Cara Menangani Kos Sara Hidup Yang Meningkat

cara menangani kos sara hidup yang meningkat
Share Artikel ini!

Realiti kos hidup yang meningkat memang tidak boleh dinafikan, terutamanya kebelakangan ini. Kos makanan pun telah naik mendadak, dari bahan mentah sampai hidangan restoran, sehingga menjadi lebih susah untuk menyuap keluarga dengan bajet yang sama seperti dahulu. Keadaan ekonomi sedunia bermakna bahawa perubahan ini akan kekal, atau mungkin meningkat lagi pada kadar yang lebih tinggi berbanding dengan peningkatan gaji kebanyakan orang. Jadi apakah beberapa cara mengangani kos sara hidup yang meningkat ini?

1. Kajilah harga baru barang keperluan harian

Harga baru semua bahan tidak mungkin akan berkurang lagi, jadi kita hanya boleh menerima kenyataan baru ini. Buatlah kajian harga makanan, barang kemas diri, dan apa sahaja yang kerap dibeli untuk beberapa minggu, dan betul-betul memahami berapa jumlah duit yang anda perlukan untuk menampung kos hidup dalam ekonomi baru ini.

2. Binalah bajet yang baru

Sekarang anda sudah peka terhadap jumlah yang anda perlukan untuk pembelanjaan setiap bulan, sampailah masanya untuk membina bajet yang baru. Jika kos makanan telah naik, dari manakah boleh anda mencari bajet tambahan untuk makanan ini? Mungkin anda boleh mengurangkan kekerapan makan di luar, ataupun mengalihkan bajet menonton wayang kepada bajet makanan. Anda hanya perlu pastikan duit secukupnya diperuntukkan untuk pembelanjaan wajib seperti bil, makanan, sewa, dan sebagainya. Pembelanjaan tidak wajib (hiburan, pelancongan, hadiah, dan sebaginya mungkin perlu dikorban jika bajet tidak mencukupi.

3. Susun semula semua hutang yang ada

Jika anda kini mempunyai ramai hutang-hutang berlainan, anda mungkin boleh lebih berjimat jika menyatukan hutang anda di bawah satu hutang sahaja. Contohnya, anda boleh memohon pinjaman peribadi untuk membayar balik semua hutang yang tertunggak. Carilah pinjaman peribadi yang menawarkan bayaran bulanan yang rendah, kadar faedah yang rendah, dan tempoh pinjaman yang lama. Dengan ini, anda boleh mengurangkan beban bayaran hutang setiap bulan, dan memastikan ada duit secukupnya untuk menampung kos hidup yang lain.

4. Cari pendapatan tambahan

Kini terdapat ramai cara untuk menjana pendapatan tambahan, berdasarkan kemahiran dan pengetahuan diri sendiri. Jika hanya seorang daripada pasangan suami isteri kini bekerja, mungkin seorang lagi itu perlu mengambil kerja sampingan ataupun membuka perniagaan kecil dari rumah untuk menjana pendapatan tambahan. Duit tambahan setiap bulan boleh digunakan untuk menampung pembelanjaan ekstra, membina dana kecemasan, ataupun dimasukkan ke dalam pelaburan.

5. Melabur dengan bijak

Jika anda mampu menjana pendapatan tambahan, jangan simpan dalam akaun bank sahaja. Kadar faedah kebanyakan bank di Malaysia adalah 0-2% sahaja, manakala kadar inflasi adalah 3% ataupun lebih pada masa depan. Ini bermakna bahawa duit yang dibiarkan dalam akaun bank akan hilang sejumlah nilainya pada masa depan. Ambillah duit simpanan ini (asalkan anda telahpun membina dana kecemasan yang mencukupi) dan masukkan ke dalam skim pelaburan yang menawarkan kadar faedah lebih daripada 3% (contohnya, KWSP biasanya menawarkan kadar faedah 6%, terdapat juga pelaburan lain yang menawarkan kadar faedah lebih tinggi). Dengan ini, anda boleh menjamin bahawa semua duit tambahan yang anda menjana sekarang akan bernilai sama atau lebih pada masa depan.

Peningkatan kos hidup memang tidak boleh dielakkan, kita hanya boleh mengubah cara hidup untuk mencari cara menangani kos sara hidup yang meningkat ini. Harap-harap tips dalam artikel ini boleh membantu anda menjamin masa depan untuk anda dan keluarga anda.


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>