Fikirkan Nak Hantar E-Ang Pow Tahun Ini? Beginilah Caranya!

Hantar E-Ang Pow
Share Artikel ini!

Sudah hampir setahun di mana COVID-19 telah berleluasan dalam komuniti di Malaysia. Akibatnya, kebanyakan perayaan tahun lepas sehingga sekarang telah dikawal oleh SOP ketat di mana kita tidak dibenarkan merayakan sambutan masing-masing dengan kemeriahan yang biasa. Kebanyakan kita terpisah daripada keluarga besar yang mungkin bertempatan di kampung atau luar negeri. Namun, ini tidak bermakna kita tidak boleh cuba sedaya upaya untuk meneruskan tradisi masing-masing. Minggu ini adalah sambutan Tahun Baru Cina, dan salah satu adat yang ikonik bagi sambutan ini adalah amalan memberi ang pow atau paket merah sebagai simbol tuah dan niat baik untuk tahun yang akan datang. Dengan jarak fizikal tahun ini, kita boleh memilih untuk menggunakan servis E-Ang Pow untuk meneruskan tradisi yang amat bermakna ini. Jika anda sedang fikirkan nak hantar E-Ang Pow tahun ini, kita telah menyenaraikan pilihan terbaik untuk anda di bawah!

1. DuitNow

Cara yang paling mudah dan percuma untuk menghantar E-Ang Pow adalah servis DuitNow – anda hanya perlu tahu nombor telefon /  bank /  IC penerima untuk menghantarnya. Transaksi anda akan dijalankan dengan segera tanpa caj tambahan – namun, kaedah ini hanya berfungsi bagi penerima yang telah menghubungkan ID mereka dengan sesuatu akaun bank. Jika penerima anda tidak pernah menggunakan DuitNow, anda perlu memilih kaedah lain.

2. Servis E-Ang Pow khas bank sendiri

Anda boleh menyemak laman web bank anda untuk mengetahui jika mereka menawarkan servis E-Ang Pow sendiri. Bank-bank besar seperti Maybank, Public Bank, Citibank, dan lain lagi menawarkan servis hantar E-Ang Pow siap dengan peraduan / ganjaran untuk menggunakan servis tersebut. Namun, kebanyakan bank ini mengenakan caj jika duit ang pow anda dimasukkan kepada akaun bank lain (contohnya akaun pemberi adalah akaun Maybank, dan akaun penerima adalah CIMB). Jika kebanyakan penerima E-Ang Pow anda adalah pengguna bank yang sama, ini mungkin pilihan terbaik untuk anda.

3. Pemindahan terus ke dalam bank akaun penerima

Bagi warga emas ataupun kanak-kanak yang tiada kemudahan teknologi yang mencukupi, anda boleh pilih untuk memindahkan amaun E-Ang Pow anda terus ke dalam akaun bank mereka atau seseorang wakil yang bertetapan berdekatan mereka. Dengan ini, mereka boleh mengakses duit ang pow tersebut dengan mengeluarkannya di mesin ATM, atau menyimpan terus dalam akaun bank tanpa apa-apa kesulitan.

4. Kredit E-Wallet

Bagi penerima yang lebih moden atau suka berbelanja “cashless”, anda boleh juga menghantar duit E-Ang Pow melalui kredit E-Wallet terpilih. Kebanyakan E-Wallet membolehkan anda menghantar kredit secara am, namun terdapat juga E-Wallet yang menawarkan servis E-Ang Pow yang khas, contohnya ShopeePay dan Boost. Dengan menggunakan servis ini, anda juga boleh menyertai peraduan CNY E-Wallet tersebut (dan juka bertuah, mungkin dapat mengumpul balik wang yang dihantar itu!).

5. Menghantar E-Voucher sebagai ang pow

Jika anda tahu penerima tersebut terdapat keperluan khas ataupun suka membeli belah di sesuatu tempat, anda boleh mempertimbangkan menghantar E-Voucher secara emel untuk menggembirakan penerima dengan konsep E-Ang Pow yang kreatif. Siapa kata ang pow itu perlu diberi dalam bentuk duit sahaja? Asalkan niat di sebalik ang pow tersebut adalah betul, kita bolehlah meriahkan lagi tradisi lama dalam era moden ini.

Kami di iPinjaman Peribadi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Kami harap tahun baru ini akan dipenuhi dengan kesihatan, kesejahteraan, kegembiraan, dan kemakmuran.


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>