3 Kategori Pembelanjaan Yang Amat Berbaloi Sebagai Seorang Graduan Muda

Pembelanjaan Berbaloi Untuk Graduan Muda
Share Artikel ini!

Sebagai graduan muda, saat menerima gaji pertama itu memang saat yang istimewa. Akhirnya, anda mempunyai duit sendiri – anda pasti berasa seronok (tambah-tambah dengan sedikit stres) semasa mempertimbangkan apa yang anda akan lakukan dengan duit yang diterima itu.

Ada orang yang cepat-cepat mahu belanjakan seluruh gaji tersebut ke atas benda yang telah lama diidamkan – baju baru, hadiah untuk ibubapa, makanan gourmet dalam restoran mewah. Terdapat juga orang yang nak isikan akaun bank sahaja, dan tidak mahu belanjakan sedikit pun daripada jumlah gaji tersebut.

Sebenarnya, yang paling best adalah campuran simpanan dengan belanja. Memanglah paling penting adalah peruntukan sekurang-kurangnya 10-20% jumlah gaji tersebut sebagai simpanan. Ada juga sumber yang mengalakkan simpanan 50% gaji semasa bujang dan belum ada banyak komitmen lagi. Berapa pun anda mampu simpan dikira bagus, asalkan ada simpanan untuk masa depan.

Yang tinggal baki itu adalah untuk pembelanjaan. Selain pembelanjaan yang tidak boleh dielakkan, seperti bil, hutang pendidikan, sewa, dan sebagainya, anda juga perlu membuat keputusan mengenai pembelanjaan mana yang paling penting dan berbaloi. Memang terdapat ramai jenis pembelanjaan yang boleh dikira membazirkan duit sahaja, seperti membeli pakaian berjenama, mengunjungi kafe mahal untuk minum kopi, dan sebagainya. Namun, terdapat juga pembelanjaan yang boleh dikira sebagai pembelanjaan cermat, dan patut diutamakan dalam bajet seorang graduan muda. Berikut adalah 3 contoh pembelanjaan cermat yang berbaloi dalam jangka masa panjang.

Pendidikan Berterusan (Continuing Education)

Sebagai seorang graduan muda, anda perlu merancang cara nak marakan diri dalam industri anda. Sijil ijazah sahaja sudah tidak mencukupi – anda sekarang perlu belajar dan mendidik diri secara berterusan supaya anda bersedia merampas apa-apa peluang untuk maju dan naikkan taraf diri. Daftarkanlah diri dalam kursus-kursus, beli buku atau sumber rujukan, hadiri acara networking. Kena bayar yuran pun ok, asalkan anda memperkembangkan minda anda supaya boleh maju dalam kerjaya nanti.

Insurans Perubatan/Hayat/Penyakit Kritikal

Masa muda, kita tidak akan banyak memikirkan masa tua, penyakit, ataupun kemalangan. Oleh sebab itu, ramai orang muda rasa tidak berbaloi untuk beli insurans perubatan/hayat/penyakit kritikal. Kena bayar setiap bulan, tak guna untuk apa-apa pun. Walaubagaimanapun, insurans ini adalah sesuatu pelaburan untuk jangka masa lama. Jika anda beli masa muda, jumlah premium yang dikenakan setiap bulan tidak akan tinggi sangat. Nanti bila semakin tua, anda boleh naikkan jumlah perlindungan tanpa banyak kesukaran. Jika anda tunggu sampai usia dah semakin lanjut untuk memulakan proses pohon insurans itu, ada kemungkinan besar aplikasi anda akan ditolak, ataupun anda dikenakan premium yang amat tinggi.

Paling teruk adalah jika sesuatu berlaku kepada anda sebelum anda sempat membeli insurans. Nanti situasi kewangan lebih teruk lagi. Belikanlah insurans masa muda lagi – lama-lama memang berbaloi.

Makanan/Gaya Hidup Sihat

Walaupun anda ada insurans, janganlah terlupa jagakan kesihatan. Ramai orang muda memang kurang mementingkan kesihatan diri. Kadang-kadang jika diberikan pilihan makan Maggi kosong (RM0.80 sahaja sepaket) ataupun kos RM6 untuk belikan bahan segar untuk masak nasi dengan lauk, kita mungkin memilih Maggi – kan jimatkan masa dan duit? Akan tetapi, tabiat ini akan mendatangkan akibatnya pada masa depan. Kita perlu melabur ke dalam kesihatan sendiri untuk mengurangkan risiko penyakit pada masa depan yang boleh menjejaskan situasi kewangan kita, bukan sahaja dari segi bil perubatan, malah boleh mengurangkan kapasiti kita cari duit gaji.

Jika anda adalah seorang graduan muda, uruskanlah duit anda dengan cermat untuk menjamin masa depan anda yang cerah!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>