Cerita Benar Scam: Edisi Raya

Cerita Benar Scam Edisi Raya
Share Artikel ini!

Dua tahun lalu, terdapat berita di beberapa saluran media tentang seorang pesara di Melaka yang menjadi mangsa kepada scam ketika beliau sedang cuba mendapatkan pinjaman peribadi untuk meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan keluarganya. Kami di IPP berasa amat penting untuk mengemukakan lagi cerita scam ini, supaya anda boleh berhati-hati supaya mengelakkan menjadi mangsa kepada scam begini pada musim Raya tahun ini. Bacalah artikel di bawah untuk mengetahui Cerita Benar Scam: Edisi Raya ini.

Pesara yang berumur 80 tahun ini mendapat tahu tentang pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang rendah melalui SMS pada bulan lepas. Pada masa itu, beliau sedang merancang sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan keluarga besar, and memerlukan duit untuk menguruskan butiran perayaan seperti jamuan, penginapan, duit Raya, baju Raya, dan sebagainya.

Setelah mengutip semua butiran peribadi mangsa, scammer pun menjanjikan duit pinjaman sebanyak RM10,000. Malah, mangsa diminta membayar yuran dahulu untuk memproses permohonan pinjaman tersebut. Dalam tempoh masa sebulan, iaitu dari April sehingga Mei 2021, mangsa dan isterinya membayar pelbagai yuran sedikit demi sedikit, sehingga mencapai jumlah RM14,320. Mereka hanya sedar telah dikenakan scam selepas scammer tersebut menghilangkan diri dengan duit tersebut dan tiada duit pinjaman yang diterima. Scam ini dilaporkan kepada pihak polis, dan siasatan kini sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka.

Nak pinjam RM10,000, kena bayar yuran RM14,000 – macam mana pulak?

Mungkin anda hairan – kenapa mangsa ini sudi mengeluarkan duit simpanan sehingga melebihi RM14,000 untuk mendapatkan pinjaman RM10,000? Dari perspektif luar, tindakan ini memang kelihatan tak wajar – namun, kita kena melihat situasi ini dari perspektif mangsa sendiri.

Scammer begini biasanya mula-mula meminta bayaran yang kecil sahaja, contohnya RM300 untuk yuran pemprosesan. Mangsa yang teruja untuk mendapatkan pinjaman pun bayar tanpa was-was. Tak lama lagi, scammer mungkin menimbulkan masalah lain pula – contohnya, kena membuka akaun bank baru untuk mengendalikan bayaran pinjaman, dan akaun bank ini perlu memasukkan baki sekurang-kurangnya RM2,000. Duit ini dijanjikan boleh dikembalikan kepada mangsa selepas duit pinjaman dikeluarkan.

Selepas bank akaun dibuka, scammer mungkin meminta mangsa buat “test” payment untuk 6 bulan bagi membuktikan kapasiti diri untuk membayar balik hutang tersebut. Contohnya RM916 bayaran bulanan x 6 bulan = RM5496. Duit ini scammer kata akan dikembalikan kepada mangsa setelah testing selesai.

Tak lama lagi, scammer mungkin menghubungi mangsa dan mendakwa bahawa terdapat masalah serius dalam skor CCRIS dia. Namun, scammer tersebut masih sudi menawarkan pinjaman kepada mangsa, tetapi memerlukan RM3000 untuk membayar yuran guaman untuk menyelesaikan masalah tersebut. Scammer janji bahawa dengan satu bayaran ini, semua masalah boleh diselesaikan dan duit pinjaman serta semua bayaran pendahuluan boleh dilepaskan kepada mangsa. Mangsa pun membayar jumlah yang diminta itu. Scammer menghilangkan diri.

Mangsa mungkin bermula mensyaki bahawa dia dah kena scam. Minta pula scammer untuk batalkan permohonan pinjaman tersebut dan mengembalikan semua duit yang telah dibayar itu. Scammer kata boleh batal, tetapi akan mengenakan penalti pembatalan yang berjumlah RM3500. Mangsa mungkin khuatir nak bayar lagi jumlah yang besar ini, namun mengira bahawa jika tidak bayar penalti ini, dia akan kehilangan RM11,000 yang telah dibayar. Namun, jika membayar penalti RM3500 yang diminta itu, mungkin ada harapan untuk mendapatkan kembali RM11,000 tersebut.

Dengan ini bayaran terakhir ini, sampailah kerugian mangsa berjumlah RM14,000 lebih. Oleh kerana pembayaran diminta secara sedikit demi sedikit, scammer menggunakan taktik kos tenggelam, di mana mangsa lebih sudi menambah bayaran sedikit dengan harap mendapatkan balik duit banyak yang telah dibayar. Kalau tak bayar, rasanya rugi.

Nasihat untuk pemohon pinjaman peribadi

Jika anda pernah menghadapi situasi yang sama, ingatlah Cerita Benar Scam: Edisi Raya ini. Jangan sesekali membiarkan perasaan “takut rugi” ini memaksa anda untuk membayar duit lebih setelah kehilangan sejumlah duit kepada scammer. Jika anda khuatir telah menjadi mangsa scam, laporkanlah kepada KPKT dan pihak polis dan hentikan segala pengendalian dan pembayaran kepada scammer tersebut untuk mengelakkan diri daripada kerugian yang lebih besar nanti.

Sentiasa memastikan bahawa anda memohon pinjaman peribadi daripada syarikat yang boleh dipercayari. Semua syarikat kredit komuniti di iPinjaman Peribadi sah berlesen dengan KPKT dan mematuhi undang-undang tempatan di Malaysia. Carilah pinjaman peribadi anda sekarang!


Share Artikel ini!

2 Comments

  1. Klau yg sudah telanjur bagi Ic dpn belakang mcm Mana tu?

    Reply
    • Hi Rex, lebih baik laporkan kepada polis secepat mungkin. Jadi, jika terdapat apa-apa aktiviti yang mencurigakan yang melibatkan butiran IC anda, anda mempunyai bukti bahawa butiran IC anda telah diambil oleh orang lain.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>