Bagaimana cara untuk mengatasi kemelesetan ekonomi keluarga?

Ekonomi Keluarga
Share Artikel ini!

Kemelesetan ekonomi keluarga boleh diterjemahkan sebagai penurunan atau penyusutan sesuatu upaya manusia iaitu keluarga dalam memenuhi keperluan hidup melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan hidup. Ekonomi keluarga yang baik dan stabil berperanan untuk membebaskan sesuatu institusi keluarga daripada kemelaratan. Walaubagaimanapun, seperti yang kita sedia maklum di masa musim pandemik ketika ini yang semakin mengganas, kebanyakan keluarga mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan oleh seperti faktor kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan dan sebagainya.

Oleh itu, untuk kita teruskan perjalanan kehidupan yang masih panjang ini, marilah kita selami atau ketahui cara-cara yang boleh kita lakukan untuk memacu semula ekonomi keluarga. Cara-cara tersebut boleh dilihat di dalam kupasan berikut :

#1. Hidup di bawah kemampuan sendiri

Setiap pekerja pasti memiliki gaji dan gaji yang diperoleh oleh setiap pekerja pasti berbeza mengikut bidang tugas dan kelayakan. Oleh itu, setiap daripada pekerja tersebut memiliki kemampuan yang berbeza. Jadi, jika kita layak untuk berbelanja hanya RM1000 maka belajarlah untuk  berbelanja kurang daripada RM1000 tersebut agar kita masih mempunyai sedikit simpanan. Inilah yang dikatakan hidup di bawah kemampuan sendiri dan bukannya terpengaruh dengan rakan-rakan yang mungkin boleh berbelanja lebih daripada kita sehingga kita juga mengikut jejak langkahnya sehingga kita perlu mengeluarkan duit yang lebih dari kemampuan semata-mata mendapatkan sesuatu seperti rakan tersebut.

#2. Menyediakan dana kecemasan

Sesetengah orang berpendapat tidak perlu untuk menyediakan dana kecemasan kerana mempunyai kemudahan kad kredit yang boleh digunakan apabila memerlukan duit dalam situasi kecemasan. Ya, kad kredit memang boleh membantu ketika situasi-situasi tersebut. Tetapi, apabila kad kredit digunakan, kita sebenarnya sedang berhutang. Jika tersilap langkah, misalnya terlupa membuat bayaran semula atau tidak berkemampuan untuk membayar, mungkin boleh terperangkap dengan hutang yang tinggi. Jadi, sebaik-baiknya sediakan dana kecemasan secukupnya. Seperti pada waktu sekarang, kerajaan telah menyediakan kemudahan untuk mengeluarkan simpanan KWSP seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, moratorium bank dan sebagainya. Manfaatkan kemudahan-kemudahan tersebut untuk simpanan dana kecemasan secepat mungkin. Elakkan menggunakannya kepada sesuatu yang tidak diperlukan.

#3. Jana pendapatan sampingan

Kadangkala kita mungkin telah berpuas hati dengan pendapatan semasa kita sebelum ni. Namun begitu, mempunyai pendapatan sampingan atau tambahan adalah amat digalakkan kerana bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Mencari pendapatan sampingan di samping mempunyai kerja tetap tidak salah. Kata kunci utama di sini ialah fleksibiliti; di mana pendapatan baru itu tidak mengganggu produktiviti kerja tetap kita. Pelbagai kerja sampingan dapat kita lakukan untuk menjana pendapatan sampingan tanpa perlukan masa dan tenaga yang banyak. Antaranya ialah menjadi agen dropship, menjual produk preloved, ‘personal shopper’, menjual makanan, menjadi jurusolek peribadi, jurugambar dan sebagainya. Oleh itu, rancanglah perjalanan hidup kita dan carilah jalan untuk jana peluang bagi mendapatkan pendapatan baru.

#4. Selesaikan hutang dan jangan bina hutang baru

Selain membuat simpanan, kita juga perlu melangsaikan hutang yang sedia ada. Hutang adalah masalah yang paling teras bagi setiap orang. Hutang seperti hutang PTPTN, hutang pinjaman rumah, hutang pinjaman kereta dan sebagainya, rancanglah strategi untuk melangsaikan hutang tersebut. Anda boleh rujuk di perkongsian kami sebelum ini mengenai 4 Cara Untuk Menguruskan Hutang. Sebagai tambahan, bagi mengelakkan kita di belenggu masalah hutang, janganlah kita membuat hutang baru walaupun kita dalam keadaan yang terdesak.

Moga dengan perkongsian ini, kita semua dapat menyelesaikan masalah kemelesetan ekonomi keluarga kita dengan baik dan dapat mengecapi keluarga yang bahagia.


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>