Apakah Duti Setem Pinjaman Peribadi?

Duti Setem Pinjaman Peribadi Malaysia
Share Artikel ini!

Jika anda memohon pinjaman peribadi di Malaysia, anda kemungkinan besar akan diminta membayar sejumlah wang sebagai caj “duti setem”. Jika anda tak pernah dengar tentang duti setem, anda mungkin akan terperanjat apabila caj tersebut dikemukakan, dan menyoal jika syarikat pinjaman tersebut sedang menambahkan caj secara bersuka hati. Namun, caj duti setem adalah antara caj yang biasa dikenakan semasa memohon pinjaman peribadi. Anda mungkin bertanya: “Apakah duti setem pinjaman peribadi sebenarnya?” – inilah jawapannya.

Apakah Duti Setem?

Duti setem adalah cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia ke atas apa-apa transaksi yang membabitkan perjanjian yang ditandatangani. Setelah duti setem dibayar atas perjanjian pinjaman anda, perjanjian tersebut digelar sah dan boleh digunakan dalam makhamah sekiranya apa-apa masalah timbul antara pihak yang terlibat.

Mestikah Duti Setem Dibayar Setiap Kali Saya Memohon Pinjaman Peribadi?

Ya, setiap perjanjian yang ditandatangani memerlukan bayaran duti setem untuk mengesahkan perjanjian tersebut di sisi undang-undang.

Berapakah Caj Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Pinjaman Saya?

Di Malaysia, duti setem biasanya dikenakan sebagai peratus ke atas jumlah pinjaman anda. Jumlah duti setem adalah agak-agak 0.5% jumlah pinjaman. Contohnya, jika anda meminjam RM5000, anda akan dikenakan bayaran duti setem RM25.

Syarikat Pinjaman Kata Saya Tidak Perlu Membayar Duti Setem – Kenapa Ya?

Ada syarikat pinjaman berlesen yang sudi menyerap kos duti setem untuk pelanggan mereka demi memaniskan tawaran pinjaman peribadi yang diberikan. Terdapat juga beberapa syarikat pinjaman berlesen terlibat dalam program pengurusan hutang yang dijalankan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Syarikat ini dikecualikan daripada caj duti setem bagi servis penjadualan semula hutang untuk sesiapa yang terlibat dalam program AKPK tersebut.

Jika Saya Bayar Caj Duti Setem Kepada Syarikat Pinjaman, Bagaimanakah Boleh Saya Tahu Jika Syarikat Tersebut Benar-Benar Telah Mendapakan Pengesahan Dokumen Pinjaman?

Perjanjian pinjaman yang telah dirasmikan setelah caj duti setem dibayar akan mengandungi corak cop dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ataupun dilampirkan dengan sijil duti setem jika dirasmikan di atas talian. Anda boleh meminta syarikat pinjaman anda menunjukkan anda bukti duti setem telah dibayar supaya anda boleh yakin bahawa perjanjian tersebut adalah rasmi dan sah di sisi undang-undang.

Adakah anda ingin tahu apa-apa lagi tentang pinjaman peribadi di Malaysia? Tanyalah dalam komen di bawah ataupun layari www.ipinjamanperibadi.com.my untuk mencari pinjaman yang sah dan selamat berdekatan anda!


Share Artikel ini!

29 Comments

  1. Sy Nirwan Bin Hussin dr kuching Sarawak. sy sekadar nk kn kepastian berkenaan dgn pinjaman wang ats talian yg sy tgh mohon. Betul ke duty setem utk pinjaman 10 k yg saya mohon tu sampai rm 550. .

    Reply
    • Hai, anda boleh mempelajari lebih lanjut mengenai duti setem pinjaman peribadi dalam artikel ini: https://ipinjamanperibadi.com.my/apakah-duti-setem-pinjaman-peribadi/

      Reply
    • tak betul

      Reply
    • saya rm400

      Reply
    • Hello..sy ada apply personal loan secara online. Sy ada apply 7k utk 3 thun d amwang2u.com .sy dh bgi smua detail yg d minta termasuk selfie dgn ic dan d minta byar stamp duty sebanyak rm450. Betul kh tu? Katanya lpas byar dpt duit…so sy dh byar. Lpas tu pihak mereka kol utk mnta byar insurans pakej terendah pla sebanyak rm900 utk sepanjang tmph loan sy tu..rm900 tu sekali sja. Lpas tu mereka akan proses loan tu…ada ssiapa yg tahu? Betul kh bgini? Sy takut sy d scam. Boleh bgi pencerahan? Terima kasih.

      Reply
      • ni definitely scam….lepas tu dia akan minta bayaran untuk benda lain pulak..trust me…

        Reply
    • Duty stamp xkan smpai beratus, klu beratus tu scam

      Reply
  2. Sy pnjm 3k tp diorg suh byr duit stamping duty sebyk rm400. Btl ke ni? Atau ade ke sesiapa yg pernah berurusan dengan Havasu Sdn Bhd.

    Reply
    • encik dah dpt duit yg encik pinjam dr company ni

      Reply
      • dah dapat pinjam rm2500 bayar semula selama tempoh 10 bulan total rm5000

        Reply
        • Kalau syrikat ajen pinjaman minta 15% dr jumlah loan, mcm mna ya? And katanya kalau nak batalkan, kena bayar 35k dkt syrikat deorng, mohon pencerahan

          Reply
      • sy ada buat pinjmn 3K tp byr stamping rm180 , btol ke

        Reply
      • Saya pinjam duit rm20k dan interes nya cuma 1.88% saja.. Saya buat pinjaman di bank RHB dan saya dimaklumkan telah lulus dn saya di bagi surat atau dokumen yg membuktikan sya sudah lulus.. Tapi sebelum saya dapat loan rm20k tersebut sya kena bayar duit stam duty sebanyak rm400.. Ada ka ini betul atau pun bagaimana

        Reply
        • Ini mcm mana ya selepas itu?

          Reply
        • Jadi apa cerita selanjutnya?

          Reply
      • Sy pinjm 5k .. duit stamp 150,, btul ke x?

        Reply
  3. Saya pinjam 30000 duty setem 350 je tp ctos pulak rendah hadeh , nk tahu company apa roger saya 620 sebulan , 5 years

    Reply
    • Bro pinjam kt mana ? Boleh shar3 x?

      Reply
      • Sy nak tanya, sy baru je try apply loan dgn Ultimax management utk 10k. Sy blm buat apa2 byr lgi n sign apa2 agreement. Dia da minta duti setem tapi sy x byr g. Sy ada bgtau yg sy cancel loan tu. Pastu dia marah2 sy n cakap nak kenakna tindakan sbb x ambil. Bole ke mcm tu? Xda hitam putih lg

        Reply
        • Hai mangsa dunia. Dah selesai ke sbb ada nk try jgk dgn ultimax

          Reply
        • Dapat tak bang pinjaman ni ?

          Reply
        • Ada result ke dari Ultimax Management tu? Sbb nak try tp minx utk bayar caj pulak..xpasti nak percaya atau x skarang..blom sign apa2 lagi..

          Reply
  4. Saya ada buat pinjmn dgn jp micro credit 10k. Govermnt caj saya kna byr sdr rm500. Itu duti setem ke?

    Reply
    • Dah dapat ka pinjaman tu boss?

      Reply
      • Nak tanya juga, dh dpt ke duit tu?

        Reply
    • Rasanya saya dah kena scam pinjaman di apply 15K / 15 Ribu . kalo ikut penerangan atas tu 0.5% baru RM75. Tapi saya kena bayar RM200. Lepas tu dpt agreement dlm bahasa inggeris, kurang faham. Rupanya ada caj tersembunyi lagi dlm agreement tu. Saya kena bg lagi 10% dr loan tu 15k iaitu Rm1500.. Dah terbayar.. tu pun saya dpt pinjam ngn tempat saya biasa loan. Ingatkan saya boleh bayar semula / tutup loan lama jika loan tu lulus.. rupanya ada lagi dia minta caj instant transfer lagi nak kena bayar RM2000 semua ini dlm agreement MSD Loan Services Sdn Bhd , No.2, Jln Kemajuan, seksyen 13, 46200 Petaling jaya, Selangor.

      Kenapa susah sangat nak cari pinjaman berlesen yg jujur bukan yg scammer.. kita ni terdesak, bukan suka² mau pinjam.. tp kena tipu lagi… adoiiiii..
      Pernah servay juga tempat lain dlm online pun sama juga minta pendahuluan sebagai test komitmen sebanyak RM707..di syarikat Sinar-Raya.com
      Sinar Raya Micro Loan ( Sel) Sdn Bhd, No. 31-2, Jalan puteri 1/6, Jalan Putih, 47100 Puchong
      Servay lagi AnganJaya Trading:
      cik kmi sni memang ada utk tax kerajaan rm438 shj,tax kerajaan ini blh dpt blk.. rata mereka minta kita bayar dahulu.. kita kan nak minta pinjam duit.. bukan nak keluar duit lagi..

      Reply
      • Hi awak boleh share pasal msd loan ni . contact saya boleh? 0182229840
        sbb saya ada benda nak tanya.

        Reply
        • Nak tanya msd ni scammer ke ?

          Reply
  5. Sy ad cuba buat loan dgn mesra komuniti sbnyak 50k dan dia minta byr 400 lbih utk stamping fee.. tgh2 sesak mcm ni mane la nk cekau duit… Ad sape2 pnah berurusan x dgn syarikat ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>