4 Tabiat Buruk Yang Sabotaj Goal Simpanan Anda

4 Tabiat Buruk Simpanan
Share Artikel ini!

Penjimatan duit bukanlah sesuatu konsep yang rahsia atau rumit, malah kebanyakan orang berasa sukar sangat untuk membina akaun simpanan mereka dengan konsisten pada jangka panjang. Mungkin anda berasa bahawa anda telah cuba dengan sedaya upaya untuk menjimatkan wang, tetapi pada akhir setiap bulan, anda masih tidak ketinggalan baki yang mencukupi untuk dijadikan duit simpanan.

Dalam situasi ini, memang senang untuk kita menyalahkan gaji rendah – kita idamkan bahawa jika kita boleh dibayar gaji lumayan, masalah kewangan kita akan diselesaikan dan kita akan dapat berjimat secara sempurna. Akan tetapi, kebanyakan masa, punca masalahnya bukannya kita dapat gaji yang terlalu kurang, malah tabiat hidup kita yang tidak padan dengan matlamat kita untuk menjimatkan wang.

Berikut adalah 4 tabiat buruk yang boleh sabotaj goal anda untuk menjimatkan duit. Yang mana yang benar untuk anda?

Suka beriadah di pusat membeli belah

Fahamlah, kita semua suka melawati pusat membeli belah untuk menikmati aircond free, pergi window shopping, dan biar anak-anak berseronok dalam tempat main yang disediakan. Walaubagaimanapun, pusat membeli belah itu direka bentuk untuk menggalakkan anda membeli-belah, iaitu membelanjakan duit. Ketika anda berada di pusat membeli belah itu, memang senang sangat untuk terpikat ingin beli barang-barang yang dijual di sana. Lebih lagi kalau ada promosi atau diskaun. Namun, barang-barang yang dibeli sebenarnya bukan keperluan, malah membazirkan duit sahaja. Lebih baik anda melawat tempat yang tidak perlu membelanjakan duit, seperti padang, muzium percuma, rumah kawan, ataupun tinggal di rumah sahaja dan merancang aktiviti menarik secara sekeluarga.

Lebih menggunakan kad berbanding tunai

Dengan kemajuan teknologi juga datang trend menggunakan kad debit/kredit/e-wallet dan sebagainya untuk menggantikan tunai. Memang cara-cara pembayaran ini lebih konvenien berbanding dengan tunai, malah kemudahan ini mungkin boleh menjadi sumber pemborosan kita juga. Psikologi membelanjakan tunai memang lain daripada menggunakan kad. Hal ini kerana kad itu merupakan sekeping plastik dan kita tidak dapat “rasa” sepenuhnya duit sedang dikeluarkan apabila kita berbelanja. Selain itu, penggunaan wang tunai memaksa kita mengunjungi ATM untuk mengeluarkan duit – dengan kad, kita boleh berbelanja bila-bila sahaja. Dengan mengamalkan tabiat menggunakan wang tunai, anda terpaksa merancang “bajet kecil” berdasarkan jumlah wang tunai yang anda ada dan bila anda dapat mengunjungi ATM lagi. Anda juga dapat melihat sendiri jumlah duit yang dikeluarkan dan jumlah yang tinggal dalam dompet. Jadi, anda dapat berfikir dengan lebih lanjut tentang pembelanjaan anda, dan harap-harap mengelakkan pembelian impuls yang tidak diperlukan.

Selalu memandu kereta sendiri

 Warga Malaysia memang suka memandu kereta sendiri berbanding kaedah pengangkutan lain. Kita tidak suka berjalan/naik basikal (cuaca panas, tak selamat, dan sebagainya), dan kita berasa bahawa mengambil pengangkutan awam itu leceh dan tidak berbaloi berbanding dengan pengangkutan “free” jika kita memandu sendiri. Walaubagaimanapun, jika dikira betul-betul, sebenarnya memandu kereta sendiri itu boleh mendatangkan kos tinggi yang tidak dijangka. Dengan memandu, anda perlu bayar untuk kos biasa seperti petrol, tol, parking, dan sebagainya. Lebih lagi, penggunaan kereta anda akan mempercepatkan kadar susut nilai  kereta anda, dan akhirnya menaikkan kos untuk servis dan membaiki kereta anda sementara merendahkan harga nilai kereta itu pada masa anda ingin menjualkannya pada masa depan. Jadi, jika anda tinggal di kawasan bandar, fikirkanlah penggunaan pengangkutan awam ataupun carpool dengan kawan/rakan sekerja untuk menjimatkan duit bersama-sama.

Hanya jimat pada akhir bulan

Tabiat ini merupakan tabiat paling popular yang boleh sabotaj matlamat penyimpanan anda. Jika anda tidak mengasingkan duit untuk simpanan secepat mungkin apabila menerima gaji, kemungkinan besar pada akhir bulan anda akan dapat bahawa kebanyakan duit anda telah terbelanja, dan jumlah kecil sahaja yang tinggal untuk disimpan. Jadi, lebih cermat jika anda mengambil 10-20% daripada jumlah gaji setiap bulan, dan terus masukkan ke dalam akaun yang dikhaskan untuk simpanan. Jumlah 80-90% gaji yang tinggal itu boleh digunakan untuk belanja sepanjang bulan. Dengan kaedah ini, anda terjamin ada 10-20% gaji yang disimpan untuk membina akaun simpanan anda.

Adakah anda mengamalkan mana-mana tabiat buruk yang dibincang dalam artikel ini? Kongsilah dalam komen di bawah!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>