10 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Menghindari ‘Scam’

cara-menghindari-scam-pinjaman-peribadi
Share Artikel ini!

Setiap tahun, scammer dapat menggunakan skim pintar untuk menipu berjuta-juta orang. Mereka sering menggabungkan teknologi baru dengan skil mereka untuk menipu orang supaya mereka menghantar wang atau menyerahkan maklumat peribadi tanpa was-was. Di sini, kami menyediakan beberapa petua praktikal untuk membantu anda mengenal pasti dan mengelakkan daripada menjadi mangsa ‘scam’.
  1. Mengenal Pasti Penyamar Dalam Talian
Penipu online ini sering berpura-pura menjadi orang yang anda percayai, seperti pegawai kerajaan, ahli keluarga, badan amal, atau syarikat yang anda berurusan. Jangan menghantar wang atau memberikan maklumat peribadi sebagai tindak balas kepada permintaan yang tidak dijangka – sama ada ia datang sebagai teks, panggilan telefon atau e-mel.
  1. Lakukan Penyelidikan Dalam Talian
Masukkan nama syarikat atau produk ke dalam enjin carian kegemaran anda dengan perkataan seperti ‘ulasan’, ‘aduan’ atau ‘penipuan’, atau cari frasa yang menerangkan keadaan anda, seperti ‘panggilan IRS’. Anda boleh mencari nombor telefon untuk melihat jika orang lain telah melaporkannya sebagai penipuan.
  1. Jangan Mudah Percaya ID Pemanggil Anda
Teknologi memudahkan penipu dalam talian mendapatkan maklumat ID pemanggil palsu, jadi nama dan nombor yang anda lihat tidak selalu nyata. Jika seseorang membuat panggilan meminta wang atau maklumat peribadi, putuskan panggilan. Sekiranya anda fikir pemanggil tersebut mungkin mengatakan kebenaran, hubungi semula nombor yang anda tahu adalah tulen.
  1. Jangan Membayar Pendahuluan Untuk Janji
Seseorang scammer mungkin akan meminta anda membayar terlebih dahulu untuk perkara seperti bantuan hutang, kredit dan pinjaman, bantuan gadai janji, atau pekerjaan. Mereka mungkin juga mungkin mengatakan bahawa anda telah memenangi hadiah, tetapi perlu membayar cukai atau yuran terlebih dahulu. Jika anda berbuat demikian, mereka mungkin akan mengambil wang itu dan hilang.
  1. Pertimbangkan Cara Bagaimana Anda Membayar
Kad kredit biasanya datang dengan perlindungan penipuan, tetapi beberapa kaedah pembayaran tidak menpunyai perlindungan penipuan. Menjalankan transaksi melalui perkhidmatan dalam talian seperti Western Union atau MoneyGram berisiko kerana hampir mustahil untuk mendapatkan wang anda kembali. Ini juga sama bagi kad tambah nilai (seperti MoneyPak atau Reloadit) dan kad hadiah (seperti iTunes atau Google Play). Pejabat kerajaan dan syarikat yang jujur tidak akan memerlukan anda menggunakan kaedah pembayaran ini.
  1. Berbincang Dengan Seseorang Yang Anda Percayai
Sebelum anda menyerahkan wang atau maklumat peribadi anda, berbincanglah dengan seseorang yang anda percayai. Penipu dalam talian mahu anda membuat keputusan dengan tergesa-gesa. Mereka mungkin juga boleh mengancam anda. Anda perlu membuat keputusan mengikut masa anda sendiri, periksa kisah, lakukan penyelidikan dalam talian, dan rujuk pakar atau beritahu kawan anda.
  1. Putuskan Panggilan ‘Robocalls’
Sekiranya anda menjawab telefon dan mendengar ‘Robocall’ putuskan panggilan dan laporkan kepada KPDNHEP. Panggilan telefon ini adalah haram di sisi undang-undang, dan produknya palsu. Jangan tekan 1 untuk bercakap dengan seseorang atau memilih daripada dari senarai yang diberi. Ini boleh membawa kepada lebih banyak panggilan.
  1. Hati-Hati Dengan Tawaran Percubaan Percuma
Sesetengah syarikat menggunakan percubaan percuma untuk menandatanganinya untuk produk dan bil anda setiap bulan sehingga anda membatalkannya. Sebelum anda menyetujui percubaan percuma, selidik sikit syarikat tersebut dan baca polisi pembatalannya. Anda juga perlu sentiasa semak penyata bulanan anda untuk caj yang anda tidak kenal pasti.
  1. Jangan Deposit Cek Dan Melakukan Pemindahan Segera
Menurut undang-undang, bank mesti membuat dana daripada cek yang didepositkan tersedia dalam beberapa hari, tetapi mendedahkan cek palsu boleh mengambil beberapa minggu. Jika cek yang anda deposit ternyata palsu, anda bertanggungjawab untuk membayar balik bank.
  1. Layari Laman Web KPDNHEP
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang penipuan dalam talian, sila layari www.kpdnhep.gov.my.
Jika anda ingin melaporkan sebarang aduan, laporkannya di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/. Laporan anda membantu KPDNHEP dan penguatkuasa undang-undang lain menyiasat penipuan dan membawa penjahat kepada keadilan.

Share Artikel ini!

29 Comments

  1. Pinjaman online ni memang terbaik tapi banyak keburukan disebabkan peminjam perlu keluar kan Wang saku sendiri untuk mendapatkan loan.bayaran mcm nilah kebanyakkan akan jadi scammer walaupun sykt memang wujud.tetapi kebanyakkan staf mengambil kesempatan Tampa pengetahuan sykt….perlu ingat tu semua.

    Reply
    • Saya telah ditipu oleh *MSIA FAST LOAN SDN BHD*
      http://www.msiafastloan.com/
      Minta wang cagaran, 6 bulan up front, scoring tak capai 100%. Jangan percaya pinjaman wang online

      Reply
      • ada no whatsapp tak saya nak bertanya sesuatu

        Reply
    • Saya telah ditipu oleh scammer dan maereka mengretak saya akan menyebarkan gambar saya jadi rasa takut itul membuat saya membayar wang sebanyak rm500 sebagai wang penduluhan .tapi sekarang mereka mengretak saya lagi minta bayar sebanyak rm1000 jadi bantulah saya

      Reply
  2. 2hari lepas ada seorg lelaki cina wasap sy utk buat pinjaman.si masa tu sy mmg perlukan duit.sy ckp mau pinjam 3ribu..after 15 minit dia ckp loan lulus dan sy kena byr 200 tuk apa x igt.sy ikut n byr..lps tu pulak dia panggil lg 500 tuk bkk acc.n lps tu pulak dia srh sy byr 800 lbh.sy dh rsa ini penipuan.so sy nk batalkan.bila mereka dgr sy nk batalkn mereka srh sy byr tuk cancel.550+650+700.semua sy byr sbb mahu cancel.arini lg dia panggil sy byr 1200.siap ugut lg kalau tak blh byr..sy mntk pendapat anda apa yg perlu sy buat skrg..tq

    Reply
    • Syarikat yang sah tidak akan meminta anda membayar wang pendahuluan untuk mengeluarkan duit pinjaman anda. Jika anda khuatir kena scam, lebih selamat untuk membatalkan permohonan anda dan cari syarikat pinjaman berlesen yang lain. Anda juga boleh mengadu melalui talian KPKT: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm supaya mereka boleh jalankan penyiasatan yang berpatutan.

      Reply
      • Nak tanya, dokumen dah kasi tp tiba2 senyap.. ini kategori apa? Dan ada kesan tak pada dokumen tu? Apa yg scammer boleh buat dgn dokumen kita?

        Reply
        • Hai John, jika syarikat tersebut bukan syarikat yang sah berlesen, lebih selamat jika anda membuat laporan polis untuk melindungi diri daripada risiko dokumen anda disalahgunakan (contohnya dalam kes kecurian identiti). Memang susah untuk menjangka apa yang boleh berlaku dalam situasi begini, tetapi ia lebih baik untuk mengambil jalan yang selamat.

          Reply
          • saya bru di hubungi org yg konon nye dari makamah… no yg call mmg betul no makamah tinggi.. dy ckp ad hutang lapokk… hati2 scam mmg akan cari org2 yg ad hutang lpok.. mcm eon credit dan ap2… sy da pernah report polis pasal hutang eon ni.. pd 2014 dan menghantar surat report di eon credit da sjk itu tiade lg pggil dr eon credit.. now 2020 ad yg call ckp sy nk kne wirrit saman dr makamah civil… dy menawar kn bayar sepruh dr harge hutang lapok.. tp sy seacrh .. semua dy punye compny … dy gune kn nme aiqon capital sbgai sumber kuat dy.. dan dy akn bg no tel aiqon capital siap dgn no exd lg.. nmpk sgt menipu bkn?? hampir2 jd mgse.. tp sorry sy xbodoh .

    • saya pun kena seperti puan zila..dh dekat rm3000 dh melayang..sy byr tu semua ats sebab nk cancel loan je.hr ni 13.03.2020 dia minta sy byr lg sebanyak RM1500 untuk cancel surat writ. siap ugut lg..risau sy..

      Reply
    • Saya pun macam Itu baru berlaku tapi Saya belum buat bayaran kedua yang mereka minta.. sekarang Saya berani buat laporan polis

      Reply
    • Tolong saya sekarang saya ada buat loan Money master pertama” dia minta 150 untuk buka acc submit dengan pegawai En manusi bin Mohame.jadi saya bagi 150..lepas tu dah buka acc..
      Dah siap agreement.dh pon.
      Lepas tu dia submit untuk hong leong masuk duit dalam acc saya tungguh setegah jam.masuk duit tapi tunggu punya tunggu takde duit masuk lepas tu dia minta 400 untuk buka (Bank stop)baru boleh dapat loan yang saya pinta 3000 tu jadi 3450. Sekarang saya binggung. Nak buat macam mana

      Reply
  3. Andai kita sudah tertipu dan mereka masih mengganggu kita apa patut kita buat? Dan sekiranya masa kita apply loan dengan mereka, mereka ada meminta untuk kita menghantar copy slip gaji dan IC dan kita hantar pada mereka, adakah kita terdedah kepada sebarang kehilangan duit dlm account atau perkara2 lain? Apa yg patut kita lakukan dgn perkara itu?

    Reply
    • Hai, jika anda telah mendedahkan maklumat akaun (nombor akaun, PIN, nombor kad dan sebagainya) dalam proses permohonan, lebih baik kalau anda merujuk kepada bank anda untuk membuka akaun atau kad baru. Jika anda tidak mendedahkan maklumat tersebut, syarikat itu tidak akan dapat akses akaun anda dengan hanya gambar IC dan slip gaji anda.

      Anda juga digalakkan melaporkan tipuan yang anda mengalami kepada KPKT di https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm.

      Sila dimaklumkan bahawa nasihat yang diberi oleh pihak IPP adalah pendapat peribadi sahaja. Jika anda memerlukan bantuan yang lebih lanjut, kami menggalakkan anda mendapatkan nasihat daripada pihak profesional.

      Reply
      • Saya sudah kenalan you ..apa perlu saya buat ?

        Reply
  4. saya bru juga terkene mula minta rm 1k lepas tu ckp nanti ada org call nk cop jari,10 minit dia call mintak lg rm3 k lepas tu dia ckp nanti duit tu dpt
    semula,dia ckp sok nya tambah lg rm 5’880 unt nk cop jari,semua da ok dia ckp tunggu satu jam lepas tu dia call lg dia ckp ada masalah bank pulak dia mintak lg rm5880 saya x bg saya
    cakap saya nk duit saya blk dia cakap
    klu u nk duit u blh x pi kne bg rm3k bru dia
    pulang semua

    Reply
  5. Saya pun sudah terkena.mula2 dia minta 365 untuk stamp duty.. Lepastu dia minta 1k untuk apa ntah saya lupa… Lepas tu dia minta lagi 2k untuk buat acc supaya dapat tranfer duit pinjaman.. Sudah saya bayar smua tu, dia cakap Byr untuk guaman 3k, dia beri masa dlm 3 hari mulai hari ini…

    Reply
    • Kalau setakat bagitahu no Akaun.tapi saya xbagi no Kad dll.ada apa kemungkinan Akaunn saya disalah. Gunakan.saya xgunakan bank. Online.

      Reply
      • Saya pun dah terkena jugk.. Awal² mintak RM538 sbb agent tu kata sekali seumur hidup sbb time covid ramai org tipu .. Bla3. Dah bayar kata loan boleh masuk. Tiba2 mintak 1500plk utk aktifkan nama sbg peminjam under syarikat pinjaman KPKT. Dia kata sume syarikat ncn tu… Dah bayar 1k500 nsyarikat diaorg ckp xleh bank in plk sbb kena bagar 1668 utknaikkan score credit jadi 100%. Lps tu bayar lh jumlh yg dia nk. Pastu dia nak transfer tapi xblh plk sbb sangkut. Agent tu pun suruh lah bayar 2k500 utk bukak akaun bank HSBC. Saya was2 nk byr lps banker HSBC tu whatsapp saya. Saya mcm pelik lh takkanlah bank nak ws kita kan.. Xlogik. Saya pun pergi kat web HSBC saya contact dgn staff pastu staff HSBC kata better saya block je banker tu. Sbb yes nama banker tu mmng sama dgn banker yg kerja kat HSBC but not the same person staff HSBC tu ckp kat saya… Saya mmng terkejut sgt². Saya terus search pasal scammer jumpalh page cik farah. Saya ws dia tanya pendapat dia. Dia pun kata tu scammer sbb syarikat pinjaman tu mints bayaran mcm². Pastu bank ws . x logik. Saya terus block diaorg.

        Reply
        • saya pun terkena sama mcm dengan awk.. sebiji sama.. lepastu dia duk ugut sy mcm2 skrg jd sy pegi balai buat report..

          Reply
  6. Sy bru je kne tipu dgn syarikat baba agensi. Mula2 mereka sruh sy bankin duit 350 utk proses surat prjnjian lpas tu bankin lg 780 untuk insurans lpas tu sruh sy bankin lg 1k utk untuk bkk akaun..xlama kmudian mereka minta lg 1260 untuk sttle dgan LHDN sbb diorang kata sy kne byar tax baru lepas loan msuk bank..lpas je sy bnkin y diorang minta..dlm msa y sama diorng sruh bayar 2k untuk buat surat regination ape ntah..lpas pd tu bru sy rse duit saku da habis n sy sdah kne scamm..diorng punya jnji manis utk dpatkn duit..tp sy dlam keadaan xsdar y sy sdah kne tipu..adakah sy patut buat report polis btujuan mngelakkn drpd mereka slah gunakan detail sy untuk scamm org lain?

    Reply
    • Hai, kami di IPP selalu mengalakkan anda untuk melaporkan apa-apa kejadian scam kepada polis. Jika mangsa berdiam diri sahaja, pihak berkuasa lebih sukar untuk mengetahui sepenuhnya masalah jenayah scam di Malaysia. Dengan laporan anda dan mangsa lain, anda mungkin boleh mengurangkan keupayaan syarikat scammer tersebut untuk scam orang lain pada masa depan.

      Reply
  7. saya juga baru tekena..saya aply loan mlalui iklan fb. mereka kata mereka Maybank Consultant..loas je pm, xlama kmudian ada wsap masuk dan pknalkan diri dia kata consultan dr maybnk..memg pndai buat ayatla..shingga sya tetarik nk loan. mula2 dy kata 350 consultan fee. gara2 lambt blas n xjawab kol, dia ugut saya. dy kata da senarai hitamkn saya dan ic saya siap dbuat WANTED n nak d viralkn. plik..dia marah sebab pnat buat dokumn loan katanya. accountan marahla macam2 lg la dy cakap. bila.saya minta acc no nak bank in. dia tak bagi pla. suh tgu esok. sb nak tmujnji. bila saya minta awal acount dy tnya saya balik pla jam brapa nk bnk in nt masa tu bru bagi. saya bukan apa, saya sedar da dia scamer tp saya rsaukn ic saya d salahgunakan. da tu nk viralkn lg kunun saya main3 buat loan. siap mereka sent gmbr ic saya kena mark WANTED. apa saya nak buat? harap dpt bntu.

    Reply
    • Kami turut bersimpati dengan pengalaman anda dengan scammer tersebut! Anda dipersilakan mengongsikan cerita anda dalam Group FB kami “Awas Scam Malaysia” (https://www.facebook.com/groups/awass.my). Di sini, anda boleh menggunakan cerita anda sebagai amaran kepada orang lain supaya tidak terpedaya, dan mendapatkan nasihat komuniti tentang tindakan yang patut diambil.

      Reply
  8. Hi saya ni baru buat pinjaman pribadi 10k.sama juga dengan cik zila.bila saya tanya ada bayaran pendahuwan ke. Dia cakp tak ada. Mintak ic saya bagi. Lepas tu dah lulus siap surat agrement lg siap juga.minta 500 buka acc 2jam duit masuk 10500 dia ckp. Pastu dia send risit tranfer bahawa dia suda tranfer ke acc saya. Bila saya lihat bal dalam acc saya tetap juga tiada perubaha. Saya tanyak balik dia. Alasan nya suda tranfer tp sangkut. Minta lg saya 1280 buat elegal sistem. Bru saya dapat saya punya loan.saya pun da tak dapat beri permintaan mereka. Saya ckp saya tak ada duit. Begini lah saya tunggu kamu urus saja sampai saya dapat itu loan dalam tangan saya baru saya bayar pembayaran tiap2 bulan. Baru 3 ari lepas saya berurusan dengan pinjaman ini.

    Reply
    • jangan pecaya yang mereka akan transfer kan duit yang telah cik/encik telah bayar. cara terbaik, cik/encik block no dan buat report polis kalau takut maklumat cik/encik disalah guna. kalau cik/encik nak tau, maklumat seperti copy ic boleh delete kalau dah ter send melalui whatsapp ( walaupun dah seminggu cik/encik send, dan cik/encik boleh rujuk pada youtube.) jangan bank in lagi kalau mereka minta.

      Reply
    • Semalam saya kena tipu 1449. Mula dia suruh saya bayar scoring tak 100% rm343. Lepastu dia suruh saya buat bqyaran rm553untuk disbursment linked lepastu dpt code dia suruh saya reply itu code kemudian dia ckp saya reply code itu salah so saya kena bayar balik rm553untuk second code. Lepastu pulak tetibe dia kata saya kena register bank negara malaysia smpai register fee 900. Saya baru je sedar saya dh kena scam 1449rm.

      Reply
      • Hai!
        Mungkin sebelum membuat apa-apa permohonan boleh semak dulu details syarikat di laman web KPKT untuk elakkan daripada di tipu.

        Reply
  9. Saya juga kehilangan sedikit wang kepada broker yang tidak dikawal beberapa bulan yang lalu. Saya mendapat kembali wang saya melalui transaksi yang saya buat daripada akaun bank saya ke akaun coinbase saya dan kemudian saya menghantar wang dari coinbase ke dompet penipu menggunakan syarikat caj balik bernama Amendall .net. Saya sudah fikir saya telah kehilangan wang saya sehingga Syarikat Pemulihan Amendall membantu saya mendapatkan semula wang saya yang hilang. Mereka sangat baik dan pantas dalam memulihkan wang yang hilang daripada semua penipu dalam talian ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>