16 Jenis “Wang Pendahuluan” Yang Sering Diminta Oleh “SCAMMER”

wang pendahuluan yang sering diminta oleh scammer
Share Artikel ini!

Apabila ingin membuat pinjaman dengan mana-mana agensi atau syarikat pemberi pinjaman wang, adalah amat penting untuk kita selidiki sama ada kita perlu membayar wang pendahuluan atau tidak untuk mendapatkan pinjaman. Sebelum memohon pinjaman dan menandatangani pinjaman, tanya dahulu soalan ‘Ada apa-apa Bayaran/Deposit yang kena bayar tak sebelum duit pinjaman masuk akaun??’ Jika ya, maka kita harus berhati-hati kerana berkemungkinan besar mereka adalah scammer. Jangan sesekali kita membayar apa-apa bayaran untuk mendapatkan pinjaman. Berikut adalah 16 jenis ‘wang pendahuluan yang sering diminta oleh scammer supaya dapat memperdaya si pemohon pinjaman:

Wang Pendahuluan Yang Sering Diminta Oleh Scammer
  1. Bayaran yuran pinjaman
  2. Bayaran “test payment” 1 bulan atau lebih
  3. Bayaran yuran proses
  4. Bayaran yuran kontrak peribadi
  5. Bayaran yuran LHDN
  6. Bayaran caruman
  7. Bayaran untuk buka akaun baru sebab kali pertama buat pinjaman dengan syarikat tersebut
  8. Bayaran untuk bukak akaun kedua
  9. Bayaran untuk clear blacklist (senarai hitam seperti CTOS / CCRISS)
  10. Bayaran yuran runner
  11. Berpura-pura boleh bayarkan fee untuk pihak costumer
  12. Bayaran jaminan
  13. Bayaran cari penjamin
  14. Bayaran yuran accountant
  15. Bayaran untuk insurans pinjaman
  16. Bayaran untuk batalkan pinjaman jika permohonan di tarik balik

Sekiranya anda dapati individu atau agensi atau syarikat pinjaman wang meminta anda untuk membuat bayaran seperti yang telah disenaraikan di atas apabila memohon pinjaman, cepat-cepatlah batalkan terus permohonan tersebut dan pastikan perjanjian pinjaman atau kontrak tidak ditandatangani lagi untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik berlaku.

Walaubagaimanapun, agensi atau syarikat pemberi pinjaman wang boleh mengenakan bayaran kos pinjaman kepada peminjam namun ianya adalah bersyarat mengikut peruntukan Seksyen 23 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951. Antara bayaran yang boleh dikenakan adalah seperti berikut:

a) Fee duti setem yang perlu dibayar di sisi undang-undang;

b) Kos-kos guaman yang berhubung dengan rundingan pemberi pinjaman atau;

c) Jika terdapat apa-apa kos, caj-caj, atau perbelanjaan sedemikian selain daripada tersebut di atas, jumlah tersebut hendaklah boleh didapat balik sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada peminjam atau ditolak daripada jumlah hutang sebenarnya.

Oleh sebab itu betapa pentingnya untuk kita mengetahui segala syarat yang ditetapkan oleh syarikat pemberi pinjaman wang supaya selamat untuk kita membuat pinjaman. Namun, jika difikirkan secara logik, kita membuat pinjaman kerana kita perlukan wang. Jadi, patutkah kita mengeluarkan wang untuk mendapatkan pinjaman sedangkan kita tidak mempunyai wang?

Jadi, fikir-fikirkanlah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua kelak supaya dapat mengelakkan diperangkap oleh wang pendahuluan yang sering diminta oleh scammer.

Akhir sekali, fikir dan semak dahulu sebelum membuat pinjaman, susunlah strategi kewangan kita dengan lebih baik dan dalam tempoh fasa PKPP ini sama-samalah kita menjaga penjarakan fizikal dan pakailah topeng hidung dan mulut untuk mencegah penularan wabak COVID-19. Jika anda betul-betul memerlukan pinjaman peribadi, pilihlah daripada syarikat pinjaman berlesen yang sah dan selamat di IPP.


Share Artikel ini!

8 Comments

  1. macam mana nak buat pembatalan loan kalau dr talian telefon… apakah yg perlu saya buat utk membuat pembatalan tersebut… dapatkah saya akan dapat balik duit yg telah saya bayarkan kepada syrkt tersebut..??

    Reply
    • Jika duit telah dibayar kepada scammer, kebiasaannya kita tidak akan dapat semula duit tersebut. kalau ada pun mungkin melalui proses yang sangat panjang dan tidak mudah.

      Reply
  2. Macam mana saya nak buat supaya mereka tak ganggu saya, saya dah tak mampu membayar syarikat pinjaman ini. Habis segala Wang malah banyak berhutang sana sini kerana syarikat ini. Pinjaman Masih belum dapat² lagi. Jika saya tak membalas chat mereka, mereka akan menggunakan peras ugut seperti menghantar gambar Dan menggunakan IC untuk memeras ugut kepada saya.

    Reply
    • Mungkin boleh laporkan kepada pihak polis untuk buat covering report. Tunjuk semua bukti-bukti yang ada ketika memberi keterangan.

      Reply
      • Macam mna nak cancel apply loan yg kita sudah tandatangan??duit tu pun sya tak dpat,tpi diaorang suruh sya tetap byar.. mcm mana ya??

        Reply
  3. saya telah ditipu sebanyak 8k dengan mengatakan duit itu akan dapat refund skiranyaa membuat pmbayaran pembatalan pinjaman 500 lagi, sy baru perasan yang saya telah membuat pembayaran yang sgt byk dsbuah syarikat pinjaman selangor. Jadi mreka semakin mendesak supaya saya cepat2 bankin, sampai harini saya tak dpt duit sy balik. saya telah memblock smua no terbabit utk mengelakan diperas ugut, dan saya ada membuat semakan mule utk check no hp dan bank, saya mendapati salah 1 akaun bank pernah direport.

    Reply
    • Pergi la buat laporan, sebab banyak kes sekarang kena scam, supaya lebih berhati-hati untuk kemudian hari.

      Reply
  4. Bagaiman kalau kita meminta refund tetapi kita telah membuat sign di aggreement yang mereka telah tetapkan?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>