Jika Gaji tunai / Gaji Cash boleh ke memohon pinjaman peribadi?
Jawapannya boleh. (Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang digariskan oleh syarikat kredit komuniti itu sendiri berdasarkan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400)).
Namun walaupun gaji dibayar secara tunai, pihak syarikat masih memerlukan beberapa dokumen yang boleh membantu permohonan pinjaman peribadi diluluskan. Untuk pemohon pinjaman peribadi yang bergaji tunai, syarikat memerlukan dokumen tambahan seperti baucar gaji/slip gaji 6 bulan dan Caruman EPF sekurang-kurangnya 6 bulan caruman. Kedua-duanya adalah dokumen tambahan yang kuat yang boleh memudahkan permohonan pinjaman peribadi diluluskan oleh pihak syarikat.