Senarai Bantuan Kewangan PEMULIH

Diskaun 10% Senarai Bantuan Kewangan PEMULIHke atas bil elektrik untuk bulan Julai, Ogos, dan September untuk 6 sektor yang terjejas.
Share Artikel ini!

Dengan pengumuman bahawa PKP 3.0 tiada tarikh akhir tetap, malah akan berterusan sehingga kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan telah ditemui, pasti terdapat orang yang merisaukan keupayaan diri untuk mengharungi cabaran kewangan yang akan datang. Kebanyakan sektor ekonomi dan sosial masih diwajibkan tutup, dan ramai orang bergantung kepada kerajaan untuk memberi bantuan pada masa ini. Untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, bantuan kewangan PEMULIH telah diumumkan oleh kerajaan minggu ini. Melalui pakej yang bernilai RM150 bilion ini, pelbagai jenis subsidi, bayaran, dan tangguhan pinjaman akan ditawarkan kepada rakyat dan perusahaan sederhana-kecil yang memerlukannya. Berikut adalah senarai bantuan kewangan PEMULIH untuk PKP 3.0 ini – adakah anda layak untuk menerima mana-mana jenis bantuan tersebut?

  1. Moratorium pinjaman (tangguhan pinjaman) untuk 6 bulan ataupun mengurangkan jumlah bayaran balik pinjaman berdasarkan kapasiti sendiri untuk membayar. Moratorium ini bukan dilaksanakan secara automatik, anda perlu memohon dengan bank sendiri selepas 7 Julai. Namun, tiada dokumen yang diperlukan – semua permohonan akan diluluskan secara automatik setelah dihantar.

2. Bayaran tunai yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank orang yang layak pada bulan yang akan datang

  • Golongan B40: RM800 (keluarga) dan RM200 (bujang)
  • Golongan M40: RM250 (keluarga) dan RM100 (bujang)
  • RM500 untuk sesiapa yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh PKP ini
  • RM500 sebulan untuk 3 bulan bagi orang kurang upaya

3. Bantuan untuk perniagaan sederhana kecil seperti berikut:

  • RM500 pada bulan September dan RM500 pada bulan November
  • Subsidi gaji RM600 untuk setiap pekerja untuk 4 bulan
  • Tambahan peruntukan untuk geran sebanyak RM5000 untuk memperolehi sistem digital untuk membantu operasi perniagaan

4. RM300,000 diberi kepada setiap MP untuk mengedarkan bantuan makanan dalam kawasan pilihan raya masing-masing

5. Diskaun 10% ke atas bil elektrik untuk 6 sektor yang terjejas dilanjutkan sehingga bulan Disember.

6. Diskaun sebanyak 40% atas bil elektrik domestik mengikut taraf penggunaan elektrik masing-masing.

7. Bayaran sekali RM3000 kepada pemilik fasiliti sukan, pengusaha taska, dan agensi pelancongan.

8. Peruntukan RM100 juta untuk membantu mereka dalam industri seni kreatif

9. Pelancaran program i-Citra, di mana orang dibenarkan mengeluarkan RM1000 sebulan untuk 5 bulan daripada akaun EPF sendiri.

10.Pelaksanaan had harga untuk minyak masak 1 kg – 5 kg dan petrol.

11. Penunggakan bayaran insurans, takaful, dan cukai pendapatan perniagaan sehingga akhir tahun ini.

12. Pengecualian cukai servis dan pelancongan untuk pengusaha hotel sampai akhir tahun ini.

13. Penunggakan bayaran balik untuk PTPTN (3 bulan) dan JPA (6 bulan).

14. Peruntukan untuk meningkatkan usaha program vaksinasi di seluruh negara.

Kami berharap anda dapat terus mengharungi tempoh PKP ini dengan tenang dan selamat. Jika anda memerlukan pinjaman peribadi dapatkan bantuan tambahan selain daripada bantuan kewangan PEMULIH di atas, carilah daripada syarikat kredit komuniti yang sah dan selamat di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>