Penyatuan Hutang Menggunakan Pinjaman Peribadi

Penyatuan Hutang Menggunakan Pinjaman Peribadi
Share Artikel ini!

Hutang memang tidak boleh dielakkan sebagai seorang dewasa sekarang. Namun, praktis menangani pelbagai hutang serentak (contohnya hutang pinjaman peribadi, hutang kereta / rumah, hutang kad kredit, hutang bayaran ansuran pembelian besar dan sebagainya memerlukan fokus dan daya yang amat membebankan setiap bulan. Jika anda sedang mengalami tekanan akibat terlalu ramai hutang yang perlu ditangani, penyatuan hutang mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda. Tahukah anda bahawa anda boleh menjalankan penyatuan hutang menggunakan pinjaman peribadi? Maksudnya, anda mengambil satu pinjaman peribadi untuk menjelaskan segala jumlah hutang berasingan yang kini ditangani. Dengan strategi ini, anda boleh menikmati manfaat di bawah:

1. Anda hanya perlu mengingati satu bayaran hutang sahaja setiap bulan

Berbanding dengan menjelaskan setiap bayaran hutang secara individu setiap bulan, penyatuan hutang menggunakan pinjaman peribadi membolehkan anda mengurangkan bayaran ansuran bulanan kepada satu sahaja, iaitu bayaran pinjaman peribadi. Dengan ini, risiko bahawa anda terlupa membuat bayaran juga boleh dikurangkan, dan anda boleh menikmati ketenangan minda tanpa asyik berisau tentang bayaran yang terlepas.

2. Anda menjimatkan kos keseluruhan hutang anda

Jika anda sedang menggelut dengan bayaran hutang anda, kemungkinan besar anda mengalami peningkatan kadar faedah dan pelbagai caj sebagai penalti bayaran lewat. Caj tambahan begini asyik menambahkan kos anda setiap bulan dan menjadikannya amat sukar untuk menjelaskan hutang anda, bagaikan lubang yang asyik menjadi lebih dalam setiap kali anda cuba untuk isikannya. Dengan penyatuan hutang menggunakan pinjaman peribadi, anda boleh “reset” dengan hutang yang baru, dengan kadar faedah yang tetap, tanpa caj bayaran lewat – dan ia adalah tanggungjawab anda untuk membayar dengan tepat untuk mengelakkan penalti tambahan lagi.

3. Anda boleh mencantikkan skor kredit anda

Salah satu akibat memegang pelbagai hutang berlainan adalah ia boleh memburukkan skor kredit anda, iaitu CCRIS/CTOS. Semakin tinggi nombor hutang aktif yang anda ada, semakin buruk skor kredit anda, tambah lagi jika anda kerap membayar lambat kerana susah untuk menanganinya. Jika anda menyatukan hutang anda di bawah satu pinjaman peribadi, ia hanya dikira sebagai satu pinjaman sahaja, yang akan mengadakan kesan positif terhadap skor anda dan menjadikannya lebih senang untuk mendapatkan tawaran hutang yang baik pada masa depan.

Jika anda ingin menggunakan pinjaman peribadi untuk menyatukan hutang anda, carilah daripada syarikat kredit komuniti yang sah dan terpecaya di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>