaan yang berjaya, pinjaman peribadi lebih sesuai dipohon kerana anda bebas untuk menggunakan duit yang diberi untuk apa-apa sahaja.
Keburukan Pinjaman Peribadi Untuk Membiayi Perniagaan
-
Kadar bunga yang lebih tinggi
Berbanding dengan jenis pinjaman lain, pinjaman peribadi biasanya dikenakan kadar bunga yang lebih tinggi. Namun, anda boleh bandingkan kadar bunga untuk setiap pinjaman peribadi supaya dapat cari pinjaman dengan kadar bunga yang terendah di lokasi anda.
-
Jumlah pinjaman yang terhad
Pinjaman peribadi biasanya terhad kepada jumlah di bawah RM100,000 ke RM150,000. Jika anda memerlukan modal dalam jumlah melebihi had ini, anda mungkin terpaksa cari pinjamam jenis lain ataupun mencari rakan kongsi untuk juga mengambil pinjaman supaya dapat mencapai jumlah yang diperlukan.
Adakah anda bersedia memohon pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan anda? Cari dan banding pinjaman berdekatan anda sekarang!