Jangan Ditenggelami Hutang – Selamatkan Diri Dengan Program DMP

Program DMP
Share Artikel ini!

Masalah hutang biasanya tidak bermula sebagai masalah besar. Mungkin anda terlupa membayar bil kad kredit, ataupun bulan itu terdapat kecemasan dan anda tiba-tiba tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan pinjaman anda dengan sempurna. Jadi, anda membuat bayaran minima sahaja. Tetapi, caj faedah dan caj lewat mula meningkat. Anda memohon pinjaman peribadi untuk membiayai kos tambahan hutang tersebut, dan juga mendapatkan kad kredit untuk membiayai kos hidup yang lain sementara anda cuba mencari duit pendapatan tambahan. Sebelum anda sedar, anda telah terjatuh dalam lubang hutang yang semakin membesar, dan anda berasa mustahil untuk mengatasinya.

Anda tidak bersendirian. Data daripada Bank Nasional Malaysia (BNM) menunjuk bahawa kadar muflis rakyat Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu. Jika anda berasa bahawa situasi kewangan anda telah mencapai tahap yang terlalu rumit bagi anda menangani sendiri, anda masih ada harapan dengan program kaunseling kewangan daripada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).

AKPK menjalankan Program Pengurusan Kredit (DMP), iaitu program PERCUMA bagi rakyat Malaysia yang sedang bergelut dengan situasi kewangan mereka, dan ingin membina rancangan untuk membebaskan diri daripada hutang yang terlampau banyak. Jika diterima dalam program DMP, anda akan menerima kaunseling kewangan serta rancangan peribadi untuk mengatasi hutang yang telah berkumpul. Seterusnya, anda perlu berdisiplin dalam melaksanakan rancangan tersebut, dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kaunselor. Dengan ini, anda boleh memulakan perjalanan terhadap kehidupan bebas hutang.

Namun, penyertaan dalam program ini juga datang dengan syaratnya. Jika anda sudi menyertai program tersebut, anda diperlukan untuk membatalkan segala kad kredit, dilarang memohon pinjaman baru, dan perlu mengikuti rancangan yang ditetapkan dengan sepenuh hati. Jika anda gagal menunaikan syarat ini, anda boleh dibuang daripada program DMP.

Segala usaha untuk membebaskan diri daripada hutang pasti bukannya senang. Namun, dengan program DMP, anda ada harapan untuk menukar hidup diri sendiri, tanpa terdesak mencari jalan yang tidak sah atau selamat, contohnya mengambil pinjaman along, ataupun mencari kerja yang tidak sah di sisi undang-undang.

Minat nak tahu lebih lanjut tentang program DMP ini? Bacalah dalam laman web AKPK di sini.


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>