Hari Raya semakin menjelang! Kita semua pasti teruja untuk bertemu dengan ahli keluarga, makan makanan yang istimewa, pakai baju yang baru, dan…terima duit raya! Dah dapat duit raya pun memang dah kira best, tapi kalau duit raya itu dihulurkan dalam paket duit raya yang cantik, perasaan gembira itu tentulah dikali ganda.
Paket duit raya kini dijual dalam corak-corak yang cantik dan pelbagai. Apa sahaja cita rasa anda, pasti dapat cari corak yang bersesuaian. Hari ini, kita telah kumpulkan corak kegemaran kita sebagai inspirasi untuk anda.
Paket Duit Raya Geometrik
Jenis paket ini menggunakan unsur geometrik seperti segi tiga, garisan, sudut, dan lengkung untuk mereka bentuk-bentuk yang moden. Skema warna yang elegan pun berikan jenis paket ini rupa yang berkelas dan bergaya.
Paket Duit Raya Flora
Paket duit raya yang bercorak flora amat manis dan feminin. Corak dengan bunga yang warna-warni memberi “feel” amat ceria, dan corak bunga yang monokrom memberi “feel” amat lembut dan romantik.
Paket Duit Raya Abstrak
Paket duit raya abstrak tiada corak yang tertentu, malah diisi warna yang memberikan rupa cat yang artistik dan moden!
Apakah corak paket duit raya yang anda paling suka?