Di negara Malaysia, semua syarikat pinjaman berlesen dikawal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sebelum ini, KPKT telah menyediakan laman web dengan pangkalan data tentang semua syarikat pinjaman berlesen yang berdaftar di bawah KPKT dan memegang lesen sah untuk menawarkan servis pinjaman wang kepada komuniti Malaysia. Namun, laman web eMaps KPKT ini kini telah digantikan dengan cara terbaru menyemak status lesen syarikat pinjaman, iaitu aplikasi mudah alih i-KrediKom!
i-KrediKom adalah aplikasi yang dibina sendiri oleh KPKT untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan informasi tentang Kredit Komuniti, iaitu syarikat pinjaman berlesen. Aplikasi ini adalah percuma untuk memuat turun, dan boleh digunakan oleh pengguna Android dan Apple. Antara servis yang ditawarkan oleh aplikasi i-KrediKom adalah:
1. Semakan status lesen syarikat pinjaman wang
Seperti laman web eMeps KPKT sebelum ini, anda boleh menjalankan carian dalam aplikasi i-KrediKom menggunakan nama ataupun nombor lesen syarikat pinjaman untuk mengetahui jika syarikat itu betul-betul berdaftar di bawah KPKT ataupun tidak. Anda juga boleh menyemak status lesen dan memastikan bahawa lesen tersebut masih sah sebelum anda bersetuju untuk mengambil pinjaman peribadi daripada syarikat tersebut. Walaubagaimanapun, servis ini hanya merangkumi syarikat Semenanjung Malaysia untuk sementara waktu.
2. Membuat laporan tentang apa-apa kejadian mengenai syarikat pinjaman berlesen
Jika anda ada apa-apa aduan tentang pengalaman anda dengan syarikat pinjaman, scam, ataupun Ah Long, anda boleh menggunakan aplikasi i-KrediKom untuk melaporkannya kepada KPKT, yang akan menyiasat aduan anda dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Anda boleh juga menyemak aduan anda dan mendapatkan status terkini semasa penyiasatan sedang dijalankan.
3. Mendapatkan informasi sah dan rasmi tentang proses pinjaman peribadi di Malaysia
Kebanyakan kali, kita sebagai pengguna di Malaysia terdedah kepada banyak informasi yang susah dikesan jika palsu ataupun tidak. Dari aplikasi i-KrediKom, anda boleh yakin bahawa semua informasi yang diberi adalah sah daripada KPKT sendiri. Anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut tentang hak anda sebagai peminjam, dan tentang scam / kesalahan yang kerap dijumpai supaya anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam tersebut.
Jika anda adalah seorang peminjam, anda digalakkan memuat turun aplikasi i-KrediKom untuk mempermudahkan usaha anda untuk mendapatkan duit pinjaman secara selamat. Pengguna Android boleh memuat turun aplikasi i-KrediKom di sini, manakala pengguna Apple boleh memuat turun aplikasi i-KrediKom di sini.
Anda boleh juga mencari pinjaman peribadi yang sah, selamat, dan berlesen di bawah KPKT dari syarikat pinjaman yang tersenarai di iPinjaman Peribadi!
Jaafar sidek bin kamaluddin
Boleh saya dapatkan senarai syarikat yang masih sah beroperasi di TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS
Faridah Abdul ghani
Boleh saya dapat kan syarikat pinjaman wang di Ipoh ..utk perniagaan di bawah kpkt
Noemi John
Saya ada apply loan dgn 1 syarikat six one solution. Betul ka scam ni? Sbb details n doc dia minta semua sudah sy bg termasuk ic sy
Mohd amizan mat zain
Sy ade mohon loan dgn syarikat pinjaman wang berlesen,nama a to z capital sdn bhd.sy nak tau samaada betul atau scammer
Simon anak ngadan
Saya ada apply personal loan dgn satu syarikat platinum credit. Saya punya dokumen ac bank stemeant bank ic sudah bagi dia. Saya sudah byar 500 sudah tapi duit itu masih belum keluar mahu suruh saya bayar insuran perlindungan 1th Rm1500
Kupu kupu
Sekarang sudah dapat ke belum loan tu..saya pun ada bt loan..minta bayar rm200 utk aktif acc..kemudian dia mnta bayaran wang jaminan 400..kalau cancel dia mnta byr 1500 n viral gambar..
Ali
Scammer tu bang.. syarikat pinjaman wang berlesen yang berdaftar dibawah kpkt tidak boleh meminta wang pendahuluan ataupun apa-apa bayaran drpd peminjam sebelum peminjam mendapatkan pinjaman..
HAZIQIN
Kalau kita mohon pinjaman, ada ptongm gov taq ke..n kta perlu bayar dulu ke sblm pinjama keluar….semak di kpkt syarikat tu berdaftr…cuma was2..TOP GRAND GOLD
COINS (M) SDN BHD. WL2742/10/01-9/161024