Kepentingan Penjimatan Kewangan

kepentingan-penjimatan-kewangan
Share Artikel ini!

Hidup ini tidak tentu, dan kita tidak dapat meramalkan masa depan. Menjimatkan wang boleh memastikan anda selamat daripada masalah kewangan dan sekiranya berlakunya kecemasan. Berikut adalah beberapa sebab kepentingan penjimatan kewangan:

  • Kecemasan – Ini meliputi beberapa jenis keadaan di mana duit perlu dikeluarkan dengan serta-merta: bumbung baru untuk rumah, perbelanjaan perubatan yang diperlukan, atau kehilangan pendapatan secara tiba-tiba. Anda akan memerlukan wang yang diketepikan untuk kecemasan ini untuk mengelakkan terpaksa berhutang untuk membayar keperluan anda.
  • Pendidikan – Kos untuk pendidikan swasta dan awam meningkat setiap tahun dan semakin sukar untuk memenuhi permintaan ini.
  • Mengembangkan Keluarga – Mungkin anda ingin berkahwin dan menambahkan anak-anak kepada keluarga anda. Dengan ini, anda akan memikul tanggungjawab untuk membiayai kos hidup sekeluarga, bukan sahaja untuk diri sendiri. Anda perlu bermula menjimatkan duit dari awal-awal lagi untuk memastikan anda berada dalam keadaan kewangan yang stabil sebelum menambahkan ahli keluarga anda.
  • Persaraan – Jika anda bercadang untuk bersara pada suatu hari nanti, anda mungkin memerlukan simpanan dan / atau pelaburan untuk menggantikan pendapatan yang anda tidak lagi dapat dari pekerjaan anda.
  • Harapan Hidup Purata – Dengan kemajuan dalam perubatan dan kesihatan awam, orang kini hidup lebih lama dan memerlukan lebih banyak wang untuk membiayai kos hidup dan perubatan.

Tanpa wang yang dijimatkan dan / atau pelaburan, anda membuka diri dengan risiko lain juga. Sebagai contoh, tidak mempunyai cukup wang untuk membayar penjagaan pergigian kecemasan boleh memaksa anda untuk mengambil pinjaman yang simpanan anda mungkin boleh melindungi.

keluarga-kepentingan-penjimatan-keluarga

Bagaimana untuk memulakan proses menjimatkan wang?

Langkah pertama adalah untuk mengeluarkan belanjawan dengan menggunakan pendapatan bersih anda setelah membayar cukai dan EPF anda. Kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah untuk membina bajet dengan menggunakan anggaran pendapatan kasar mereka. Ini adalah salah satu kesilapan kerana mereka menganggarkan wang yang tidak pernah dimiliki. Ingat, potensi simpanan anda adalah perbezaan antara pendapatan bersih dan perbelanjaan anda.

pendidikan-kepentingan-penjimatan-kewangan

Setelah mengeluarkan belanjawan anda, tanya diri anda soalan-soalan berikut:
  • Pembelanjaan mana yang boleh saya kurangkan atau hapuskan?
  • Adakah terdapat apa-apa yang boleh saya lakukan untuk menjana pendapatan lebih yang akan diperuntukkan khas untuk penjimatan sahaja?
  • Apakah pilihan terbaik saya untuk menyimpan duit penjimatan saya? Akaun bank yang mana akan menawarkan kadar faedah simpanan paling tinggi, ataupun mungkin lebih baik jika membeli saham ataupun melaburkannya dengan cara yang lain?
  • Bagaimanakah cara yang paling baik untuk membahagikan duit simpanan untuk meliputi semua matlamat penting (kecemasan, pendidikan, keluarga, persaraan, dan sebagainya)?

    persaraan-kepentingan-penjimatan-kewangan

Ini merupakan sebab kepentingan penjimatan kewangan kita. Dalam proses menjimatkan duit, ingatlah pepatah “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Simpanlah rekod akaun anda dengan teliti dan lihat bagaimana baki akaun simpanan anda boleh meningkat dengan sedikit perancangan dan disiplin diri. Ganjarannya akan datang pada masa depan apabila anda boleh menyelamatkan diri daripada hutang, ataupun menikmati duit simpanan anda setelah bersara!

Ingin mencari pinjaman peribadi yang selamat? Jangan risau, di sini terdapat pinjaman peribadi yang selamat!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>