Perjanjian Pinjaman

Perjanjian Pinjaman

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #93039
    Daisy_D
    Participant

    Untuk makluman, peminjam juga diberikan hak dalam perjanjian pinjaman. Hak sebagai peminjam ini antara faktor yang membezakan syarikat pemberi wang berlesen dan juga tidak berlesen seperti along. Hak-hak anda sebagai peminjam adalah seperti berikut:

    Setiap peminjam hendaklah diberikan penyataan atau maklumat yang tidak mengelirukan bagi setiap pinjaman yang dibuat.

    Setiap perjanjian pinjaman hendaklah menggunakan borang pinjaman yang ditetapkan oleh Kementerian sahaja iaitu Jadual J (pinjaman tanpa cagaran) atau Jadual K (pinjaman dengan cagaran).
    Peminjam adalah berhak untuk diberikan satu salinan perjanjian secara percuma. Peminjam juga hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
    Peminjam turut diingatkan supaya tidak menandatangani borang perjanjian yang kosong.
    Sebarang transaksi pembayaran pinjaman hendaklah diterima selepas perjanjian diisi penuh, dimatikan setem dan pembayaran dibuat di premis Pemberi Pinjam Wang (PPW) / Kredit Komuniti yang berkenaan.

    Faktor lain bagi kelebihan berurusan dengan syarikat pemberi wang berlesen adalah perjanjian pinjaman anda perlu diakusaksi. Mengikut peruntukan Seksyen 27, AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, setiap perjanjian memberi pinjam wang hendaklah diakusaksi di hadapan seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi, seorang pegawai dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pegawai Daerah atau orang-orang yang dilantik oleh Menteri untuk berbuat sedemikian.

    Pengakusaksi hendaklah menerangkan terma-terma akan perjanjian memberi pinjam wang kepada peminjam dan hendaklah mengesahkan pada perjanjian tersebut bahawa peminjam tersebut telah memahami maksud terma-terma dalam perjanjian itu. Perjanjian pinjaman yang tidak diakusaksi dengan betul boleh menyebabkan perjanjian tersebut terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

    • This topic was modified 1 year, 9 months ago by Daisy_D.
Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.
Login Register