Kami di iPinjaman Peribadi telah menerima laporan tentang seseorang scammer yang kini menggunakan nama untuk menjalankan scam pinjaman melalui WhatsApp. Dalam scam ini, scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi untuk menipu duit daripada mangsa yang mempercayai IPP sebagai platform mencari pinjaman yang sah dan selamat.
Scammer ini mendakwa mewakili iPinjaman Peribadi – namun, menggunakan nama “iPinjaman Online” dan merujuk kepada laman FB “ipijaman online”.
Terdapat mangsa yang mencurigakan mesej, dan terus menghubungi IPP melalui saluran Whatsapp rasmi IPP (+60 12-976 1588) untuk mengesahkan mesej tersebut. Mangsa tersebut mengenali IPP sebagai platform untuk mencari syarikat pinjaman wang berlesen, dan hairan kenapa nama IPP kini digunakan untuk menawarkan pinjaman peribadi terus kepada pelanggan.
Namun, terdapat juga mangsa yang tidak beritu bertuah, dan setelah memberi butiran peribadi kepada scammer ini, mendapati bahawa akaun bank mereka digodam, duit dicuri, dan diugut lagi oleh scammer tersebut.
Pihak iPP telah ambil maklum mengenai perkara ini dan akan laporkan kejadian scam ini kepada pihak polis. Kami amat kesal dan bersimpati terhadap mangsa scammer ini, dan menasihatkan agar orang ramai supaya sentiasa prihatin dan berhati-hati supaya dapat mengelakkan daripada discam.
Kami di iPinjaman Peribadi ingin menyarankan lagi kepentingan menjadi pengguna yang bijak, terutamanya kini apabila terdapat pelbagai scam baru yang dicipta setiap hari. Ingat selalu:
1. iPinjaman Peribadi adalah platform untuk mencari syarikat pinjaman peribadi yang sah dan berlesen berdekatan anda.
2. iPinjaman Peribadi BUKAN pemberi pinjaman wang, dan tidak akan menawarkan apa-apa pinjaman peribadi kepada anda.
3. iPinjaman Peribadi tidak akan meminta anda menghantar apa-apa dokumen sulit bagi memproses pinjaman anda – segala urusan permohonan pinjaman peribadi diuruskan oleh syarikat pinjaman berlesen sendiri.
4. Mungkin terdapat lebih lagi scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi. Jika anda mencurigakan apa-apa mesej yang ditularkan melalui Whatsapp, media sosial, laman web, atau apa-apa sahaja, pastikan anda menghubungi IPP untuk mengesahkan kebenaran mesej tersebut melalui saluran rasmi berikut:
– Whatsapp IPP pada nombor +60 12-976 1588
– Servis live chat pada laman web IPP
– PM di laman Facebook rasmi IPP
– Emel kami di [email protected]
5. Jika anda telah menjadi mangsa scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi seperti ini, sila membuat laporan secepat mungkin di portal aduan rasmi laman web KPKT untuk penyiasatan lebih lanjut.
iPinjaman Peribadi sentiasa mengambil berat tentang keselamatan anda sebagai pengguna. Ikutilah kami di laman rasmi Facebook IPP dan kumpulan Facebook Awas Scam Malaysia, di mana komuniti yang aktif berusaha mencegahkan scam dengan mengongsikan maklumat scam terkini di Malaysia untuk menjaga keselamatan komuniti kita.
Daisy_D
Abaikan whatsapp daripada nombor 011-2552 4908
Ni nombor scammer. Ramai yang dah kena scam dengan individu yang gunakan nombor ni.