Media sosial adalah platform yang amat berguna bagi perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau servis mereka kepada orang ramai. Kebanyakan kita telah berjumpa dengan iklan ketika menyemak laman media sosial sendiri, dan mungkin juga pernah membuat pembelian setelah melihat sesuatu iklan yang menarik. Sistem ini amat berkesan untuk mencapai audience yang luas – namun, ini juga menjadikannya platform yang amat berkesan untuk scammer menjalankan scam iklan. Dalam artikel ini, kami membincangkan cara scam iklan berfungsi, dan mengapa anda perlu berwaspada ketika berinteraksi dengan iklan di atas talian.
Langkah 1: Anda melihat iklan yang menarik di atas talian
Scammer biasanya menyamar sebagai perniagaan yang sah, dan menggunakan iklan yang menampilkan tawaran yang hebat. Iklan yang popular digunakan adalah tawaran perkhidmatan pembersihan rumah, tawaran pelancongan murah, diskaun besar ke atas item popular, dan sebagainya.
Langkah 2: Anda klik iklan tersebut dan menghubungi penjual melalui PM
Tertarik dengan tawaran tersebut, anda menghubungi penjual melalui chat.
Langkah 3: Penjual meminta anda muat turun app untuk menebus tawaran tersebut.
Scammer menghantar link kepada anda untuk memuat turun app “rasmi” perniagaan tersebut. Link tersebut juga mengandungi fail .apk yang muat turun ke dalam telefon bimbit anda secara automatik. App ini meminta kebenaran untuk mengakses fungsi SMS dalam telefon anda – langkah ini membenarkan scammer untuk membaca semua SMS anda, termasuk SMS OTP/TAC.
Langkah 4: Dalam proses pembelian, anda diminta untuk memasukkan kaedah bayaran – kad kredit atau FPX (butiran pembankan) anda.
Dengan ini scammer sekarang mempunyai butiran pembayaran, kata laluan/PIN, dan OTP/TAC untuk apa-apa pembayaran scam yang ingin dilakukan. Dalam tempoh yang singkat, scammer boleh membelanjakan jumlah yang besar daripada akaun bank anda tanpa anda menyedarinya.
Apakah yang boleh kita mempelajari daripada kaedah scam ini?
1. Jangan sesekali memuat turun apps jika bukan daripada App Store rasmi Google/iPhone
2. Jangan sesekali klik pautan yang dihantar melalui SMS, PM, atau email jika anda tidak berkenalan dengan penghantar
3. Jangan masukkan butiran pembankan anda jika anda tidak melihat frasa dan gambar sekuriti anda.
Jadi, jika anda melihat iklan yang mengandungi tawaran hebat oleh jenama yang anda tidak mengenali, fikir dulu sebelum klik. Cuba Google jenama tersebut dan mencari review pengguna sebelum anda mempercayai tawaran yang diberikan itu. Jagalah keselamatan maklumat peribadi anda supaya anda tidak menjadi mangsa!
Daisy_D
Hai!
Cara-cara am untuk elak kena tipu:
-Jangan berikan maklumat peribadi atau kewangan kepada orang lain
-Sekat panggilan dan mesej teks yang tidak diingini.
-Hanya bercakap dengan seseorang yang dipercayai sahaja.
Elak jadi mangsa scam!!