Hai semua! Kami kembali lagi dengan Episod 3 Tips Menjimatkan Wang, iaitu tips menggunakan peralatan rumah dengan betul supaya dapat menjimatkan bil elektrik! Tontonlah video di bawah untuk mempelajari tips tersebut!
Dengan persekatan penggerakan rakyat Malaysia yang diumumkan selamam, kebanyakan kita akan meluangkan masa kita di rumah untuk beberapa minggu ini, sehingga keadaan Covid-19 di Malaysia adalah lebih terkawal. Namun, dengan lebih masa diluangkan di rumah, kita perlu menjaga-jaga penggunaan elektrik kita supaya bil elektrik tidak akan naik melambung tinggi akibat penggunaan peralatan rumah yang terlampau tinggi. Berikut adalah beberapa tips senang untuk menjimatkan wang dengan penggunaan peralatan rumah yang betul.
1. Cabutkan peralatan elektrik yang tidak digunakan
Kebanyakan kali, kita akan membiarkan peralatan elektrik terpasang ke dalam soket walaupun peralatan tersebut tidak digunakan secara aktif. Contohnya, microwave, televisyen, komputer, dan sebagainya kerap dibiarkan terpasang dalam soket dengan suisnya tetap “on”, dan dikawal pasang/tutup dengan remote ataupun butang peralatan tersebut. Namun, semua peralatan yang tertutup tetapi masih disambungkan kepada suis yang dibiarkan “on”, tetap memakan caj elektrik sebanyak 5-10% jumlah bil elektrik anda. Jadi, anda boleh menjimatkan wang dengan menutup suis elektrik terus apabila peralatan elektrik tersebut tidak digunakan.
2. Kawalkan penggunaan penghawa dingin
Penghawa dingin merupakan peralatan yang berpotensi memakan kuasa elektrik yang amat tinggi, terutamanya jika penghawa dingin anda sudah lama digunakan dan tidak diservis dengan kerap. Cubalah mengurangkan penggunaan penghawa dingin anda di mana boleh, jadualkan servis sekurang-kurangnya setahun sekali, dan mencuci filter dalam penghawa dingin anda dengan kerap. Anda juga boleh meninggikan suhu penghawa dingin anda – 1-2 darjah selsius pun boleh ada kesannya – dan menggunakan “timer” untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik pada awal pagi di mana cuaca sudah lebih sejuk dan anda tidak memerlukan penghawa dingin lagi.
3. Gunakan peti sejuk dengan cekap
Peti sejuk juga merupakan peralatkan yang memakan elektrik yang banyak, tambah lagi ia selalu perlu dipasang sepanjang hari dan malam. Namun, anda boleh juga menjimatkan wang dengan menggunakan peti sejuk anda dengan cekap. Pertama sekali, pastikan keadaan peti sejuk anda masih sempurna untuk digunakan. Peti sejuk yang amat tua ataupun yang pintunya tidak boleh tutup rapat boleh membazirkan angin sejuk dan memakan elektrik banyak untuk mengekalkan suhu makanan anda pada tahap yang selamat. Anda juga boleh menasihatkan keluarga anda supaya jangan selalu buka tutup pintu peti sejuk, dan jangan dibiarkan terbuka untuk masa yang lama.
TIP BONUS: Elakkan menggunakan ketuhar jika tidak perlu
Ketuhar, terutamanya ketuhar dinding yang besar, biasanya memakan banyak elektrik berbanding dengan kaedah memasak lain, contohnya menggunakan dapur gas/elektrik, stim, microwave, dan sebagainya. Ini kerana suhu dalaman ketuhar perlu mencapai tahap yang amat tinggi (biasanya melebihi 180 darjah selsius) untuk memasak secara efektif. Jadi, jika anda boleh, pilihlah kaedah memasak yang lain untuk menjimatkan bil elektrik anda.
Layarilah laman Facebook IPP dan ikuti kami untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pinjaman peribadi, peraduan menarik, dan tips kewangan! Psst…jangan lupa Like, Share, Komen, dan Tag tau…anda mungkin boleh menang sebanyak RM600!!